KUALA LUMPUR: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah menasihatkan golongan muda di Malaysia supaya mendapatkan kemahiran kepimpinan bermula dari bangku sekolah lagi.
Menurutnya, beliau mengakui banyak cabaran melingkari belia zaman sekarang dan antaranya adalah kekurangan sokongan dan peluang kerana mereka tidak mempunyai begitu banyak pengalaman.
Justeru, Tengku Amir menasihatkan golongan muda mendalami ilmu kepimpinan kerana ia tidak hadir begitu sahaja dan perlu dipraktikkan selalu.
“Mereka yang berada di sekolah, mereka perlu mengambil peluang ini untuk belajar kemahiran kepimpinan.
BACA: Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
“Sekolah adalah tempat pertama kita belajar pendidikan formal jadi di situ anda boleh wujudkan kumpulan anda dan mempraktikkan kepimpinan kerana tempat terbaik untuk amalkannya adalah di sekolah.
“Sekiranya anda buat silap pun, itu tidak mengapa. Tidak mengapa kalau gagal,” katanya pada webinar Youth & Leadership: In Achieving The Sustainable Development Goals pada Khamis.
Tambah beliau, gerakan belia banyak bergiat aktif di Lembah Klang dan beliau mahu gerakan sebegitu juga aktif di kawasan luar bandar selepas ini.
“Alangkah baiknya kalau dapat lihat lebih banyak gerakan sebegini, lebih banyak penglibatan di peringkat akar umbi.
“Saya mahu melihat ia lebih banyak di kawasan luar bandar. Saya mahu melihat ini di kawasan lain di Malaysia, bukan hanya di Selangor,” ujarnya.
Untuk belia di Malaysia, ini pesanan Tengku Amir untuk anda yang boleh dipegang bagi melalui cabaran pada masa hadapan.
“Untuk golongan muda, jangan mengalah. Anda juga perlu mendengar juga, adalah penting untuk mendengar kepada mereka yang lebih berusia kerana mereka juga mempunyai pandangan tersendiri.
“Tuliskan apa saja cadangan anda, tuliskan apa yang anda harap untuk capai kerana satu hari nanti, anda juga akan berada di posisi pemimpin dan anda boleh lihat semula apa yang anda tulis.
“Dan waktu itu anda boleh katakan, inilah masa untuk ubah semuanya. Tulis, simpan dekat dengan anda kerana satu hari nanti, anda boleh memastikan perubahan itu berlaku,” katanya.
Astro Awani
Thu Aug 12 2021

Tengku Amir mengakui banyak cabaran melingkari belia zaman sekarang dan antaranya adalah kekurangan sokongan dan peluang kerana mereka tidak mempunyai begitu banyak pengalaman. - Gambar Instagram/ rmselangor

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

Raja Muda Selangor berkenan rasmi ulang tahun ke-50 Kuan Tien Keng
Tengku Amir Shah berkenan merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-50 Kuan Tien Keng di Pandamaran, malam tadi.

Tengku Amir Shah dilantik semula sebagai Pro Canselor UPM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik semula Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah sebagai Pro Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM).

Tengku Amir 'mengancau' ikan di Program Rumpun Selangor
Tengku Amir turut berkenan menyampaikan sumbangan baja kepada pesawah dalam program itu dan diakhiri dengan majlis santapan.

Polis terima laporan akaun TikTok palsu guna nama Raja Muda Selangor
Laporan itu dibuat Istana Selangor semalam selepas mendapati akaun TikTok tersebut bukan milik Raja Muda Selangor dan disahkan adalah palsu.

Raja Muda Selangor kurnia pingat kepada 165 penerima daerah Petaling dan Klang
Raja Muda Selangor berkenan mengurniakan Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan kepada 165 penerima bagi daerah Petaling dan Klang.

Raja Muda Selangor takluk puncak Gunung Kilimanjaro
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berjaya menamatkan misi pendakian dan menakluk puncak Gunung Kilimanjaro di Tanzania pada Jumaat.

Pemerkasaan belia bermula dengan pendidikan, rapat jurang kemahiran - Raja Muda Selangor
Baginda tegaskan peri penting memastikan akses kepada pendidikan dan latihan yang disediakan boleh dicapai oleh orang muda disetiap lapisan masyarakat khususnya dalam kalangan keluarga miskin.

Tanah runtuh Batang Kali: Raja Muda Selangor tinjau operasi SAR
Baginda meluangkan masa kira-kira 40 minit dan diberikan taklimat mengenai operasi SAR tersebut.

Raja Muda Selangor kurnia anugerah belia kepada tujuh penerima
Pengurniaan anugerah itu adalah bersempena sambutan pencapaian lima tahun NGO itu sejak penubuhannya pada 2017.

Kempen tanam 100 juta pokok: 545,000 sudah ditanam di Selangor - Amirudin
Kira-kira 545,000 batang pokok telah ditanam di negeri Selangor melalui Kempen Penanaman 100 juta pokok sehingga 22 September lalu.