Saluran berita 24 jam nombor satu Malaysia, Astro AWANI diumum sebagai pemenang bagi Malaysia dalam dua kategori anugerah Asian Academy Creative Awards (AAA).
Anugerah yang berjaya dimenangi adalah dalam kategori Program Berita Terbaik melalui rancangan Malaysia Memilih yang bersiaran pada 9 dan 10 Mei, serta anugerah Penyampai Berita Terbaik yang dimenangi Kamarul Bahrin Haron.
Kemenangan Astro AWANI dalam anugerah berprestij itu diumumkan MIPCOM di Cannes, Perancis pada Isnin.
Di peringkat kumpulan pula, Astro berjaya meraih kemenangan bagi 19 kategori lain daripada 49 kategori secara keseluruhannya.
Antara anugerah yang dimenangi Astro ialah Program Hiburan Terbaik oleh Astro Prima (Meja Bulat Sepahtu), program Komedi Terbaik oleh Astro Hua Hee Dai (Hua Hee Seko-lah S4), dan Pelakon Layar Terbaik oleh Astro Citra (Anwar Idris - Luar Biasa) Drama atau Telemovie Terbaik oleh Astro Citra (Luar Biasa).
Pemenang setiap kategori akan mewakili Malaysia menentang pencalonan daripada 15 negara lain pada majlis Anugerah Gala yang akan berlangsung di Singapura pada 6 dan 7 Disember ini bagi menjulang trofi emas AAA.
Asian Academy Creative Awards ditubuhkan bagi mengiktiraf pencapaian kreatif oleh industri media daripada pelbagai platform termasuk televisyen, digital dan penstriman dalam talian di seluruh dunia.
Berikut adalah senarai penuh bagi 21 kategori yang dimenangi kumpulan Astro:
Promo atau Trailer Terbaik
Vallavar 2017 oleh Astro Production
Lagu Tema Terbaik
Symphony of Love oleh Astro
Rancangan Kandungan Pendek Terbaik
May I Love You oleh MEASAT Broadcast Network Systems bagi Xuan
Program Gaya Hidup Terbaik
Hadith Open Mic (Musim 2) oleh Astro
Penyampai Berita Terbaik
Kamarul Bahrin Haron – Malaysia Memilih oleh Astro Awani
Laporan Berita Tunggal Terbaik
Penang Flood oleh MEASAT Broadcast Network Systems bagi 热点 Hotspot
Program Berita Terbaik
Malaysia Memilih (9 & 10 Mei) oleh Astro Awani
Drama atau Telemovie Terbaik
Luar Biasa oleh Astro Citra
Siri Dokumentari Terbaik
Pray For – The Black and White Deity 大二爷伯信仰 oleh Astro AEC
Program Dokumentari Terbaik (One-Off / Special)
The Black Hawk Down: Wira Keamanan oleh Astro Prima
Pelakon Layar Terbaik
Anwar Idris – Luar Biasa oleh Astro Citra
Editing Terbaik
Andhy Pulung – Do[s]a oleh Astro
Sinematografi Terbaik
Yadi Sugandi – Do[s]a oleh Astro
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Yoke Chen – Where Got Money? oleh Astro AEC
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Remy Ishak – Do[s]a oleh Astro
Program Hiburan Terbaik
Meja Bulat Sepahtu oleh Astro Prima
Hos Hiburan Terbaik
Nabil Ahmad – Gegar Vaganza oleh Astro Ria
Pelakon Komedi Terbaik
Estee Tan Hsiao-Ling – Hua Hee Seko-lah S4 oleh Astro Hua Hee Dai
Program Komedi Terbaik
Hua Hee Seko-lah S4 oleh Astro Hua Hee Dai
Program Muzik/Tarian Terbaik
Hua Hee Champion 2017 Grand Final oleh Astro Hua Hee Dai
Program Kuiz Terbaik
Smart Wheel oleh Astro Production
Hiburan Terbaik (One-Off / Tahunan)
CNY Countdown Show 2018 oleh Astro
Astro Awani
Tue Oct 16 2018
![Astro AWANI rangkul dua anugerah berprestij Asia Astro AWANI rangkul dua anugerah berprestij Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81539700941_KamarulBahrin.jpg)
Astro AWANI berjaya merangkul dua anugerah iaitu program berita terbaik melalui program Malaysia Memilih dan Penyampai Berita Terbaik, Kamarul Bahrin Haron. -Foto Astro AWANI
![Jalan rosak: Jangan tunggu kemalangan baru mahu bertindak - Hajiji Jalan rosak: Jangan tunggu kemalangan baru mahu bertindak - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740046340_HajijiNoor.jpg)
Jalan rosak: Jangan tunggu kemalangan baru mahu bertindak - Hajiji
Hajiji Noor hari ini menegur Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak terlibat supaya bersikap lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah jalan raya rosak yang menyukarkan rakyat di negeri ini.
AWANI Sabah+: Sektor perikanan pemacu ekonomi Sabah
Sabah terus memperkukuhkan industri perikanan dengan memberi fokus kepada peningkatan rantaian bekalan perusahaan akuakultur selain pemeliharaan ikan melalui pertanian kontrak yang memberi fokus kepada pasaran eksport.
![Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 2 minggu Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 2 minggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739793470_tbRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 2 minggu
Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
![Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719917975_TBNancyShukri.jpg)
Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun menunjukkan penurunan sejak 2013, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
![Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.
Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah dikenakan ke atas Dr Zakir Naik.
Kes tembak: Ah Boy dipercayai ambil dadah sebelum lakukan jenayah
Penjenayah bersenjata dikenali Ah Boy yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di sebuah bilik hotel di Pulau Ketam, Klang, Selasa lalu, dipercayai menggunakan dadah sebelum melakukan jenayah.
Rossi tidak lagi bersama MFL
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutifnya Giorgio Pompili Rossi tidak lagi bersama badan pentadbir Liga Malaysia (Liga-M) itu, hanya selepas lima bulan memegang jawatan tersebut.
![Sungai di Pahang semakin cetek, perlu dalamkan tangani banjir - Al-Sultan Abdullah Sungai di Pahang semakin cetek, perlu dalamkan tangani banjir - Al-Sultan Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740044829_SultanPahangputer.jpg)
Sungai di Pahang semakin cetek, perlu dalamkan tangani banjir - Al-Sultan Abdullah
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah hari ini menitahkan pihak berkaitan supaya mendalam dan melebarkan sungai di negeri ini bagi menampung peningkatan taburan hujan.
![Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740050728_SaifuddinNasution.jpg)
Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
![Zaini Ujang antara empat rakyat Malaysia terima anugerah berprestij Jepun Zaini Ujang antara empat rakyat Malaysia terima anugerah berprestij Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51651242747_TBujang.jpg)
Zaini Ujang antara empat rakyat Malaysia terima anugerah berprestij Jepun
Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Dr Zaini Ujang antara empat rakyat Malaysia yang menerima anugerah berprestij Jepun.
![Astro AWANI rangkul dua anugerah berprestij Asia Astro AWANI rangkul dua anugerah berprestij Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81539700941_KamarulBahrin.jpg)
Astro AWANI rangkul dua anugerah berprestij Asia
Anugerah yang berjaya dimenangi adalah kategori program berita terbaik melalui program Malaysia Memilih (9 &10 Mei) dan penyampai berita terbaik, Kamarul Bahrin Haron.