Berikut lima perkara utama yang perlu diberi perhatian yang digariskan oleh Pengurus Besar APAC Luno, Aaron Tang berhubung perkembangan ini.
1️⃣ ASEAN masih di peringkat awal ujian dan kajian CBDC
- ASEAN merupakan rantau besar dengan pelbagai sistem kewangan dan ekonomi yang berbeza.
- Kebanyakan negara seperti Malaysia, Thailand dan Singapura kini berada di peringkat ujian dan kajian dalam melancarkan Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC) mereka sendiri.
- Namun, usaha untuk menyatukan semua negara di bawah satu mata wang digital seragam akan mengambil masa panjang dan memerlukan perbincangan mendalam.
2️⃣ Cabaran menyatukan mata wang digital seragam ASEAN
- Setiap negara menghadapi cabaran berbeza dari segi dasar ekonomi, kesediaan teknologi dan keperluan kewangan.
- Walaupun ada idea seperti "bakul mata wang" yang pernah dicadangkan oleh pasukan Facebook beberapa tahun lalu, penyatuan ini memerlukan komitmen dan kerjasama jangka panjang.
3️⃣ Fokus Semasa: Akses kepada desentralisasi dalam kripto
- Buat masa ini, tumpuan utama adalah untuk memberi akses kepada pelanggan institusi dan runcit terhadap desentralisasi mata wang kripto seperti Bitcoin, Ethereum dan Solana.
- Walaupun ASEAN belum bersedia untuk bergabung di peringkat serantau dalam penggunaan kripto, terdapat perbincangan berkala dengan penggubal undang-undang dari beberapa negara di rantau ini untuk memastikan perkembangan berjalan dengan lancar.
4️⃣ Malaysia sebagai perintis dalam dasar kripto
- Malaysia telah menunjukkan kepimpinan dalam bidang ini apabila menjadi antara negara pertama di ASEAN yang memperkenalkan peraturan kripto beberapa tahun lalu.
- Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Malaysia ingin menjadi peneraju dalam teknologi seperti blockchain dan kripto menunjukkan komitmen negara untuk terus maju dalam sektor ini.
5️⃣ Kesedaran, keselesaan dan kerjasama adalah kunci
- Untuk mencapai penyatuan mata wang digital seragam di ASEAN, setiap kerajaan dan penggubal undang-undang perlu selesa dengan teknologi ini.
- Cabaran seperti risiko penyalahgunaan kripto, pengubahan wang haram, dan isu keselamatan menjadi perhatian utama.
- Namun, dengan kerjasama erat antara pemain industri, penggubal dasar, dan syarikat teknologi, ASEAN berpotensi untuk membuat kemajuan besar dalam masa terdekat.
Walaupun perjalanan menuju mata wang digital seragam di ASEAN masih panjang dan penuh cabaran, langkah-langkah awal yang diambil oleh negara-negara anggota menunjukkan potensi besar untuk masa depan kewangan digital di rantau ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Niaga AWANI pada Selasa.