KEPALA BATAS: Ibu kepada Mohamad Ammar Dhani Mohd Azuan, 7, yang meninggal dunia petang semalam akibat menderita penyakit kanser darah, meluahkan rasa hibanya apabila anak sulungnya itu tidak sempat menyarung seragam pasukan polis, sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Nur Syazwani Mazlan, 30, berkata pakaian seragam yang ditempah khas itu sudahpun siap dijahit pada Sabtu lalu, namun disebabkan keadaan anaknya itu tidak mengizinkan, beliau menangguh terlebih dahulu hasrat tersebut, sehingga anaknya benar-benar sihat.
"Baju seragam itu siap pagi kelmarin, walau bagaimanapun arwah sempat lihat dan hanya menganggukkan kepala sahaja apabila saya menunjukkan seragam tersebut kepadanya, memandangkan keadaannya pada ketika itu begitu lemah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman ibu bapa mertuanya di Bakar Kapor, Penaga dekat sini, hari ini.
Beliau yang merupakan suri rumah berkata, meskipun mengetahui kesihatan anak lelaki tunggalnya semakin merosot, namun beliau dan suaminya, Mohamad Azuan Abdul Mutalib, 33, cuba sedaya mungkin untuk melakukan segala perkara yang boleh menceriakan anak mereka, sehingga nafasnya yang terakhir.
Kisah Mohamad Ammar Dhani yang menderita penyakit leukemia sejak lima tahun lalu pernah tular di media sosial, sebelum ini kerana memasang hasrat untuk menaiki kereta peronda (MPV) polis, yang akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau diberi peluang menaiki kenderaan tersebut sambil diiringi sendiri Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor, pada 22 Jan lalu.
Menceritakan detik-detik terakhir di samping anaknya itu, Nur Syazwani yang tidak dapat menahan sebak berkata, "Sebelum arwah pergi, dia sempat melambai dengan perlahan kepada saya bertanyakan di mana bapanya yang pada ketika itu belum pulang dari kerja, kemudian dalam beberapa ketika saya lihat dia tidur, tapi tidak sangka rupanya dia sudah tiada ketika itu," katanya sebak.
Sementara itu, Mohamad Azuan berkata anak lelakinya itu disifatkan sebagai seorang anak yang tidak mempunyai pelbagai kerenah, di samping mudah untuk diuruskan.
"Sepanjang Ammar sakit, memang senang nak uruskan dia, dia juga seorang yang ceria dan sentiasa membuatkan kami sekeluarga berasa gembira," katanya yang turut mempunyai tiga lagi anak perempuan berusia empat dan tiga tahun, serta sembilan bulan.
Beliau turut menyatakan bahawa anaknya yang bercita-cita untuk menjadi polis apabila dewasa kelak, juga tidak sempat untuk menggunakan bilik tidur yang kini masih lagi di dalam proses pengubahsuaian, di rumah ibu bapanya itu.
"Kami ubah suai bilik sebab hendak bagi keselesaan pada arwah, tapi tak sempat," katanya yang turut mengucapkan penghargaan kepada pihak polism yang tidak putus-putus memberi sokongan moral kepada mereka sekeluarga.
Mohammad Ammar Dhani meninggal dunia kira-kira jam 6 petang semalam di rumah keluarganya di Bakar Kapor, Penaga di sini, dan jenazah kanak-kanak yang menghidap kanser tahap empat itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Bakar Kapor, Penaga.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 22 2021

Kisah Mohamad Ammar Dhani yang menderita penyakit leukemia sejak lima tahun lalu pernah tular di media sosial, sebelum ini kerana memasang hasrat untuk menaiki kereta peronda (MPV) polis. - Gambar fail/ Astro AWANI

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Arwah adik Ammar tidak sempat sarung seragam polis - Ibu
Seragam yang ditempah khas itu sudahpun siap dijahit pada Sabtu lalu, namun disebabkan keadaan anaknya itu tidak mengizinkan, beliau menangguh terlebih dahulu hasrat tersebut.