SEREMBAN: Suasana pilu mengiringi pengebumian anggota bomba Mohd Firdaus Sulaiman, 28, yang meninggal dunia pada Isnin selepas terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu di Segamat, Johor pada Sabtu.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Qaryah Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng, Ampangan di sini kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Sebelum itu lebih 200 ahli keluarga, rakan, penduduk serta pegawai bomba hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham yang tiba di Surau Al Falah, Taman Desa Rhu di Sikamat di sini.
Turut memberi penghormatan, Ketua Pengarah Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, Pengarah JBPM Negeri Sembilan, Hamdan Ali dan Pengarah JBPM Johor, Datuk Yahaya Madis.
Yahaya yang ditemui pemberita berkata, Allahyarham yang sudah berkhidmat selama sembilan tahun akan dinaikkan pangkat daripada Gred Keselamatan Bomba (KB) 19 ke KB 22.
"Arwah seorang anggota yang bagus, rajin dan mudah memberi bantuan. Kita amat terasa kehilangannya yang merupakan seorang anggota yang berdedikasi," katanya.
Sementara itu isteri Allahyarham, Nurul Jannah Abd Hamid Khan, 29, berkata, sebelum tragedi itu, Allahyarham sempat menyambut hari lahirnya pada 9 Disember lalu tetapi dilihat lebih banyak berdiam diri.
Katanya, biasanya Allahyarham hanya akan meraikan hari lahirnya selepas beberapa hari tetapi tidak pada kali ini.
"Arwah baik orangnya dan sangat penyayang. Cuma saya perasan dalam seminggu ini dia banyak berdiam diri.
"Pada 9 Disember lalu dia teruja untuk menyambut hari lahir saya dengan meriah.
"Sebelum ini, biasanya selepas beberapa hari baru dia raikan. Itulah yang nampak pelik sikit," katanya ketika ditemui selepas pengebumian.
Bercerita sebelum tragedi menimpa Allahyarham, Nurul Jannah berkata, dia ada menghubungi Allahyarham untuk menghantar makanan.
"Dia hanya memaklumkan tidak tahu akan balik atau tidak. Jadi makanan itu tidak perlu hantar sedangkan saya sudah membeli makanan itu.
"Ketika itu saya ada berhampiran balai bomba sahaja tetapi selepas sejam menghubunginya, saya diberitahu berlaku kejadian letupan sebuah kilang dan arwah terlibat dalam operasi itu," katanya.
Kata Nurul Jannah, ketika di hospital dia sempat mengajar Allahyarham mengucap sebelum menghembuskan nafas terakhir.
"Saya terkilan kerana Allahyarham tidak sempat masuk ke rumah baharu kami di Segamat bulan ini.
"Kami kini tinggal menyewa dan sepatutnya bulan ini akan pindah ke rumah baharu," katanya.
Suasana pilu mengiringi pengebumian anggota bomba Mohd Firdaus Sulaiman, 28, yang meninggal dunia pada Isnin selepas terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran.
Nurul Jannah turut memberitahu, anak tunggal mereka, Aisy Alisha, 3, masih belum tahu bapanya meninggal dunia.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Allahyarham yang bertugas di BBP Bandar Baru Segamat yang cedera parah akibat terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu di Segamat pada Sabtu meninggal dunia, awal pagi Isnin.
Allahyarham meninggal dunia di Hospital Segamat pada jam 4.15 pagi.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 13 2021
Nurul Jannah sebak ketika pengebumian suaminya, Mohd Firdaus yang meninggal dunia selepas terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran di sebuah kilang. -Foto Sinar Harian
Pendidikan: China lancar pelan bina negara pendidikan kukuh 2035
China telah melancarkan pelan tindakan nasional pertama untuk membina sebuah "negara pendidikan kukuh" menjelang tahun 2035.
Trump janji batal beberapa perintah eksekutif Biden selepas angkat sumpah
Menurut laporan media AS, Trump dijangka menandatangani lebih 100 perintah eksekutif pada hari pelantikannya.
Western Australia destinasi baharu pilihan rakyat Malaysia untuk percutian keluarga
Perth sebagai sebuah ibu kota Australia Barat atau lebih dikenali sebagai Western Australia kini muncul sebagai destinasi popular bagi rakyat Malaysia yang mencari pengalaman percutian santai.
AWANI Ringkas: Seorang lelaki direman kes pukul OKU di pasar tani
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan beri tekanan, Biar siasatan selesai - Armizan
Semua pihak dinasihat tidak mencetuskan spekulasi berhubung penjualan sandwic dengan label ham and cheese yang dijual di beberapa premis dalam Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, adalah lebih baik tidak diberi tekanan kerana proses siasatan masih berjalan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, adalah lebih baik tidak diberi tekanan kerana proses siasatan masih berjalan.
Agenda AWANI: Memperkasa tadbir urus masa depan keselamatan negara
Diskusi mengenai ancaman baharu jenayah siber dan keselamatan dalam talian serta strategi memperkasa tadbir urus sektor keselamatan melalui penganjuran Asia International Security Summit & Expo (AISSE'25) dalam Agenda AWANI 8.30 malam ini.
Tahun Baharu Cina: Bas ulang alik percuma ke Bukit Bendera selama lima hari
PBBPP dengan kerjasama Rapid Bus Sdn Bhd dan Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan perkhidmatan bas ulang-alik percuma ke Bukit Bendera dari Komtar selama lima hari, sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Kes pukul OKU: Lima individu telah ditahan, polis lengkapkan siasatan
Lima individu telah ditahan berhubung kejadian pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di pasar tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman. #AWANInews
Trump janji nyahklasifikasi dokumen berkaitan pembunuhan Kennedy, Martin Luther King Jr
Trump menyatakan bahawa langkah ini adalah untuk memulihkan ketelusan dan akauntabiliti kerajaan.
Jenazah ADUN Sungai Sibuga selamat dikebumikan
Mohamad Hamsan, 65, meninggal dunia pada 11.20 malam tadi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.
Dua anggota bomba maut, 173 penghuni pangsapuri terperangkap dalam kebakaran di Taiwan
Kebakaran kompleks pangsapuri di Bandar Hsinchu telah mengorbankan dua anggota bomba manakala 173 penduduk masih terperangkap, lapor Agensi Berita Pusat (CNA) memetik pihak berkuasa tempatan.
Laporan penuh siasatan kes kematian Muhammad Adib dibawa ke Kabinet bulan hadapan
Kerajaan telah menerima laporan penuh berkenaan daripada jawatankuasa yang memulakan proses siasatan sejak 21 Dis tahun lepas itu, semalam.
'Arwah sangat penyayang' - Isteri Mohd Firdaus sebak kenang detik terakhir bersama
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Qaryah Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng, Ampangan di sini kira-kira jam 12.30 tengah hari.