Ringkasan AI
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Thaksin Shinawatra untuk membincangkan isu serantau.
- Pertemuan itu membincangkan situasi di Myanmar dan pembangunan mata wang kripto.
- Mahkamah Thailand membenarkan Thaksin meninggalkan negara dengan jaminan 5 juta baht.
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Turut bersama dalam pertemuan itu ialah bekas Menteri Luar Singapura, George Yeo, yang menyertai perbincangan pada sebelah malam.
Terdahulu, Mahkamah Thailand pada 31 Jan memberi kebenaran kepada Thaksin untuk meninggalkan negara itu, satu pengecualian yang jarang berlaku bagi defendan yang menghadapi pertuduhan mahkamah.
Mahkamah memerintahkan wang tunai 5 juta baht sebagai jaminan, dan diminta melaporkan diri dalam tempoh tiga hari selepas pulang ke tanah air.