KEBANYAKAN negara di Asia dan Pasifik tidak mempunyai kelengkapan menghadapi cuaca ekstrem dan bencana alam yang semakin meningkat dan sebahagiannya disebabkan oleh perubahan iklim, menurut kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial untuk Asia dan Pasifik (ESCAP).
Laporan "The Race to Net Zero: Accelerating Climate Action in Asia and the Pacific" mendedahkan bahawa negara-negara di rantau ini kekurangan sumber kewangan yang besar untuk menyokong usaha penyesuaian dan mitigasi serta data yang diperlukan untuk tindakan iklim.
Dalam satu kenyataan, ESCAP memaklumkan sejak 60 tahun lalu, suhu di Asia dan Pasifik telah meningkat lebih cepat berbanding purata suhu global.
"Enam daripada 10 negara yang paling terjejas teruk akibat bencana berada di rantau ini, di mana sistem makanan terganggu, ekonomi terjejas, dan masyarakat terkesan.
"Laporan itu seterusnya menggariskan bahawa rantau ini mengalami kesan terburuk akibat perubahan iklim, ia juga menjadi penyumbang utama; menyumbang lebih separuh daripada pelepasan gas rumah hijau dunia.
"Keadaan ini kian memburuk apabila populasi bertambah dan ekonomi terus menggunakan bahan api fosil," menurut kenyataan itu.
Tanpa tindakan tegas, pemanasan global akan kekal menjadi pemacu utama kemiskinan dan ketidaksamaan di rantau ini - akibat buruk menjejaskan seluruh benua dan negara membangun di kepulauan kecil Pasifik, menurut ESCAP.
Sementara itu, Setiausaha Eksekutif ESCAP, Armida Salsiah Alisjahbana berkata rantau Asia dan Pasifik bertanggungjawab terhadap lebih separuh daripada pelepasan gas rumah hijau global, dengan ekonomi sebahagian besarnya dikuasai oleh bahan api fosil dan perubahan iklim memburukkan lagi krisis kemiskinan dan menjejaskan pembangunan mampan.
"Sekarang adalah masa untuk meningkatkan tindak balas iklim di rantau ini.
"Jika keadaan mendesak, konteksnya mencabar. Langkah-langkah untuk menjadikan ekonomi Asia dan Pasifik pada penggunaan karbon rendah dan menyesuaikan diri serta menjadi lebih berdaya tahan terhadap kesan perubahan iklim perlu menjadi keutamaan," katanya.
Beliau mengakui bahawa kerajaan di rantau ini berusaha untuk mencapai karbon sifar dalam keadaan yang mencabar ekoran "polycrisis" semasa.
Oleh itu, kajian ESCAP menetapkan transformasi yang diperlukan membabitkan tiga sektor utama - tenaga, mobiliti dan logistik rendah karbon, serta perdagangan dan pelaburan antarabangsa bagi mencapai karbon sifar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2023

Negara-negara di rantau ini kekurangan sumber kewangan yang besar untuk menyokong usaha penyesuaian dan mitigasi serta data yang diperlukan untuk tindakan iklim. - Reuters

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Setiausaha Agung ASEAN yakin kepemimpinan Malaysia sebagai pengerusi buat keli kelima
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menyatakan keyakinannya terhadap kepemimpinan Malaysia dalam blok serantau itu pada 2025.

Kesedaran belia terhadap perubahan iklim tinggi, mampu sumbang penyelesaian - Nik Nazmi
Golongan muda di ASEAN mampu menyumbang pelbagai idea bagi mengurangkan kesan perubahan iklim berikutan kesedaran mereka yang tinggi dalam hal itu.

Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.

PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.

Krisis sebenar adalah pada kepimpinan, bukan perubahan iklim - Jemilah
Krisis sebenar dihadapi dunia terletak kepada kepimpinan yang gagal membuat keputusan dan tindakan bermakna untuk menangani isu perubahan iklim.

Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.

Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.

Malaysia, Singapura tandatangan MoU mengenai kerjasama tindakan iklim
Malaysia dan Singapura semalam menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) mengenai pendekatan bersama bagi menangani perubahan iklim selaras dengan Artikel 6, Perenggan 2 Perjanjian Paris.

COP29 setuju perjanjian AS$1.3 trilion untuk negara miskin atasi perubahan iklim
Dana itu bertujuan membantu negara membangun meningkatkan perlindungan iklim dan menyesuaikan diri dengan kesan buruk pemanasan global, seperti kemarau, ribut dan banjir yang semakin kerap.