ASEAN dan Eropah perlu mengambil bahagian dalam inisiatif Laluan Sutera Baharu China meskipun terdapat beberapa cabaran dan masalah, titah Sultan Perak.
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah negara-negara kedua-dua rantau boleh bertindak secara individu atau melalui ASEAN dan Kesatuan Eropah bagi memastikan penyertaan berkenaan memberi faedah bersama dan tidak berisiko dibanjiri oleh syarikat besar milik negara dari China.
"Para pemimpin China dan kerajaan mereka telah berkali-kali menegaskan bahawa projek Laluan Sutera Baharu akan menjadi hasil perundingan bersama untuk faedah bersama dan menyelaras dengan rancangan pembangunan negara dan serantau," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian dalam ucapan bertajuk 'Laluan Sutera Baharu: Mencipta Semula Sejarah' pada Sidang Kemuncak Ekonomi China Dunia (WCES) Ketujuh di London.
Teks titah ucapan baginda dikeluarkan di sini.
Baginda bertitah inisiatif Laluan Sutera Baharu boleh memulihkan defisit infrastruktur Asia Tenggara yang besar dan memudahkan pembinaan Komuniti Ekonomi ASEAN yang kukuh.
Baginda bertitah Beijing telah berjanji untuk menyumbang kepada Pelan Induk bagi Kesalinghubungan ASEAN yang telah diterima pakai pada 2010, manakala pada 2014, negara itu berjanji untuk menyediakan US$20 bilion dalam pinjaman untuk pembangunan infrastruktur serantau di samping US$3 bilion untuk Tabung Kerjasama China-ASEAN.
China juga telah menyediakan kemudahan pinjaman US$20 bilion untuk membantu merangsang pembangunan infrastruktur dan ekonomi Indonesia.
Sultan Nazrin bertitah sokongan Malaysia terhadap Laluan Sutera Maritim terdapat dalam Kenyataan Bersama Malaysia-China yang ditandatangani sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara pada tahun lepas.
Baginda bertitah China juga terlibat dalam pembangunan pelabuhan Kuantan dan dalam pembangunan bersama Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China oleh konsortium dari kedua-dua negara.
"Beta berpendapat ASEAN tidak akan membenarkan perselisihan berhubung pengurusan pertikaian di Laut China Selatan menjadi perkara yang mengelak kerjasama dalam projek-projek Laluan Sutera Baharu.
"Eropah seperti ASEAN telah memberi respons yang membina kepada idea Laluan Sutera Baharu ini walaupun peluang dan cabaran berbeza antara negara-negara," titah Sultan Nazrin.
Greece yang kini berdepan dengan kesukaran ekonomi misalnya boleh melihat manfaat lebih dari Belanda yang pelabuhan Rotterdam sudah berkembang maju manakala Eropah Timur mungkin lebih memerlukan pelaburan dalam infrastruktur berbanding separuh negara maju Barat yang lain, tetapi peluang pelaburan terbuka kepada semua.
"Ekonomi Kesatuan Eropah tidak berada dalam keadaan yang terbaik dan memerlukan lebih banyak dana pelaburan dan peluang pelaburan dalam bidang infrastruktur pertumbuhan baru yang terletak di sepanjang jalan darat jajaran Sutera itu.
"Seperti yang dianggarkan oleh Bank Pembangunan Asia, Asia yang berkembang pesat memerlukan pelaburan infrastruktur sehingga US$8.22 trilion pada dekad ini," titah Sultan Perak.
Baginda bertitah China perlu dapat menguruskan pertikaian wilayah dengan negara jiran dengan bijak untuk kepentingan bersama.
"Beta yakin kita akan dapat melihat Asia dengan harapan baharu di mana seluruh dunia boleh mengambil bahagian dan berkongsi," titah baginda lagi.
Bernama
Wed Nov 11 2015
SULTAN NAZRIN: Negara-negara kedua-dua rantau boleh bertindak secara individu atau melalui ASEAN dan Kesatuan Eropah bagi memastikan penyertaan berkenaan memberi faedah bersama.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Kejayaan ini mengatasi kutipan filem-filem lain dalam musim perayaan yang sama, menjadikan MONEY GAME$ sebagai filem paling popular.
10 Berita Pilihan - (31 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sembilan notis dikeluarkan MBSA kepada taman tema terkenal
Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam kenyataan memaklumkan ini termasuk tiga notis amaran pada 14 Nov 2024 dan satu notis amaran pada 19 Jan lepas.
Consider This: Heavy Vehicles - How Can Malaysia’s Roads Be Made Safer?
In the first ten months of 2024, 825 lorries were involved in fatal accidents, contributing to over 5,300 deaths—a stark reminder that although heavy vehicles make up a small fraction of traffic, their disproportionate involvement in fatalities highlight deep systemic issues. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Qamar Wan Noor, Leadership and Transformation Consultant and the former COO of the-then Land Public Transport Commission (SPAD) and Shahrim Tamrin, who is a Road Safety and Sustainable Transport Activist and Former Board Member of the Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS).
Pembinaan masjid terapung di Port Dickson bermula tahun depan
Pembinaan Masjid Terapung Port Dickson dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan di Batu 4, Pantai Cahaya Negeri.
AWANI Tonight 31 Jan 2025
#AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. PM defends govt's plans to aid in Gaza's reconstruction
2. Record coffee prices: How will they affect your morning brew?
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM defends govt's plans to aid in Gaza's reconstruction
2. Record coffee prices: How will they affect your morning brew?
#AWANIEnglish #AWANINews
Keluarga minta penjelasan pihak berkuasa tahanan dimasukkan ke hospital
Bapa kepada P Jagdesshraj, berkata dia hanya mengetahui perkara itu apabila ke mahkamah untuk mendengar prosiding anaknya pada 20 Jan lepas.
AWANI Tonight: Coffee prices: Brewing challenges ahead
Is your morning coffee getting more expensive? Astro AWANI’s Farhana Sheikh breaks down why coffee prices are rising and how Malaysian brewers and consumers are coping.
AWANI Tonight: Weststar-GAP Secures Offshore Aviation Contract with Santos
Weststar-GAP, a joint venture between Weststar Aviation and Timor GAP has signed a contract with Santos Limited, an Australian oil and gas company. Astro AWANI's Khalis Khadir has the details.
Mekanisme ASEAN terlalu elitis, tidak dirasai orang awam - Penganalisis
ASEAN ketika ini bergerak dengan mekanisme yang disifatkan terlalu elitis sehingga tidak dapat dihargai serta dirasai oleh orang awam yang mendiami negara-negara Asia Tenggara.
ASEAN mahu rundingan bersifat kolaboratif dengan AS, bukan ditekan - Penganalisis
ASEAN mahu berunding dengan Amerika Syarikat (AS) dalam bidang pelaburan dan perdagangan secara kolaboratif.
ASEAN bawa naratif sendiri, tidak boleh terjebak dalam persaingan AS-China – Penganalisis
ASEAN tidak boleh terjebak dalam persaingan Amerika Syarikat (AS) dan China yang bukan lagi bersifat pertembungan dagang.
Hubungan Malaysia-Indonesia: Memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama ASEAN
Sebagai anggota pengasas ASEAN, kedua-dua negara memainkan peranan penting dalam membentuk kestabilan dan pembangunan serantau.
Malaysia, Thailand komited perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu dalam pertahanan
Malaysia dan Thailand komited untuk memperkukuhkan hubungan sedia ada, selain meneroka peluang kerjasama baharu termasuk dalam konteks pertahanan.
UTP perkukuh komitmen terhadap pembangunan masyarakat
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat menerusi inisiatif yang menumpukan kepada pendidikan, sosioekonomi dan alam sekitar.
Kerjasama pendidikan tinggi di peringkat ASEAN, mampu cungkil kepakaran baharu – Zambry
Jalinan Kerjasama dalam sektor pendidikan dengan semua negara di rantau ASEAN akan mampu mencungkil lebih banyak kepakaran dan kemahiran yang diperlukan di rantau ini khususnya Malaysia.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan kebimbangan terhadap tarif
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, ditekan oleh sentimen risiko global yang lemah dan perkembangan berterusan dalam tarif Amerika Syarikat.
ASEAN terima 123 juta pelancong asing tahun lalu
Negara-negara ASEAN menerima lebih 123 juta pelancong asing pada tahun lalu yang menyaksikan peningkatan sebanyak 30.6 peratus berbanding tahun 2023.
PM Thailand dijangka keluar arahan lanjut atasi masalah jerebu
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dijangka mengeluarkan arahan lanjut dalam mesyuarat kabinet dalam usaha menangani masalah jerebu pada Selasa.