NEW DELHI: Anggota tentera India dan China cedera dalam konfrontasi fizikal antara satu sama lain di Garis Kawalan Sebenar (LAC) antara kedua-dua negara, Menteri Pertahanan India, Rajnath Singh memberitahu Parlimen pada Selasa.
Singh berkata, pada 9 Dis tentera China "cuba melanggar" LAC di kawasan Yangtse Sektor Tawang di Arunachal Pradesh di timur laut India dan "secara unilateral menukar status quo".
Ini membawa kepada "pergelutan fizikal" yang menyebabkan "kecederaan pada beberapa anggota di kedua-dua belah pihak", kata menteri India dalam kenyataannya, sambil menambah tiada kematian atau kecederaan serius anggota tentera negara itu.
"Pihak China diminta mengelak daripada melakukan tindakan sedemikian dan mengekalkan keamanan dan ketenteraman di sepanjang sempadan. Isu itu juga telah dikemukakan kepada pihak China melalui saluran diplomatik," katanya.
Konfrontasi terbaharu yang mencetuskan suasana tegang di sepanjang sempadan itu pertama kali dilaporkan dalam media pada Isnin, mengingatkan pertempuran fizikal antara tentera India dan China di Lembah Galwan di wilayah Ladakh pada Jun 2020.
Konfrontasi itu menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 20 tentera India dan empat tentera China. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 13 2022
Anggota tentera India dan China cedera dalam konfrontasi fizikal antara satu sama lain di Garis Kawalan Sebenar (LAC) antara kedua-dua negara, Menteri Pertahanan India, Rajnath Singh memberitahu Parlimen pada Selasa.
Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.
AWANI Ringkas: Empat ditahan kes rempuh di luar kelab malam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Askar India dan China bergaduh, kata Menteri Pertahanan India
Tentera China "cuba melanggar" LAC di kawasan Yangtse Sektor Tawang di Arunachal Pradesh di timur laut India dan "secara unilateral menukar status quo".