Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia, tegas beliau, sepakat bersama negara-negara anggota lain bahawa tindakan itu tidak boleh diterima.
“Pendirian kita menyatakan bahawa ASEAN dan Malaysia sebagai Pengerusi tahun ini tidak bersetuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.
“Kita tidak bersetuju dengan apa saja pelanggaran piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
“Kita tidak bersetuju dengan pelanggaran hak asasi manusia, Geneva Convention, ataupun yang sebagainya,” katanya di Dewan Rakyat, pada Khamis.
Menurut beliau, ASEAN berpegang pada prinsip konsensus dalam mengeluarkan kenyataan rasmi dan Malaysia telah berbincang dengan rakan sejawat untuk menyatakan pendirian tegas mengenai isu itu.
“Sebagai Pengerusi ASEAN, saya telahpun bersama-sama dengan rakan-rakan sejawat ASEAN bahawa kita tidak bersetuju dengan ini,” tambah beliau.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Selasa mencadangkan pemindahan penduduk Gaza ketika beliau menerima kunjungan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Trump turut mencadangkan satu visi untuk “pemilikan jangka panjang” serta pembangunan semula Gaza, satu kenyataan yang luar biasa daripada seorang Presiden AS dalam konflik berabad lamanya - terutamanya bagi seorang pemimpin yang meraih kuasa politik di AS melalui kritikannya terhadap perang berpanjangan Amerika di Asia Barat.
Tags: ASEAN, Malaysia, Mohamad Hasan, Gaza