Aset Yayasan Selangor dijual kerana tidak ekonomik, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata tindakan itu juga merupakan langkah penstrukturan semula Yayasan Selangor termasuk bagi mengurangkan beban hutang penyewaan dan pembiayaan pengajian berjumlah RM34 juta.
"Unit yang dijual ini sebahagian besarnya untuk penyusunan semula Yayasan Selangor dan tiada kaitan dengan impak COVID-19.
"Kita akan struktur semula masalah legasi lampau Yayasan Selangor, iaitu sejak 1990 yayasan menanggung hutang penyewaan dan (pembiayaan) pengajian pelajaran berjumlah 34 juta," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika menjelaskan mengenai penjualan aset Yayasan Selangor yang dibangkitkan Ketua Pembangkang DUN Selangor Rizam Ismail pada persidangan itu semalam.
Rizam menyatakan kerajaan negeri mahu menjual 77 aset Yayasan Selangor membabitkan pelbagai jenis bangunan komersial dan unit rumah bernilai lebih RM45 juta.
Mengulas lanjut, Amirudin berkata pada masa ini kos pentadbiran dan pengurusan aset-aset terbabit mencecah RM2.9 juta berbanding kutipan hasil sewaan yang hanya meraih RM123,000.
"Kita tidak boleh terus menanggung kerugian disebabkan ada juga aset-aset ini yang tidak disewa bertahun-tahun," katanya.
Pada masa sama katanya kerajaan negeri turut bercadang menggantikan aset yang dijual itu dengan aset yang lebih berdaya saing dan menguntungkan, selain membaik pulih aset utama Yayasan Selangor yang terletak di Kampung Baru, Ampang Point dan Bukit Bintang.
"Kita juga bercadang untuk memindahkan Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya ke Shah Alam berikutan pengurusannya dibuat di sini. Menerusi langkah-langkah ini diharap boleh beri keuntungan untuk dimanfaatkan dalam bidang pendidikan bagi Yayasan Selangor," katanya.
Persidangan DUN bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 15 2020
AMIRUDIN: Unit yang dijual ini sebahagian besarnya untuk penyusunan semula Yayasan Selangor dan tiada kaitan dengan impak COVID-19. -Gambar fail
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
Peniaga sayur rugi RM200,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa telah membuat 42 kali bayaran ke 16 akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan hasil gadaian barang kemas.
Isu pindah tanah: Selangor mungkin laksana audit, siasatan dalaman semua agensi
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah tersebut bagi menangani isu pindah milik tanah berkenaan secara menyeluruh.
Kerajaan pastikan harga terus terkawal menjelang Tahun Baharu Cina - MB Selangor
Orang ramai digesa untuk membuat laporan sekiranya terdapat peniaga yang masih ingkar, atau sengaja tidak mempamerkan harga jualan.
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
Selangor jadi negeri contoh kembang sektor berasaskan teknologi dan inovasi
Program AI Trailblazers antara langkah strategik kerajaan negeri dalam mendukung Malaysia menjadi pesaing dalam ekonomi global.
Selangor peruntuk lebih RM3 juta pelaksanaan Festival Turath Islami 2025
Pelaksanaan berterusan festival merupakan antara usaha kerajaan negeri menyuburkan agama Islam di samping membangunkan sisi rohani rakyat.
'Lebih baik Tengku Zafrul sertai PKR daripada pilih pembangkang' - MB Selangor
Reaksi Tengku Zafrul yang didakwa menunjukkan minat untuk menyertai PKR disifatkan lebih baik berbanding beliau memilih untuk menyertai pembangkang.
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.