Astro Audio dalam satu kenyataan pada Khamis menjelaskan, ERA akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang dijalankan oleh MCMC dan menyediakan maklum balas seperti yang diminta.
"Kami juga mengambil maklum Notis Niat Penggantungan Lesen dan akan mengemukakan maklum balas rasmi mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
"Kami memandang serius perkara ini dan sentiasa komited untuk mematuhi standard peraturan serta garis panduan komuniti di semua platform kami.
"Kami amat kesal dengan insiden ini dan kesulitan yang dialami," tegasnya.
