KOTA BHARU: Mengaji al-Quran setiap kali selepas selesai solat fardu lima waktu dan solat sunat menjadi amalan sepanjang hayat Allahyarham Imam Tua Masjid Mahmudi Mukim Kedai Melor di sini.
Rutin Mohd Zamai @ Suhaimi Ibrahim, 73, mengaji al-Quran itu semakin kerap dilakukan sejak kebelakangan ini sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya sejurus selesai menyampaikan khutbah dan mengimamkan solat Jumaat dengan kira-kira 700 makmum di masjid itu pada Jumaat.
Isteri Allahyarham, Robiah Sulaiman, 72, berkata, suaminya itu bangun awal seperti biasa pada pagi Jumaat dan mereka bersama-sama ke masjid untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah.
Katanya, selesai itu, mereka beriringan pulang dan melakukan rutin mengaji al-Quran bersama-sama di beranda rumah.
“Arwah ini memang mengaji al-Quran sepanjang masa, kalau saya nak makan sekali pun, dia akan tegur dan menyuruh saya mengaji terlebih dahulu.
"Dia sentiasa mengingatkan saya serta 10 anak kami tentang solat dan acap kali menyuruh membaca al-Quran supaya dapat menerangi alam kubur kami nanti.
“Solat Subuh pagi itulah yang terakhir buat saya dengan berimamkan dia dan mengaji al-Quran bersama-sama juga yang terakhir antara kami,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah mereka di Kampung Mahligai Melor di sini, pada Sabtu.
Sebelum itu, Robiah yang mengimbau detik memilukan ketika mengetahui keadaan menimpa suaminya, suri rumah itu berkata, dia diminta oleh anak sulung mereka, Roshainizai, 48, untuk pergi melihat Mohd Zamai di masjid.
Menurutnya, ketika itu, dia tidak diberitahu mengenai keadaan sebenar suaminya.
“Anak ketujuh, Mohd Roshaimizan, 36, sebelum itu menelefon Roshainizai untuk membawa saya ke masjid.
“Mulanya saya ingat bapa mereka kemalangan tetapi apabila sampai sahaja di masjid, dia sudah pun meninggal dunia,” ujarnya.
Tambah Robiah, dia sekeluarga tetap reda dengan pemergian itu dan berharap kematian suaminya itu sebagai khusnul khotimah.
“Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Mahligai pada jam 10.30 malam tadi (Jumaat),” katanya.
Sebelumnya, solat jenazah arwah dilakukan di masjid tempat dia berkhidmat dan dihadiri oleh lebih 2,000 makmum.
Allahyarham Mohd Zamai @ Suhaimi pernah berkhidmat dalam pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) berpangkat Koperal di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas di sini sebelum bersara pada tahun 1990.
Setelah bersara, arwah berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan sebagai pegawai pencegah maksiat sebelum dilantik menjawat jawatan iImam muda seterusnya imam tua di Masjid Mahmudi Mukim Kedai Melor sejak 25 tahun lalu. - Sinar Harian
https://www.sinarharian.com.my/article/276840/berita/semasa/arwah-amal-mengaji-al-quran-setiap-kali-selesai-solat---balu-imam
Sinar Harian
Sat Sep 02 2023
!['Arwah amal mengaji al-Quran setiap kali selesai solat' - Balu imam 'Arwah amal mengaji al-Quran setiap kali selesai solat' - Balu imam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693638147_ImamTuaMasjidMahm.jpg)
Isteri Allahyarham, Robiah Sulaiman, 72, berkata, suaminya itu bangun awal seperti biasa pada pagi Jumaat dan mereka bersama-sama ke masjid untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah. - Gambar/ Sinar Harian
![Pasaran getah KL ditutup tinggi Pasaran getah KL ditutup tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677052357_TBgetah.jpg)
Pasaran getah KL ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kebimbangan berterusan terhadap kekurangan bekalan getah asli ketika musim sejuk semakin menghampiri.
Agenda AWANI: Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Apa peluang dan potensi kerjasama saling untung yang boleh dibawa oleh Turkiye untuk manfaat ASEAN khususnya perdagangan, teknologi dan kestabilan rantau ini? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Gencatan Senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan. Jelasnya, memandangkan dunia Arab yang masyhur berpecah, penyatuan dalam satu suara dalam mempertahankan hak Palestin kini boleh dianggap sebagai suatu kemenangan. #AgendaAWANI
![Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695257373_AnwarErdoan.jpg)
Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.
![Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/41512866087_LIGAARAB.jpg)
Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
![Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739357245_HennyMohamedNajib.jpg)
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739364907_ArifHavasOegroseno.jpg)
Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara
"Jika China boleh melakukannya, kita juga seharusnya mampu kerana ia adalah sumber terbuka."
![Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030 Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722506966_TBEV.jpg)
Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030
Setiap kawasan komersial baharu perlu mempunyai peratusan tempat letak kereta yang dipasang dengan stesen pengecas EV.
![Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724400042_TBladangsawit.jpg)
Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun
Menurut data Persatuan Pengekstrak Pelarut India pada Rabu, import minyak sawit India berjumlah 275,000 tan pada bulan lepas.
![Imam rebah, meninggal dunia ketika solat subuh di masjid Imam rebah, meninggal dunia ketika solat subuh di masjid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711181361_TBImamrebah.jpg)
Imam rebah, meninggal dunia ketika solat subuh di masjid
Imam rebah, meninggal dunia ketika solat Subuh di masjid
![Imam yang ditembak di luar masjid New Jersey meninggal dunia Imam yang ditembak di luar masjid New Jersey meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704321553_TBHassanSharif.jpg)
Imam yang ditembak di luar masjid New Jersey meninggal dunia
Imam Hassan Sharif ditembak dalam insiden yang berlaku di luar masjid Masjid Muhammad-Newark sekitar pukul 6 pagi Rabu.
!['Arwah amal mengaji al-Quran setiap kali selesai solat' - Balu imam 'Arwah amal mengaji al-Quran setiap kali selesai solat' - Balu imam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693638147_ImamTuaMasjidMahm.jpg)
'Arwah amal mengaji al-Quran setiap kali selesai solat' - Balu imam
Mengaji al-Quran setiap kali selepas selesai solat fardu lima waktu dan solat sunat menjadi amalan sepanjang hayat Allahyarham Imam Tua Masjid Mahmudi Mukim Kedai Melor di sini.
![Imam dijemput Ilahi kurang 12 jam selepas isterinya meninggal Imam dijemput Ilahi kurang 12 jam selepas isterinya meninggal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687432647_TBHajiAli.jpg)
Imam dijemput Ilahi kurang 12 jam selepas isterinya meninggal
Seorang imam dan bilal di Surau Haji Taha di Kampung Sungai Lurus Darat, Senggarang, Batu Pahat meninggal dunia kurang 12 jam selepas isterinya kembali ke Rahmatullah pada Rabu.