Kanak-kanak dua tahun yang menghidap penyakit atresia biliari (hati), Arshad Imanshah akan ke India pada Ahad ini untuk menjalani pembedahan hati semula selepas prosedur kali pertama pada 28 Oktober tahun lalu tidak mencapai kejayaan.
Bapanya, Antashah Mohd Nor berkata, keputusan itu harus dibuat segera demi menyelamatkan Arshad selain faktor kewangan sendiri.
"Sebagai ibu bapa kami perlu membuat keputusan yang sewajarnya dan yang terbaik untuknya agar nyawa Arshad dapat diselamatkan dan dia dapat keluar dari zon berbahaya secepat mungkin.
"Berdasarkan perbincangan terakhir kami bersama pakar gastro dan pakar bedah hati di Hospital Universiti Singapura (HUS) pertengahan Jun lalu, Arshad memerlukan pemindahan hati kali kedua secepat mungkin bagi menyelamatkan nyawanya. Namun faktor utama selain risiko pemindahan hati tersebut adalah faktor kewangan.
"Sedia maklum, kos pembedahan di Singapura sangat mahal disebabkan perbezaan matawang Singapura Dollar yang kini hampir tiga kali ganda mahal dari Ringgit Malaysia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Catatan itu turut dimuatkan di dalam laman Facebook https://www.facebook.com/Arshadimanshah.
BACA: 'Arshad perlu pembedahan pemindahan hati kali kedua' - Antashah
Pada Januari, Arshad yang menjalani pembedahan hati di HUS Oktober tahun lalu dibenarkan keluar hospital. Arshad sebelum ini dilaporkan stabil walaupun denyutan jantung dan tekanan darahnya masih belum di peringkat memuaskan.
Bagaimanapun ia adalah tanda-tanda kesembuhan Arshad sendiri dan harapan kini terletak kepada semangat Arshad sendiri untuk keluar dari tahap 'kritikal'.
Jelas Antashah yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, dia sentiasa berharap doa dan keputusan terbaik untuk pembedahan kali kedua yang diharap dapat dilakukan dalam kadar segera.
BACA: Arshad cekal dengan hanya 10 peratus hatinya berfungsi - Antashah
Antara wajah terkini Arshad pada Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini - Sumber gambar Antashah
Jelas Antashah, Arshad memerlukan sekurang-kurangnya SGD300 ribu bagi menjalani pemindahan hati kedua di HUS.
"Pakar gastro dan pakar bedah sangat memahami bahawa sumber kewangan Arshad adalah terhad dan diperolehi melalui dana sumbangan orang ramai dan organisasi. Kami risau sekiranya kali ini kami tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu dalam masa yang jauh lebih singkat dari sebelum ini. Ketika itu kami meminta pandangan apa yang perlu dilakukan sekiranya perkara ini berlaku.
"Pakar mencadangkan bahawa sekiranya dana tersebut tidak dapat dikumpul maka kami sebagai ibu bapanya boleh membawa Arshad ke negara lain untuk menjalani pemindahan hati kedua di mana kos pembedahan adalah jauh lebih murah dan negara yang disarankan adalah di India.
"Selain itu, kami juga bertanya tentang perkara ini kepada pakar kanak-kanak di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Semua bergantung kepada kami sebagai ibu bapa untuk membuat keputusan yang sebaiknya untuk Arshad. Maka, dengan dana yang terkumpul sehingga hari ini dan dengan kesihatan Arshad yang masih kuat untuk menjalani pemindahan hati kedua, kami telah berfikir sedalamnya dan sebaiknya dengan membuat keputusan untuk membawa Arshad ke New Delhi, India untuk menjalani rawatan di sana," jelasnya.
Katanya lagi, mereka juga telah membuat kajian terperinci mengenai hospital di situ (New Delhi) di samping bertanya pengalaman keluarga pesakit hati kanak-kanak Putra Muhammad Ilyas dari Malaysia yang telah menjalani pemindahan hati di hospital di sana sebelum ini.
BACA: Hati ini untuk masa depan Arshad - Antashah
Ujar Antashah, mereka akan bertolak ke Hospital Sri Ganga Ram Delhi India pada jam 6 petang, 26 Julai ini.
"Kami memohon maaf kerana sebelum ini kami menyatakan bahawa Arshad akan ke Singapura untuk pemindahan hati kedua namun atas susunan Allah kami bertiga akan ke India. Semoga perjalanan dan perjuangan Arshad dipermudahkan oleh Allah dari sebelumnya.
"Kami hanya merancang tetapi hanya Allah yang menentukannya. Mohon anda semua tidak lupa untuk selalu titipkan doa dan solat hajat agar pemindahan hati kedua kali ini berjaya.
"Semoga penderma hati kali kedua ini iaitu ibu Arshad dan Arshad akan cepat sembuh dan kami boleh kembali pulang bersama-sama secepat mungkin ke pangkuan keluarga," katanya.
Selain https://www.facebook.com/Arshadimanshah, maklumat mengenai Arshad juga boleh diperoleh melalui #donateandsavearshadimanshah #donaterm1forbabyarshad #2ndLiverRetransplant #harapanbaru.
Orang ramai juga boleh terus menghulurkan bantuan kepada Arshad dengan menggunakan akaun POSB Antashah di Singapura yang bernombor 406184617 atau melalui akaun Maybank Antashah yang bernombor 5628-4350-6388.
Wan Syamsul Amly
Mon Jul 20 2015
ANTASHAH: 'Arshad akan ke India jalani pembedahan hati kali kedua' - Gambar fail
Mesir siap sedia buka semula sempadan Rafah untuk bantuan ke Gaza
Mesir sedang siap siaga untuk membuka semula Pintu Masuk Rafah bagi memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
AWANI Borneo [16/1/2025] – Hujan dari pagi| Penemuan task force| Tingkat pengeluaran
AWANI Borneo Khamis, 16 Januari 2025 bersama Pia Ernadya.
1. Banjir kilat di Sandakan.
2. Laporan akhir kematian pakar patologi Lahad Datu didedah bulan depan.
3. Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil.
1. Banjir kilat di Sandakan.
2. Laporan akhir kematian pakar patologi Lahad Datu didedah bulan depan.
3. Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil.
Op Ragada: Bekas Datuk Bandar antara empat lagi ditahan
Bekas Datuk Bandar antara empat lagi individu ditahan hari ini dan semalam menerusi Op Ragada bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram melibatkan sebuah syarikat penyiaran di Kuching, Sarawak.
Sarawak terokai sempadan baharu dalam pengeluaran SAF
Lawatan delegasi ini bertujuan menilai kebolehlaksanaan teknologi pengeluaran karbon dioksida dan hidrogen kepada SAF di Sarawak, dengan memanfaatkan sumber yang ada di wilayah ini untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat terhadap bahan api lestari.
Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil bagi tingkatkan pengeluaran padi
Dengan penggunaan mesin penuai dan pembajak padi, pesawah tidak perlu lagi membanting tulang seharian, malah dapat mengeluarkan sembilan kali ganda hasil padi dalam masa satu jam.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.
Penambahan penerbangan pacu sasaran 3.5 juta pelancong di Sabah
Dengan penambahan penerbangan keluar masuk dari Sabah bukan sahaja bakal melonjakkan kemasukan pelancong, malah dapat menjana sektor ekonomi negeri itu.
Laporan akhir kematian pakar patologi didedah bulan depan
Laporan akhir kematian pakar patologi di Lahad Datu didedah bulan depan
Laporan akhir pasukan petugas khas bebas berhubung kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah dijangka didedahkan bulan depan.
Laporan akhir pasukan petugas khas bebas berhubung kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah dijangka didedahkan bulan depan.
Kebenaran bina semula rumah mangsa belum diluluskan
Lebih 600 mangsa kebakaran di Kampung Sri Aman Dua di Tawau kini berada dalam dilema, kerana kebenaran untuk membina semula rumah masih belum diluluskan berikutan status tanah milik kerajaan.
'Tiga tahun air mata ini untuk Arshad' - Antashah
Sambutan hari jadi ketiga untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit atresia biliari (hati) dan menjalani lima kali pembedahan sebelum ini,Arshad Imanshah tanda syukur terhadap kesihatannya selama ini.
'Tiga pilihan untuk masa depan Arshad' - Antashah
Antashah Mohd Nor kini di dalam dilema untuk memilih tiga pilihan yang diberi doktor di Hospital Sir Ganga Ram (SGRH) New Delhi demi masa depan anaknya.
'Arshad akan ke India jalani pembedahan hati kali kedua' - Antashah
Arshad Imanshah akan ke India pada Ahad ini untuk menjalani pembedahan hati semula selepas prosedur kali pertama pada 28 Oktober tahun lalu tidak mencapai kejayaan.
'Arshad perlu pembedahan pemindahan hati kali kedua' - Antashah
Keadaan kanak-kanak dua tahun yang menghidap penyakit Atresia Biliari (hati), Arshad Imanshah yang menjalani pemindahan hati 28 Oktober tahun lalu kini perlu melakukan prosedur itu semula.
Permulaan baru buat Arshad, kini dibenarkan keluar hospital - Antashah
Bayi yang menghidap penyakit Atresia Biliari (hati), Arshad Imanshah yang menjalani pembedahan hati di Hospital Universiti Singapura (HUS) Oktober tahun lalu kini dibenarkan keluar hospital.
Arshad cekal dengan hanya 10 peratus hatinya berfungsi - Antashah
Keadaan bayi 19 bulan yang menghidap penyakit Atresia Biliari (hati), Arshad Imanshah kini dilihat stabil walaupun denyutan jantung dan tekanan darahnya masih belum di peringkat memuaskan.
Sel hati tidak berfungsi, Arshad bertarung nyawa jalani pembedahan keempat
"90 peratus sel hatinya tidak berfungsi, Arshad kini terus bertarung nyawa menjalani pembedahan keempat."
Arshad terus berjuang selepas tiga kali pembedahan - Antashah
Bapanya, Antashah Mohd Nor berkata, semangat Arshad dilihat sangat tinggi walaupun kini diberi ubat tidur dengan dos rendah untuk menenangkannya.
Pembedahan Arshad lancar, kini dalam pengawasan rapi - Antashah
Arshad dan Antashah kini diharap segera sembuh selepas menjalani pembedahan 28 Oktober lalu.
Ada bakteria E-Coli dalam darah Arshad, doakan anak kami - Antashah
Bayi yang mengidap penyakit Atresia Biliari (hati), Arshad Imanshah kini diberi antibiotik paling kuat sebelum kira-kira 10 hari lagi dia dijadual memulakan pembedahan.