KOTA BHARU: Mengaji al-Quran setiap kali selepas selesai solat fardu lima waktu dan solat sunat menjadi amalan sepanjang hayat Allahyarham Imam Tua Masjid Mahmudi Mukim Kedai Melor di sini.
Rutin Mohd Zamai @ Suhaimi Ibrahim, 73, mengaji al-Quran itu semakin kerap dilakukan sejak kebelakangan ini sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya sejurus selesai menyampaikan khutbah dan mengimamkan solat Jumaat dengan kira-kira 700 makmum di masjid itu pada Jumaat.
Isteri Allahyarham, Robiah Sulaiman, 72, berkata, suaminya itu bangun awal seperti biasa pada pagi Jumaat dan mereka bersama-sama ke masjid untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah.
Katanya, selesai itu, mereka beriringan pulang dan melakukan rutin mengaji al-Quran bersama-sama di beranda rumah.
“Arwah ini memang mengaji al-Quran sepanjang masa, kalau saya nak makan sekali pun, dia akan tegur dan menyuruh saya mengaji terlebih dahulu.
"Dia sentiasa mengingatkan saya serta 10 anak kami tentang solat dan acap kali menyuruh membaca al-Quran supaya dapat menerangi alam kubur kami nanti.
“Solat Subuh pagi itulah yang terakhir buat saya dengan berimamkan dia dan mengaji al-Quran bersama-sama juga yang terakhir antara kami,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah mereka di Kampung Mahligai Melor di sini, pada Sabtu.
Sebelum itu, Robiah yang mengimbau detik memilukan ketika mengetahui keadaan menimpa suaminya, suri rumah itu berkata, dia diminta oleh anak sulung mereka, Roshainizai, 48, untuk pergi melihat Mohd Zamai di masjid.
Menurutnya, ketika itu, dia tidak diberitahu mengenai keadaan sebenar suaminya.
“Anak ketujuh, Mohd Roshaimizan, 36, sebelum itu menelefon Roshainizai untuk membawa saya ke masjid.
“Mulanya saya ingat bapa mereka kemalangan tetapi apabila sampai sahaja di masjid, dia sudah pun meninggal dunia,” ujarnya.
Tambah Robiah, dia sekeluarga tetap reda dengan pemergian itu dan berharap kematian suaminya itu sebagai khusnul khotimah.
“Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Mahligai pada jam 10.30 malam tadi (Jumaat),” katanya.
Sebelumnya, solat jenazah arwah dilakukan di masjid tempat dia berkhidmat dan dihadiri oleh lebih 2,000 makmum.
Allahyarham Mohd Zamai @ Suhaimi pernah berkhidmat dalam pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) berpangkat Koperal di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas di sini sebelum bersara pada tahun 1990.
Setelah bersara, arwah berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan sebagai pegawai pencegah maksiat sebelum dilantik menjawat jawatan iImam muda seterusnya imam tua di Masjid Mahmudi Mukim Kedai Melor sejak 25 tahun lalu. - Sinar Harian
https://www.sinarharian.com.my/article/276840/berita/semasa/arwah-amal-mengaji-al-quran-setiap-kali-selesai-solat---balu-imam
Sinar Harian
Sat Sep 02 2023

Isteri Allahyarham, Robiah Sulaiman, 72, berkata, suaminya itu bangun awal seperti biasa pada pagi Jumaat dan mereka bersama-sama ke masjid untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah. - Gambar/ Sinar Harian
Kandungan palsu: individu gagal hadir ke mahkamah ditangkap
MCMC menahan individu muat naik kandungan palsu gagal hadir ke mahkamah

Menteri New Zealand lepaskan jawatan selepas insiden letak tangan di lengan kakitangan
Andrew Bayly kesal dengan tingkah lakunya yang dianggap beliau sebagai "agak berlebihan."

Manchester United akan hentikan 150 hingga 200 lagi pekerja
Manchester United telah mengalami kerugian selama lima tahun berturut-turut dan perkara itu tidak boleh berterusan, kata CEO, Omar Berrada.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas. #AWANInews
Dewan Rakyat: isu RUU pembaharuan semula bandar, banjir antara tumpuan hari ini
Isu berkait cadangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar dan langkah proaktif bagi menangani banjir pada musim monsun dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Amerika tolak usul kecaman terhadap Rusia di PBB
Keputusan AS tolak resolusi yang disokong Ukraine itu meletakkan Washington dalam kedudukan bertentangan dengan sekutu tradisionalnya di Eropah.
Pasca perang Syria: EU gantung sebahagian sekatan terhadap Syria
Kesatuan Eropah (EU) menggantung pelbagai sekatan terhadap Syria berkuat kuasa serta-merta pada Isnin, termasuk sekatan berkaitan tenaga, perbankan, pengangkutan, dan pembinaan semula.
A.S tolak usul kecaman terhadap Rusia di PBB
Amerika Syarikat bergabung dengan Rusia untuk mengundi menentang resolusi Perhimpunan Agung PBB yang mengutuk perang Rusia terhadap Ukraine pada Isnin, dalam perubahan mengejut daripada dasar Amerika Syarikat selama bertahun-tahun.
Konflik di Ukraine: Trump: Putin terima cadangan eropah hantar pasukan pengaman
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin, menerima cadangan Eropah untuk menghantar pasukan pengaman ke Ukraine sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata.

Muat naik kandungan palsu Majlis Raja-Raja: Individu gagal hadir ke mahkamah ditangkap
Tangkapan terhadap individu itu dilakukan sejurus waran tangkap dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Sepang pada Isnin.

Imam rebah, meninggal dunia ketika solat subuh di masjid
Imam rebah, meninggal dunia ketika solat Subuh di masjid

Imam yang ditembak di luar masjid New Jersey meninggal dunia
Imam Hassan Sharif ditembak dalam insiden yang berlaku di luar masjid Masjid Muhammad-Newark sekitar pukul 6 pagi Rabu.

'Arwah amal mengaji al-Quran setiap kali selesai solat' - Balu imam
Mengaji al-Quran setiap kali selepas selesai solat fardu lima waktu dan solat sunat menjadi amalan sepanjang hayat Allahyarham Imam Tua Masjid Mahmudi Mukim Kedai Melor di sini.

Imam dijemput Ilahi kurang 12 jam selepas isterinya meninggal
Seorang imam dan bilal di Surau Haji Taha di Kampung Sungai Lurus Darat, Senggarang, Batu Pahat meninggal dunia kurang 12 jam selepas isterinya kembali ke Rahmatullah pada Rabu.