ISKANDAR PUTERI: Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata kos pembinaan bagi sistem pengangkutan awam itu dianggarkan hampir RM7 bilion.
"Kita memilih sistem ART bertingkat kerana ia boleh siap lebih pantas berbanding sistem pengangkutan Transit Aliran Ringan (LRT). Kita mahukan ia dapat beroperasi serentak dengan projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link yang dijadual beroperasi pada Januari 2027.
"Sistem ART bertingkat ini akan ada tiga jajaran iaitu Laluan Iskandar Puteri sepanjang 14.78km, Laluan Skudai (18.8km) dan Laluan Tebrau (14km). Ketika ini kajian sedang dijalankan dan dijangka siap pada Ogos ini untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini pada Selasa.
Pada 16 April lepas, Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dilapor berkata kerajaan negeri berhasrat membangunkan sistem ART bertingkat di Johor Bahru bagi mengatasi kesesakan di bandar raya itu dan cadangan tersebut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail untuk dibawa ke kerajaan Persekutuan bagi diperhalusi.
Pada 25 April lepas, Menteri Pengangkutan Anthony Loke pula dilapor berkata Kementerian Pengangkutan akan meneliti cadangan itu memandangkan sistem pengangkutan awam bersepadu sememangnya perlu disediakan di Johor Bahru.
Sementara itu, Mohamad Fazli berkata sistem kod QR akan mula digunakan bagi pelepasan imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) pada pertengahan bulan depan.
Beliau berkata fasa pertama akan melibatkan penumpang bas kilang sebelum diperluaskan secara berperingkat kepada semua kategori pengembara dengan sasaran pelaksanaan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
"Dianggarkan 5,000 penumpang melibatkan 120 bas kilang pada setiap waktu puncak akan terlibat untuk fasa pertama ini di kedua-dua laluan BSI dan KSAB. Bagi pengembara awam termasuk yang menggunakan kenderaan persendirian kod QR akan digunakan secara berkumpulan.
"Pasport masih perlu dibawa tetapi ia tidak perlu ditunjuk sebaliknya cukup menunjukkan kod QR berkenaan," katanya sambil menambah pihaknya optimis sistem tersebut mampu memudahkan pergerakan keluar masuk pengembara di kedua-dua pintu masuk laluan darat antara Malaysia dan Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024

Mohamad Fazli berkata kos pembinaan bagi sistem pengangkutan awam itu dianggarkan hampir RM7 bilion. - Foto fail/BERNAMA

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.

ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).