ASEAN, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) perlu bertindak segera bagi menghentikan perbuatan membunuh masyarakat Rohingya secara beramai-ramai di Myanmar ketika ini.
Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata DMDI percaya, sebagai badan berpengaruh, ASEAN, OIC dan PBB boleh memainkan peranan penting untuk menghentikan krisis di Myanmar serta mempunyai kuasa dan kemampuan untuk menamatkan pembunuhan secara beramai-ramai di sana.
Katanya, peristiwa yang berlaku di Myanmar ketika ini merupakan perbuatan melanggar hak asasi manusia terhadap masyarakat Rohingya yang amat dahsyat, terutama melibatkan wanita dan kanak-kanak, yang perlu dihentikan segera.
"Pada konvensyen DMDI minggu lepas, kami meluluskan usul mengutuk kerajaan Myanmar kerana membunuh umat Islam Rohingya di Myanmar dan menggesa agar tindakan diambil untuk menghentikan perbuatan itu dengan segera.
"DMDI secara tegas menyeru kerajaan Myanmar supaya menghentikan perbuatan mencabul hak asasi manusia dan tindakan membunuh masyarakat Rohingya," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 25 2016

ALI: Peristiwa yang berlaku di Myanmar ketika ini merupakan perbuatan melanggar hak asasi manusia.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Teka-teki terjawab, Ab Rauf sah Ketua Menteri Melaka ke-13
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 petang ini.

Letak jawatan Ketua Menteri? Sulaiman hanya tunjuk isyarat 'maaf'
Sulaiman meninggalkan Kompleks Seri Negeri pada pukul 11.03 pagi dengan menaiki kenderaan jenis Mercedes Benz.

Nur Azmi ganti Ali Rustam terajui Karate Malaysia
Beliau menggantikan Tun Mohd Ali Rustam selepas menang tanpa bertanding pada Kongres MAKAF ke-31 semalam.

KPN dahului 695 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka
Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka akan diadakan selepas Melaka melangkah ke Fasa Tiga PPN.

Mohd Ali Yang Dipertua Negeri Melaka: K'jaan negeri, rakyat zahir tahniah - KM
Kerajaan negeri Melaka dan seluruh rakyat negeri ini mengucapkan tahniah kepada Tun Mohd Ali Rustam yang diangkat sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka ketujuh, kata Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali.

Agong kurnia Watikah Pelantikan TYT Melaka ketujuh kepada Mohd Ali Rustam
Pelantikan bekas Ketua Menteri Melaka itu berkuat kuasa semalam sehingga tempoh empat tahun bagi menggantikan Tun Dr Mohd Khalil Yaakob yang tamat tempoh perkhidmatan semalam.

Nama PUNB sekali lagi dimanipulasi pihak tertentu
PUNB tidak pernah melantik atau menggunakan mana-mana khidmat perantara, persatuan, ejen atau wakil, untuk berurusan dengan usahawan dan bakal usahawan yang memohon pembiayaan daripada PUNB.

Ali Rustam mahu debat Tun Mahathir dan Nazri Aziz diteruskan
Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, dunia semakin terbuka dan politik negara telah berada di peringkat matang, untuk menganjurkan sesi debat seperti itu.

ASEAN, OIC dan PBB perlu hentikan pembunuhan etnik Rohingya - DMDI
ASEAN, OIC dan PBB boleh memainkan peranan penting menghentikan krisis di Myanmar serta mempunyai kuasa untuk menamatkan pembunuhan secara beramai-ramai.

Penganjur sedia bayar kos pembersihan RM50,000 bagi 'Himpunan Rakyat Bersatu'
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menanggung kos pembersihan itu.