ASEAN Mall akan menjadi pusat sehenti bagi mempromosikan produk-produk halal dari negara anggota ASEAN untuk menembusi pasaran antarabangsa.
Dibina pada kos 300 juta Baht, ASEAN Mall berkeluasan 9,600 meter persegi yang menggabungkan konsep wakaf dan komersial, dijangka mula beroperasi pada Oktober ini.
ASEAN Mall, di bawah projek Madinah Assalam Pattani, merupakan kerjasama antara Kumpulan Uniti Asia, Pattani Holdings dan Koperasi Islam, untuk memajukan ekonomi di wilayah selatan Thailand, khususnya Pattani.
Presiden Kumpulan Uniti Asia, Datuk Jamal Mohd Amin berkata ASEAN Mall akan menjadi satu platform jualan yang menawarkan peluang perniagaan kepada usahawan Malaysia dan Thailand memasarkan produk halal untuk menembusi pasaran antarabangsa.
"Produk dan makanan dari negara-negara ASEAN akan dipasarkan di sini. Ia akan menjadi satu pusat sehenti untuk produk dan makanan signature negara-negara ASEAN. Ia akan menjadi satu platform untuk membantu usahawan tempatan dan ASEAN.
"Kami sedang menjalankan networking bagi menarik lebih ramai usahawan dari negara-negara ASEAN termasuk Indonesia, Filippina dan Laos untuk memasarkan produk mereka di ASEAN Mall," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) akan memainkan peranan untuk menjayakan ASEAN Mall dengan membawa usahawan di bawah bimbingannya memasarkan produk.
"Ini merupakan peluang perniagaan yang baik untuk para usahawan yang sekali gus dapat membantu mereka menembusi pasaran halal tempatan dan antarabangsa.
"Selepas membuat tinjauan di sini, saya lihat ASEAN Mall berpotensi untuk menjadi hab produk halal ASEAN.
"Dengan adanya ASEAN Mall, pengunjung tidak perlu ke lokasi berlainan untuk mendapatkan produk ASEAN kerana semua boleh dapat di sini," katanya.
Sebelum itu, Fuziah menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) sempena majlis prapelancaran ASEAN Mall di Pattani.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2019

Fuziah (tengah) melawat ASEAN Mall di Pattani pada Sabtu. Pusat beli-belah itu akan menjadi pusat sehenti bagi mempromosikan produk-produk halal dari negara anggota ASEAN. - Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

ASEAN Mall pusat sehenti pasarkan produk halal ASEAN
ASEAN Mall berkeluasan 9,600 meter persegi yang menggabungkan konsep wakaf dan komersial, dijangka mula beroperasi pada Oktober ini.