Seorang askar maut manakala lapan cedera apabila mereka dirempuh sebuah kereta yang terbabas semasa sedang membantu mangsa kemalangan di Km44, Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur, lewat petang ini.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata siasatan awal mendapati kesemua mereka sedang membantu sebuah kereta Proton Exora bernombor CCV 8857 yang terbabas dan terbalik ke dalam longkang.
"Kejadian berlaku dalam keadaan hujan renyai. Semua mangsa yang menaiki kenderaan tentera dan sebuah kereta Nissan Sunny telah berhenti untuk membantu mangsa kemalangan yang terbabas.
"Bagaimanapun, mereka dirempuh sebuah lagi kereta Proton Exora bernombor CDC 2992 yang juga terbabas," katanya semasa dihubungi Bernama malam ini.
Mohammad Mansor berkata identiti semua mangsa masih belum diperoleh dan siasatan masih dijalankan.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kemalangan yang berlaku sebelum pukul 7 malam itu menyebabkan trafik sesak hampir dua kilometer dari Genting Sempah menuju ke Bukit Tinggi. - Bernama
Bernama
Mon Oct 24 2016

Seorang anggota tentera maut dirempuh kereta ketika cuba membantu mangsa kemalangan di kilometer 44.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

7 askar terkorban dalam serangan bom kereta di barat laut Pakistan
Tujuh askar Pakistan terbunuh dalam serangan bom kereta di bandar Lakki Marwat, wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa pada Ahad.

Askar maut, 8 cedera dirempuh semasa bantu mangsa kemalangan
Seorang askar maut manakala lapan cedera apabila mereka dirempuh sebuah kereta yang terbabas semasa sedang membantu mangsa kemalangan.

Serangan Boko Haram jejaskan 40,000 nyawa, Niger mahu tuntut bela
Pada Jumaat lalu, Boko Haram menyerang sebuah pusat ketenteraan di wilayah Diffa lalu membunuh dan mencederakan ramai anggota keselamatan.