JAKARTA : Malaysia telah menzahirkan rasa kekecewaan terhadap kekurangan kemajuan ASEAN dalam melaksanakan langkah yang efektif bagi menangani ketidakstabilan di Myanmar.
Dalam sesi Pemukiman pemimpin-pemimpin ASEAN pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berpandangan pelaksanaan Kemuafakatan Lima Perkara (5PC) di Myanmar masih belum mencapai tahap yang memuaskan.
Lima perkara tersebut, antara lain ialah, menghentikan serta-merta keganasan di Myanmar; mengadakan dialog konstruktif bagi mencari penyelesaian yang aman; wakil Pengerusi ASEAN harus memudahcara dialog; perlu meneruskan bantuan kemanusiaan ke Myanmar; dan membenarkan wakil dan delegasi khas berjumpa dengan kerajaan Myanmar.
“Dalam platform ini, saya turut menyuarakan kekecewaan Malaysia terhadap kurangnya kemajuan bermakna dalam pelaksanaan 5PC, dan ketidakstabilan yang berterusan di Myanmar. Saya tekankan bahawa ASEAN perlu menangani isu Myanmar dalam pendekatan yang diselaraskan, dan agar ASEAN memanfaatkan Rakan Dialognya, termasuk PBB.
“Nada tegas telah dilontarkan kepada Myanmar supaya menunaikan kewajipannya sebagai Negara Anggota ASEAN mengikut peruntukan dalam Piagam ASEAN,” katanya menerusi catatan di FB beliau sempena sesi permukiman tersebut pada Selasa.
Sementara itu dalam sesi tersebut, Anwar berkata, semua pihak harus mengakui tiada kemajuan telah tercapai biarpun Indonesia selaku Pengerusi ASEAN telah melakukan pelbagai langkah dan dialog, satu usaha yang tidak ada bandingnya sejak 20 tahun lepas.
“Presiden bersifat jujur untuk mencadangkan ada sedikit tindakbalas positif, tetapi kita tahu ia adalah sesuatu yang amat sukar untuk berhadapan dengan junta tentera Myanmar, yang tidak bersedia untuk menyerah atau untuk berbincang.
“Pada waktu ini saya tidak dapat melihat penyelesaian pantas terhadap konflik ini. Tetapi kita tidak harus mengambil ringan. Terlalu banyak keganasan yang sedang berlaku di Myanmar, walaupun kita perlu menerima hakikat tidak semuanya dilakukan oleh tentera, tetapi sudah tentu mereka perlu bertanggungjawab,” katanya lagi.
Anwar berkata, bagi sebuah negara seperti Malaysia, tidak boleh melihat ia sesuatu yang boleh ditangguh kerana krisis itu turut menimbulkan kesukaran kepada Malaysia sendiri.
“Kini jumlah pelarian telah mencecah 200,000 orang. Dan kesukaran ini termasuk berhadapan dengan negara yang enggan menerima pelarian ini. Dan mereka (Junta Myanmar) terus memerintah dengan bermaharajalela. Saya faham ada elemen keganasan, tetapi ramai di kalangan mereka adalah mangsa yang tidak bersalah,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Wed Sep 06 2023
![ASEAN 2023: Malaysia kecewa lihat ketidakstabilan berterusan di Myanmar - Anwar ASEAN 2023: Malaysia kecewa lihat ketidakstabilan berterusan di Myanmar - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693970212_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar berkata, Malaysia berpandangan pelaksanaan Kemuafakatan Lima Perkara (5PC) di Myanmar masih belum mencapai tahap yang memuaskan. - Foto PMO
![TEKUN RM100 juta: Selepas 14 hari dilancarkan, 143 usahawan India terima RM3.6 juta - Ramanan TEKUN RM100 juta: Selepas 14 hari dilancarkan, 143 usahawan India terima RM3.6 juta - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738996904_RamananRamakrishnan.jpg)
TEKUN RM100 juta: Selepas 14 hari dilancarkan, 143 usahawan India terima RM3.6 juta - Ramanan
Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, jumlah tersebut telah disalurkan kepada usahawan yang memohon dana TEKUN Nasional.
![Pempengaruh media sosial diingatkan tidak keterlaluan hasilkan kandungan - Fahmi Pempengaruh media sosial diingatkan tidak keterlaluan hasilkan kandungan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738991687_FahmiFadzil.jpg)
Pempengaruh media sosial diingatkan tidak keterlaluan hasilkan kandungan - Fahmi
Pempengaruh media sosial diingatkan untuk berpada-pada dan tidak keterlaluan dalam menghasilkan kandungan semata-mata bagi mendapatkan tontonan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
AWANI Ringkas: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738991353_TBLAPANGAN.jpg)
Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.
![KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738994165_FadhlinaSidek.jpg)
KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.
![Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738990621_FadhlinaSidek.jpg)
Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar
Kementerian Pendidikan (KPM) menjangkakan kos membaik pulih keseluruhan sekolah dan premis yang mengalami kerosakan akibat banjir di Sabah dan Sarawak melibatkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.
Agrobank sasar 80,000 penyertaan bagi Kempen Mega Million 2.0
Agrobank menyasarkan penyertaan 80,000 peserta bagi Kempen Mega Million 2.0 yang berlangsung dari 1 November, 2024 hingga 31 Oktober, 2025.
![Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738989913_BidenTrump.jpg)
Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengumumkan bahawa beliau menghentikan akses keselamatan bekas presiden Joe Biden serta menamatkan taklimat risikan hariannya, lapor Xinhua.
![KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi masturbasi KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi masturbasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738990557_KDN.jpg)
KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi masturbasi
Kerajaan mengenakan Perintah Larangan ke atas tiga judul penerbitan buku, berikutan dikhuatiri memudaratkan kemoralan masyarakat Malaysia.
[TERKINI] KDN haramkan tiga buku
KDN memaklumkan perintah larangan tiga buku iaitu My Shadow Is Purple oleh Scott Stuart, Koleksi Puisi Masturbasi oleh Amir Hamzah bin Akal Ali (Benz Ali) dan All That’s Left In The World oleh Erik J. Brown.
![Kerjasama ASEAN-China pada masa akan datang harus berlandaskan kepercayaan - PM Anwar Kerjasama ASEAN-China pada masa akan datang harus berlandaskan kepercayaan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71693977410_AnwarIbrahim.jpg)
Kerjasama ASEAN-China pada masa akan datang harus berlandaskan kepercayaan - PM Anwar
PM Anwar berkata Malaysia berpendirian tegas dalam usaha melindungi kedaulatan negara dan juga rantau ASEAN dari ancaman luar.
![ASEAN 2023: Malaysia kecewa lihat ketidakstabilan berterusan di Myanmar - Anwar ASEAN 2023: Malaysia kecewa lihat ketidakstabilan berterusan di Myanmar - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693970212_AnwarIbrahim.jpg)
ASEAN 2023: Malaysia kecewa lihat ketidakstabilan berterusan di Myanmar - Anwar
Malaysia berpandangan pelaksanaan Kemuafakatan Lima Perkara (5PC) di Myanmar masih belum mencapai tahap yang memuaskan.
![Malaysia sedia tingkatkan potensi ASEAN melalui Rangka Kerja Ekonomi MADANI - PM Anwar Malaysia sedia tingkatkan potensi ASEAN melalui Rangka Kerja Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693904298_ASEAN.jpg)
Malaysia sedia tingkatkan potensi ASEAN melalui Rangka Kerja Ekonomi MADANI - PM Anwar
Integrasi ekonomi negara ASEAN perlu diperhebatkan lagi ke arah penghasilan pelan ekonomi yang lebih cergas, inklusif, mampan dan berdaya tahan.
![Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 bermula, Jokowi tegaskan kepentingan kestabilan serantau Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 bermula, Jokowi tegaskan kepentingan kestabilan serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693887114_tbASEANSummit.jpg)
Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 bermula, Jokowi tegaskan kepentingan kestabilan serantau
Jokowi mengingatkan negara-negara ASEAN tentang kepentingan untuk menghormati perbezaan pendapat, dan seterusnya mengukuhkan kesatuan serantau.
![Sidang Kemuncak ASEAN: Tuntutan China, sekuriti makanan antara tumpuan persidangan - Zambry Sidang Kemuncak ASEAN: Tuntutan China, sekuriti makanan antara tumpuan persidangan - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693739785_ZambryAbdulKadir.jpg)
Sidang Kemuncak ASEAN: Tuntutan China, sekuriti makanan antara tumpuan persidangan - Zambry
Malaysia cenderung melihat persidangan dijadikan platform untuk menyelesaikan sebarang konflik berdasarkan rangka kerja ASEAN yang dipersetujui