KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan bekas Pengerusinya Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah tidak sepatutnya dipertanggungjawab bagi kerugian yang dialami oleh syarikat itu akibat penyelewengan yang dilakukan oleh orang lain.
Peguam Sanjay Mohan, yang mewakili Arul Kanda, berhujah bahawa isu berkaitan kerugian kewangan 1MDB telah dibangkitkan pada 2014, setahun sebelum pelantikan anak guamnya dalam syarikat itu.
"Dakwaan yang dibangkitkan oleh plaintif (1MDB) telah dibuat tanpa sebarang bukti. Siasatan terhadap 1MDB bermula pada 27 Feb 2015 berkaitan urus niaga di antara tahun 2010 dan 2014. Anak guam saya adalah sebahagian daripada pengurusan baharu. Beliau tidak pernah terlibat dalam apa cara sekalipun," katanya.
Peguam Lavinia Kumaraendran, yang mewakili Mohd Irwan, pula berhujah bahawa bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan itu telah dilantik menganggotai Lembaga Pengarah 1MDB pada 2016 dan tiada kaitan langsung bahawa kerugian yang didakwa berlaku adalah akibat perbuatan salah laku Mohd Irwan.
"Pelaburan di Brazen Sky Limited dan pembayaran kepada Aabar Investments PJS Limited adalah jelas tidak mampan kerana mahkamah belum menentukan bahawa 1MDB mengalami kerugian sebanyak US$1.83 bilion (RM8.05 bilion) dan US$3.5 bilion (RM15.4 bilion)," katanya sambil menambah saman plaintif terhadap Mohd Irwan adalah pramatang.
Kedua-dua peguam berkata demikian pada prosiding pendengaran permohonan bagi membatalkan saman US$6.59 bilion yang difailkan oleh 1MDB terhadap Arul Kanda dan Mohd Irwan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan.
Sementara itu, peguam Brendan Siva yang mewakili 1MDB berhujah saman tersebut perlu melalui prosiding perbicaraan penuh kerana adalah menjadi tanggungjawab 1MDB untuk memastikan bahawa semua pihak yang berkaitan disoal dalam usaha mendapatkan semula dana yang hilang.
Seorang lagi peguam 1MDB iaitu Datuk Lim Chee Wee pula berkata saman itu adalah terhadap apa yang sepatutnya mereka lakukan namun gagal berbuat demikan pada masa yang material.
"Mereka gagal melakukan inkuiri, menyiasat dan memastikan pelbagai pelaburan 1MDB yang gagal serta mendapatkan semula dana yang terlibat," katanya.
Selepas mendengar hujah semua pihak, Raja Ahmad menetapkan 23 Ogos ini untuk memutuskan perkara itu.
Pada Mei 2021, 1MDB memfailkan saman terhadap mereka atas dakwaan pecah amanah dan konspirasi sehingga menyebabkan 1MDB mengalami kerugian berjumlah US$1.83 bilion berhubung pelaburannya dalam 1MDB-Petrosaudi Ltd, yang ditukar kepada pelaburan di Brazen Sky Limited, yang dikatakan terdapat dalam Bridge Global Fund.
1MDB juga mendakwa Arul Kanda dan Mohd Irwan melakukan pecah amanah serta konspirasi dengan menyeleweng wang 1MDB berjumlah US$3.5 bilion yang dibayar kepada to Aabar Investments dan US$1.265 bilion, yang dibayar kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) pada 9 Mei 2017.
Menurut 1MDB, Mohd Irwan juga berkonspirasi dengan Arul Kanda untuk menyebabkan syarikat itu melaksanakan Perjanjian Pelanjutan Pekerjaan dan membuat pembayaran berjumlah RM2,905,200 kepada Arul Kanda selaras dengan perjanjian itu tanpa menghiraukan kepentingan 1MDB sehingga menyebabkan syarikat berkenaan mengalami kerugian.
Sehubungan itu, 1MDB antara lain menuntut kedua-dua defendan membayar US$6.59 bilion bagi pelanggaran terbabit dan tambahan RM2.9 juta daripada Mohd Irwan berkaitan Perjanjian Pelanjutan Pekerjaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2023

Peguam Sanjay Mohan, yang mewakili Arul Kanda, berhujah bahawa isu berkaitan kerugian kewangan 1MDB telah dibangkitkan pada 2014, setahun sebelum pelantikan anak guamnya dalam syarikat itu. - Gambar fail
Consider This: T.E.A.M. Malaysia: A New Economic Narrative
A new whitepaper from the Institute of Capital Market Research warns that while Malaysia aspires to become a high-value, innovation-led economy, outdated economic structures may be holding us back. The question is—can Malaysia rethink our approach to growth, investment, and competitiveness before it’s too late? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Tan Sri Andrew Sheng, Distinguished Fellow at Institute for Capital Market Research Malaysia. He previously served as Chairman of the Securities and Futures Commission of Hong Kong and held senior roles at Bank Negara Malaysia, including Chief Economist and Assistant Governor in charge of Bank and Insurance Regulations.

Malaysia lancar platform ASEAN GEMS, tawar 300 biasiswa bernilai AS$4 juta
Malaysia hari ini melancarkan platform ASEAN Global Exchange for Mobility and Scholarship (GEMS), sebuah inisiatif visi yang akan menjadi hab utama bagi peluang biasiswa di seluruh rantau ini.
Malaysia akan bantu pendidikan, kesihatan di Baitulmaqdis - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain bantuan pemulihan Gaza, Malaysia akan sediakan bantuan wakaf untuk Universiti al-Quds dan sekolah serta hospital di Baitulmaqdis. #AWANInews

Kedudukan Malaysia dalam indeks tadbir urus global dipertingkatkan dengan komitmen bersama
Kedudukan Malaysia dalam indeks tadbir urus global akan dipertingkatkan dengan dedikasi berterusan dan komitmen bersama untuk tadbir urus yang kukuh.

Letupan gegar Konsulat Rusia di Perancis
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, yang berlaku pada ulang tahun ketiga pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
15 mangsa penipuan pekerjaan dari Myanmar selamat tiba di Malaysia
Lima belas rakyat Malaysia termasuk tiga wanita yang menjadi mangsa sindiket job scam atau penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar selamat tiba di tanah air, pada Ísnin.

RUU Perkhidmatan Parlimen: Buka ruang kepada lebih banyak Jawatankuasa Pilihan, Usul Persendirian - Penganalisis
Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen akan membuka lebih banyak ruang penyertaan wakil rakyat dalam pelbagai prosiding institusi perundangan berkenaan.

Jakim sedia bekerjasama dengan pempengaruh untuk memperkasa penyampaian maklumat sahih
Pastikan pempengaruh dan penyedia kandungan media sosial lebih berhati-hati ketika menerbitkan atau mengulas sebarang isu.
Malakoff rai 50 tahun, pacu transformasi tenaga negara
Malakoff Corporation Berhad meraikan ulang tahun ke-50 sebagai peneraju industri tenaga negara dengan menegaskan kepentingan inovasi kejuruteraan, peralihan ke tenaga boleh diperbaharui, serta komitmen terhadap keselamatan bekalan tenaga negara.
Israel rasuah: Netanyahu sambung beri keterangan
Netanyahu, 75, adalah perdana menteri pertama Israel yang dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan jenayah.

Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.

Kes pinda laporan audit: Mahkamah Rayuan kekal pembebasan Najib, Arul Kanda
Keputusan itu dibuat tiga hakim Mahkamah Rayuan yang menolak dua notis rayuan dikemukakan pihak pembelaan.

Permohonan Irwan Serigar, Arul Kanda batal saman 1MDB ditolak
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Irwan Serigar dan Arul Kanda untuk membatalkan saman oleh 1MDB.

Arul Kanda hantar representasi agar pendakwaan gugur rayuan kes pinda laporan audit 1MDB
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy mengemukakan surat representasi agar pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadapnya berhubung kes meminda laporan audit.

Kes audit 1MDB: Najib, Arul Kanda dilepas, dibebaskan
Hakim Mohamed Zaini Mazlan mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wujud kes prima facie bagi pertuduhan itu.

Kes 1MDB: Najib, Arul Kanda tiba di mahkamah untuk dengar keputusan bela diri atau bebas
Bekas Perdana Menteri itu hadir bagi mendengar keputusan berhubung pertuduhan meminda laporan audit syarikat 1MDB.

Kes pinda laporan audit 1MDB: Keputusan Najib, Arul Kanda bebas atau bela diri pada 3 Mac
Mahkamah Tinggi menetapkan 3 Mac untuk keputusan sama ada Najib dan Arul Kanda dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.

Kes Najib, Arul Kanda pinda laporan audit 1MDB: Pendakwaan selesai kemuka saksi
Pendakwaan dalam kes meminda laporan audit 1MDB membabitkan Najib dan Arul Kanda hari ini selesai mengemukakan kesnya selepas memanggil 16 saksi.

Kes 1MDB: Arul Kanda beritahu mahkamah bekas CFO sembunyi dokumen syarikat
1MDB tidak dapat sediakan dokumen kerana pejabat syarikat diserbu oleh polis serta SPRM dan banyak dokumen serta fail termasuk cakera keras dirampas.

Najib, Arul Kanda arah pinda laporan akhir audit 1MDB untuk lindungi diri - Saksi
Najib dan Arul Kanda dikatakan telah mengarahkan supaya laporan akhir audit 1MDB dipinda bagi melindungi diri mereka daripada sebarang tindakan sivil atau jenayah.