JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo memberi peringatan bahawa asap daripada kebakaran hutan dan tanah di negara itu berpotensi untuk tersebar secara meluas.
Beliau turut memerintahkan supaya pegawai tertinggi tentera dan polis serta pemerintah daerah mengambil tindakan segera dengan serius untuk mengatasi masalah itu.
"Memang setiap kebakaran menghasilkan asap yang boleh tersebar secara meluas jika dibawa oleh angin," kata Joko Widodo, yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
"Setiap titik kebakaran, tidak kira betapa kecilnya, mesti dikawal untuk mengelakkannya daripada merebak," tegasnya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas mengenai peningkatan pencemaran udara di negara-negara jiran susulan asap kebakaran di wilayah Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.
Jokowi berkata suhu di negaranya kini lebih panas daripada suhu normal sehingga musim kemarau berlangsung panjang serta berpotensi meningkat dan memperluas titik panas di beberapa wilayah.
Beliau bagaimanapun yakin usaha mengawal kebakaran yang sedang dilakukan sekarang lebih baik berbanding kebakaran hutan pada 2015.
"Kami masih boleh mengawalnya dengan baik di sini," katanya.
Puncak musim kemarau di Indonesia dijangkakan berlaku bulan ini, berikutan peningkatan titik panas dari Ogos dengan beberapa wilayah termasuk Jawa tidak menerima hujan sejak tiga bulan lalu.
Malaysia bersedia untuk bekerjasama menangani kebakaran hutan dan tanah yang sedang melanda di beberapa wilayah di Indonesia sekiranya diperlukan, menurut Kementerian Luar Indonesia.
Tawaran itu terkandung dalam surat rasmi yang dihantar Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad kepada rakan sejawatannya di Indonesia Siti Nurbaya Bakar.
Konsulat Malaysia di Pontianak telah menyumbang enam mesin pam air kepada pemerintah Wilayah Kalimantan Barat pada Ogos untuk pencegahan dan pengawalan kebakaran hutan dan tanah.
Dalam kenyataan rasmi Isnin lepas, Siti Nurbaya menjelaskan aduan Malaysia mengenai jerebu Indonesia adalah tidak tepat.
"Kami telah memantau keadaan dan tiada jerebu rentas sempadan yang sampai ke Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023

Jokowi turut memerintahkan supaya pegawai tertinggi tentera dan polis serta pemerintah daerah mengambil tindakan segera dengan serius untuk mengatasi masalah itu. - Gambar fail/Bernama

76,664 permohonan SJKP diluluskan bernilai RM17.86 bilion - KPKT
Sebanyak 76,664 permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bernilai RM17.86 bilion diluluskan sejak dilaksanakan.

734 tan metrik kelapa tua dibawa masuk setakat 4 Mac - Mohamad Sabu
FAMA dan FAMACO membawa masuk 734 tan metrik bekalan kelapa tua dikupas dari Sabah dan Indonesia dengan nilai belian RM2.01 juta.
AWANI Ringkas: Sindiket e-waste: Penguat kuasa diugut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Los Angeles saman SCE susulan kebakaran di California
Kebakaran Eaton memusnahkan sekitar 9,400 bangunan dan menyebabkan kerugian dianggarkan menelan kos sekurang-kurangnya ratusan juta dolar.

KDN perkenal pas khas pelabur mulai 1 April - Saifuddin
Pas khas kepada pelabur atau kumpulan ekspatriat akan dikeluarkan mulai 1 April ini bagi membolehkan mereka tinggal lebih lama di negara ini untuk urusan perniagaan.

Ibu jual barang kemas Eda Ezrin bayar peguam
Zahara melawat Eda Ezrin setiap minggu semasa di penjara dan bersyukur atas pembebasan anaknya.

Pemilihan jawatan Pengerusi CPA Malaysia diadakan dalam masa terdekat
Pemilihan jawatan Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia (CPA Malaysia) akan diadakan dalam masa terdekat.

Jet pejuang Tentera Korea Selatan tidak sengaja jatuhkan lapan bom, 7 orang awam cedera
Insiden berlaku pada 10.04 pagi waktu tempatan semasa latihan tembakan langsung.

Peniaga mainan didenda RM4,500 miliki 110 laras senjata tiruan
Seorang peniaga kedai mainan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki 110 laras senjata tiruan.

Melaka mula banjir, 34 kawasan terjejas
Banjir menjejaskan 17 kampung dan 15 taman perumahan di Melaka Tengah serta dua kawasan kampung di Jasin.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

Kebakaran hutan Phuket terkawal, kebimbangan kualiti udara berterusan di seluruh negara
Kebakaran itu meliputi kawasan kira-kira 1.6 hektar dan tindakan pantas pasukan negeri memastikan api dapat dikawal sepenuhnya pagi Jumaat.

Jumlah kematian akibat kebakaran hutan California meningkat kepada 29
Angka kematian akibat kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29.

Pemindahan besar-besaran selepas kebakaran baharu meletus berhampiran LA
Kebakaran ini berlaku ketika kawasan Los Angeles masih pulih daripada dua kebakaran besar yang telah mengorbankan lebih 24 orang.

Jepun sumbang US$2 juta untuk bantuan kebakaran hutan di California
Jepun pada Rabu mengumumkan sumbangan sebanyak US$2 juta kepada California untuk menyokong usaha pemulihan selepas kebakaran besar yang meragut puluhan nyawa dan menyebabkan kerosakan besar.

Kebakaran LA: Angin kuat Santa Ana boleh tingkatkan kebakaran hutan
Angin Santa Ana yang bertiup dari gurun telah menyebarkan bara api sejauh 3 kilometer di hadapan kebakaran.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Datuk Bandar Los Angeles dikritik berhubung respons terhadap kebakaran besar
Sehingga Ahad, lebih 110,000 tandatangan telah dikumpulkan menerusi petisyen di Change.org yang menuntut peletakan jawatannya.

Kebakaran Los Angeles: Angka korban kebakaran hutan meningkat kepada 24
Angka korban akibat kebakaran hutan yang dahsyat di California, Amerika Syarikat (AS), meningkat kepada 24 orang pada Ahad.