Isu pertikaian wilayah Laut China Selatan adalah cabaran utama ASEAN dalam memperkukuh kerjasama pertahanan dan keselamatan serantau, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Bercakap semasa menutup Forum Putrajaya 2016 di sini hari ini, ia perlu segera diselesaikan memandangkan ASEAN kini menjadi tumpuan kuasa-kuasa besar dunia.
Kata Zahid, kepentingan maritim sekitar Asia Tenggara termasuk Selat Melaka, yang menempatkan laluan komunikasi laut yang penting dan strategik terus menarik perhatian negara dunia pertama untuk memanfaatkan kerjasama dengan negara-negara rantau ini.
Bagaimanapun pertikaian yang berlaku menyebabkan isu keselamatan dan pertahanan serantau kurang diberi penekanan seterusnya berisiko untuk dicampur tangan oleh kuasa asing demi kepentingan mereka.
"Geopolitik rantau ini turut mengalami perubahan ketara dengan kuasa-kuasa besar saling bersaing untuk keutamaan di rantau ini.
"Kebarangkalian punca konflik ini memerlukan lebih daripada usaha diplomatik daripada kerajaan kita. Usaha ikhlas untuk meredakan ketegangan kini memerlukan pelbagai penglibatan, pada masa sama rundingan penuh teliti daripada pemimpin negara-negara terlibat," ujarnya.
Sehubungan itu, ketika ASEAN menyesuaikan diri terhadap dinamik dan perubahan persekitaran keselamatan, ia perlu memainkan peranan proaktif sebagai daya penggerak utama dan mengekalkan keutamaannya dalam kedudukan serantau.
Forum itu diadakan bersempena dengan Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016 yang berlangsung selama empat hari, menghimpunkan pengusaha industri daripada 60 negara, serta pelawat perdagangan daripada 77 negara.
Israr Khalid
Tue Apr 19 2016

AHMAD ZAHID: Isu pertikaian wilayah Laut China Selatan adalah cabaran utama ASEAN dalam memperkukuh kerjasama pertahanan dan keselamatan serantau. -Gambar fail
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
-Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting
-MOF yakin usaha transformasi MAHB akan membuahkan hasil
-Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu menjelang Julai
-Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting
-MOF yakin usaha transformasi MAHB akan membuahkan hasil
-Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu menjelang Julai
![[KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam [KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739925967_TBgenerikdeejayrad.jpg)
[KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam
Juruhebah radio tidak lagi dipilih dalam kalangan individu yang berilmu pengetahuan, bakat celoteh yang bijak dan mutu kawalan suara yang terbaik.

Tiga yang maut pada konsert ambang tahun baharu disahkan akibat dadah - Polis
Ia berdasarkan laporan patologi diterima dan pihak polis masih menunggu laporan seorang lagi mangsa untuk melengkapkan siasatan.

ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!
Laungan nama 'TMJ' turut bergema di SSI selepas juara liga super 10 kali berturut-turut itu melakar kemenangan bergaya.

Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok
Pihak berkuasa kini sedang melakukan siasatan lanjut ke atas Onal dan beberapa saksi di lokasi kejadian.

Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir
Sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan D'Sury, Jelebu pada 3 pagi tadi bagi menempatkan 51 mangsa terjejas akibat banjir kilat.

Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican
Pemimpin tertinggi Gereja Katolik Sedunia itu alami pneumonia dia kedua-dua paru-parunya dan keadaannya kekal "kompleks." kata pentadbiran Vatican.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia
Allahyarham Zakaria yang berusia 73 tahun meninggal dunia akibat stroke di Hospital Slim River, Perak, sekitar pukul 2.30 pagi tadi.
Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menangguhkan lawatannya ke Arab Saudi bagi mengelakkan sebarang legitimasi terhadap mesyuarat antara pegawai Amerika Syarikat dan Rusia di Riyadh pada Selasa.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.

ASEAN tumpuan kuasa besar dunia, perlu tingkat kerjasama keselamatan serantau - Zahid
Isu pertikaian wilayah Laut China Selatan adalah cabaran utama ASEAN dalam memperkukuh kerjasama pertahanan dan keselamatan serantau.