KUALA LUMPUR: Badan-badan sektor ASEAN perlu terus bekerjasama untuk segera memuktamadkan baki inisiatif di bawah Rangka Kerja Pemulihan Komprehensif ASEAN (ACRF), memandangkan persekitaran ekonomi global yang semakin tidak menentu ketika ini.
Semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN Ke-54 dan Mesyuarat Berkaitan di Siem Reap, Kemboja hari ini, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga melahirkan sokongan Malaysia terhadap cadangan untuk mengkaji pengembangan skop ACRF.
Beliau berkata pengajaran yang diperoleh semasa pelaksanaannya akan banyak membantu dalam merangka agenda Wawasan Pasca-2025 ASEAN.
Menurut satu kenyataan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Mohamed Azmin juga menegaskan akan kepentingan pembinaan kapasiti bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta inisiatif yang akan membawa manfaat sebenar dan terus kepada rakyat terutamanya golongan belia, termasuk penciptaan pekerjaan dan tokokan nilai bagi perusahaan dan industri tempatan.
Menegaskan kepentingan untuk meningkatkan jaminan rantaian bekalan, beliau juga mencadangkan pengenalan inisiatif simpanan stok yang mana setiap negara akan menyimpan simpanan stok nasional produk kritikal yang negara tertentu itu mempunyai kelebihan berbanding rakan dagangan lain.
"Saya percaya inisiatif ini akan berjaya dalam memastikan rantaian bekalan dan kesalinghubungan serantau kekal kukuh dalam menghadapi krisis pada masa depan," katanya.
Memandangkan perlunya ada rantaian bekalan yang berdaya tahan, beliau berkata sudah sampai masanya untuk mengkaji semula perjanjian ASEAN Trade in Goods Agreement (ATIGA), untuk dapat membantu negara-negara bertahan daripada kejutan dan cabaran serta memenuhi keperluan perniagaan yang berubah-ubah.
"Cadangan semakan semula dan menaik taraf ATIGA harus berpandangan jauh, komprehensif dan lebih responsif kepada pembangunan global dan serantau untuk memasukkan cabaran baharu seperti teknologi hijau dan ekonomi digital," katanya.
Beliau berkata ATIGA yang ditambah baik perlu relevan dengan sektor swasta dan perniagaan supaya manfaat sebenar kemajuan itu dapat dinikmati oleh rakyat, terutamanya PMKS dan belia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022
Semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN Ke-54 dan Mesyuarat Berkaitan di Siem Reap, Kemboja hari ini, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga melahirkan sokongan Malaysia terhadap cadangan untuk mengkaji pengembangan skop ACRF. - Foto Facebook/MITI
Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA
MMA menggesa kerajaan agar memberi tumpuan kepada penambahbaikan kepada terma perkhidmatan dan imbuhan jururawat berbanding melonggarkan syarat kemasukan ke program diploma kejururawatan.
Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.
Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini.
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Aktivis hak asasi manusia melaporkan penganiayaan oleh pemberontak dan tentera Rwanda.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
Setiausaha Agung ASEAN tegaskan komitmen perkukuh hubungan media pada sesi libat urus
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menegaskan komitmennya untuk memperkukuh hubungan dengan komuniti media.
Perdana Menteri ajak orang ramai rai warisan budaya di 'Malaysia Sarong Music Run' esok
Anwar mengajak orang ramai bersama-sama meraikan warisan budaya Malaysia yang kaya dan unik dalam suasana penuh harmoni pada Malaysia Sarong Music Run 2025 di KLCC esok.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri dagangan pada minggu ini dengan ditutup rendah sedikit pada Jumaat berbanding dolar AS berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati disebabkan ketidakpastian dasar tarif AS.
Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan
Penggabungan Grab dan GoTo mencetuskan perbincangan mengenai kawalan pasaran, persaingan serta kesannya terhadap pengguna dan tenaga kerja di Malaysia.
ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Menteri Luar diminta terangkan objektif Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam memacu kesatuan, daya tahan dan relevansi ASEAN.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.
DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga
Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson melancarkan teknologi 5G Advanced pada rangkaian DNB.