Asteroid 2004 BL86 bersaiz kira-kira 500 meter diameter (0.5km), yang menghampiri bumi setiap 200 tahun sekali, akan muncul semula pada 27 Jan ini, jam 0020 pagi (pukul 12.20 tengah malam).
Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan hari ini berkata pada Selasa depan, Asteroid itu akan berada paling hampir dengan bumi pada jarak kira-kira 1.2 juta kilometer atau lebih kurang tiga kali jarak bumi ke bulan.
"Kecerahan Asteroid 2004 BL86 dianggarkan pada magnitud kesembilan dan bergerak pada orbitnya mengelilingi matahari dengan kelajuan 56,420km sejam pada 26 dan 27 Jan.
"Pada kedudukan ini, ia kelihatan bergerak di hadapan bintang-bintang dan dapat dilihat hanya menerusi teleskop atau binokular berkuasa tinggi," menurut kenyataan itu.
Asteroid 2004 BL86 ini telah ditemukan oleh teleskop Lincoln Near-Earth Asteroid Research (LINEAR) di White Sands, New Mexico pada 30 Jan 2004.
"Para penyelidik di seluruh dunia menjangkakan, selepas kemunculan Asteroid 2004 BL86 pada tahun ini, tiada asteroid lain yang diketahui akan berada paling hampir dengan bumi sehingga tahun 2027.
"Orang ramai tidak perlu bimbang kerana ia tidak akan mendatangkan sebarang bahaya kepada bumi," menurut kenyataan itu.
Untuk mencerap, orang ramai boleh merujuk kepada buruj Cancer dan lokasi pencerapan mestilah jauh daripada pencemaran cahaya di kawasan yang lapang dengan keadaan cuaca yang mengizinkan.
"Observatori Negara Langkawi (ONL) akan menjalankan pencerapan Asteroid 2004 BL86 pada 27 Jan".
Angkasa mengalakkan orang ramai yang memiliki teleskop sendiri, untuk berkongsi gambar di laman sosial Angkasa iaitu Facebook: Agensi Angkasa Negara dan Twitter: angkasamalaysia.
Imej yang dimuat naik juga boleh diletakkan hashtag: #ASTEROID2004BL86Malaysia.
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi ONL di talian 04-966 8870 atau Planetarium Negara di talian 03-2273 4303 dan e-mel di [email protected]/ [email protected].
Bernama
Fri Jan 23 2015

Asteroid 2004 BL86 bersaiz kira-kira 500 meter diameter (0.5km), yang menghampiri bumi setiap 200 tahun sekali, akan muncul semula pada 27 Jan ini.- Gambar Hiasan
Keterlanjuran, salah guna kuasa menyukarkan usaha kerajaan
Perdana Menteri menegaskan bahawa sebarang keterlanjuran salah guna kuasa, rasuah, dan pengkhianatan akan menyukarkan usaha Kerajaan MADANI untuk merealisasikan impian menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di pentas dunia.
Pemandu maut, penumpang cedera lori jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai pada Sabtu.
Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan beberapa menteri lain hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia pada petang Sabtu.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Tragedi Tsunami 2004: "Ombak dah nak kena masjid, tapi..."
Bagi anggota Angkatan Pertahanan Awam, Prebet Mahayuddin Shaari, peristiwa yang tidak dapat dilupakannya pada hari itu adalah bagaimana keadaan ombak yang melanda kawasan masjid.

Tragedi Tsunami 2004: "Nasib baik nampak tangan bawah runtuhan, kalau tidak..."
Anggota APM berkongsi memori tragedi tsunami yang membadai kawasan beliau bertugas 13 tahun lalu.

Asteroid berdiameter 0.5km hampiri bumi pada 27 Jan - Angkasa
Asteroid 2004 BL86 bersaiz kira-kira 500 meter diameter (0.5km), yang menghampiri bumi setiap 200 tahun sekali, akan muncul semula pada 27 Jan ini, jam 0020 pagi (pukul 12.20 tengah malam).

Mengimbau kembali bencana tsunami 2004
Bencana tsunami yang melanda rantau ini pada 2004 masih segar dalam ingatan anggota mangsa yang terkorban dalam kejadian itu.