Pelbagai pihak telah tampil menghulurkan bantuan selepas bandar Kuching dan beberapa kawasan lain di Sarawak dilanda banjir bulan lalu.
Bagi menunaikan tanggungjawab sosial korporat, Astro Kasih telah mengerakkan serta menyumbang pelbagai bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir di Sarawak.
Menurut Pengarah Hal Ehwal Komuniti Astro, Datuk David Michael Yap, Astro Kasih telah bekerjasama dengan beberapa pihak untuk menganjurkan projek tanggungjawab sosial Astro Kasih Sarawak bagi mengumpul keperluan untuk disumbangkan kepada mangsa banjir.
"Kita adakan projek ini sebab banjir telah berlaku dua minggu lepas. Kita berserta Astro Kasih, Radio Era, Hitz.Fm dan My.Fm di Kuching bersama-sama dengan Everise Supermarket telah membuat kutipan untuk barang-barang keperluan," katanya.
Beliau berkata, projek tanggungjawab sosial Astro Kasih di Serian kali ini memberi bantuan beg sekolah kepada pelajar di Sekolah Kebangsaan St Teresa Serian, SK Pangkalan Sorah, SK Henry Slabi, SK Pridan, SK Mapu, SK Tebekang, SK Setian dan SK Daha, yang mana hampir keseluruhan beg sekolah pelajar rosak akibat banjir.
"Petang ini, kita menyumbangkan 1,500 beg untuk lapan sekolah di kawasan Serian yang dilanda banjir baru-baru ini. Harap dengan pembukaan sekolah minggu depan pelajar dapat menyambung persekolahan dengan membawa buku dalam beg yang disediakan," katanya.
David berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan beg sekolah kepada pelajar dalam Projek Tanggungjawab Sosial Astro Kasih di Serian, Sarawak petang Sabtu.
Majlis itu disempurnakan Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem.
Sementara itu, projek di Serian merupakan projek Astro Kasih pertama membabitkan misi bantuan banjir sebelum bergerak ke kawasan Satok pada Isnin.
Dalam pada itu, Richard menyambut baik usaha Astro Kasih membantu mangsa banjir di Sarawak.
Beliau berharap agar usaha berkenaan akan diteruskan pada masa akan datang.
Menurutnya, usaha murni Astro Kasih ini memberi makna yang besar kepada penerima bantuan, terutama para pelajar.
"(Saya) ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro Kasih di atas usaha inisiatif murni yang saya percaya akan membawa banyak makna kepada mereka.
"Saya percaya bila mereka balik ke kampung, bila mereka balik ke sekolah, setiap kali pergi sekolah dan balik sekolah mereka mengunakan beg, mereka akan ingat ini adalah sumbangan Astro," katanya.
Richard percaya lebih ramai lagi syarikat koporat akan tampil mencontohi usaha Astro yang telah banyak melakukan pelbagai program tanggungjawab sosial.
"Tahniah kepada Astro. Saya harap lebih banyak syarikat lain yang belum mengadakan program khidmat masyarakatnya untuk mengadakannya, khususnya di kawasan saya di Serian," katanya.
Astro Awani
Sun Mar 13 2016
![Astro Kasih hulur bantuan kepada mangsa banjir Sarawak Astro Kasih hulur bantuan kepada mangsa banjir Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61457846114_AstroKASIH.jpg)
Datuk David Michael Yap (kiri) bersama Datuk Seri Richard Riot Jaem ketika menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada pelajar sekolah terjejas dalam Projek Tanggungjawab Sosial Astro Kasih pada Sabtu. -Foto Astro AWANI
![Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739251963_TBBADMINTON.jpg)
Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.
Hong Kong bantah tarif Amerika Syarikat, akan bawa ke WTO
Hong Kong akan mengemukakan aduan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengenai tarif terbaru yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, menurut Ketua Setiausaha Eric Chan pada Selasa.
Beliau menyatakan bahawa tindakan Amerika Syarikat jelas bertentangan dengan peraturan WTO dan mengabaikan status Hong Kong sebagai wilayah kastam yang berasingan.
Beliau menyatakan bahawa tindakan Amerika Syarikat jelas bertentangan dengan peraturan WTO dan mengabaikan status Hong Kong sebagai wilayah kastam yang berasingan.
![Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739250651_ElakMaksiatPDKh.jpg)
Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB
Orang ramai diharap dapat menghormati peraturan larangan pemasangan khemah awam di 11 pantai di daerah terbabit.
Peranan Ibu Bapa & Guru Penting
Ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam mendorong minat pelajar terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), kata Prof. Madya Dr. Noraini Ahmad dari Universiti Malaya.
Menurut beliau, sokongan ibu bapa sangat diperlukan, walaupun mereka tidak mempunyai latar belakang dalam bidang STEM.
Menurut beliau, sokongan ibu bapa sangat diperlukan, walaupun mereka tidak mempunyai latar belakang dalam bidang STEM.
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
Sebanyak dua kedai makan dan sebuah kedai runcit musnah dalam kebakaran di Jalan Institut Pertanian, Universiti Putra Malaysia, Seri Kembangan pada Isnin malam.
![Suami isteri selamat daripada 6 das tembakan, Man Tiger diberkas Suami isteri selamat daripada 6 das tembakan, Man Tiger diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739250388_SuamiIsteriSelama.jpg)
Suami isteri selamat daripada 6 das tembakan, Man Tiger diberkas
Man Tiger ditahan manakala tujuh lagi diburu kerana disyaki terbabit dalam kejadian kes melepaskan enam das tembakan di Simpang Renggam.
Polis beri jaminan keselamatan, trafik lancar di Batu Caves
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan dan kelancaran trafik pada sambutan Thaipusam pada selasa susulan penugasan anggota di sekitar Batu Caves dilaksanakan secara 24 jam.
Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, diberi sambutan rasmi di kompleks Perdana Putra hari ini di Putrajaya.
![Kemuka dokumen palsu, pengarah syarikat direman Kemuka dokumen palsu, pengarah syarikat direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739251028_HandcuffGari.jpg)
Kemuka dokumen palsu, pengarah syarikat direman
Perintah reman sehingga Sabtu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman selepas permohonan dibuat Mahkamah Majistret Ayer Keroh.
![Keselamatan, trafik sepanjang sambutan Thaipusam di Pulau Pinang terkawal Keselamatan, trafik sepanjang sambutan Thaipusam di Pulau Pinang terkawal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739249740_Thaipusam.jpg)
Keselamatan, trafik sepanjang sambutan Thaipusam di Pulau Pinang terkawal
Lebih 1.5 juta penganut agama Hindu dan pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang sempena perayaan Thaipusam hari ini.
![Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah' Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739012709_MADAD.jpg)
Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah'
Program Assalamualaikum RaRa 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), di Sungai Petani pada Sabtu menarik ramai pengunjung untuk hadir ke program agama itu.
![Astro Kem Badminton diserbu lebih 650 peserta dalam pusingan terakhir pemilihan Astro Kem Badminton diserbu lebih 650 peserta dalam pusingan terakhir pemilihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686997268_TBKemBadminton.jpg)
Astro Kem Badminton diserbu lebih 650 peserta dalam pusingan terakhir pemilihan
Lebih 650 peserta hadir dalam pusingan terakhir program pembangunan akar umbi untuk bintang badminton muda dalam pemilihan Astro Kem Badminton (AKB) di ibu negara pada Sabtu.
![Astro Kasih agih 1,000 bungkus bubur lambuk untuk komuniti Taman Medan Astro Kasih agih 1,000 bungkus bubur lambuk untuk komuniti Taman Medan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71680354782_AstroKasihBuburL.jpg)
Astro Kasih agih 1,000 bungkus bubur lambuk untuk komuniti Taman Medan
Inisiatif ini turut disertai oleh barisan selebriti tempatan termasuk duta kempen Ramadan Raya Astro, Nadhir Nassar dan Qasrina Karim.
![Juh sertai Kem Badminton Astro di Kuching ujong Julai tok Juh sertai Kem Badminton Astro di Kuching ujong Julai tok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657972065_TBkembadminton.jpg)
Juh sertai Kem Badminton Astro di Kuching ujong Julai tok
Selepas empat siri jelajah di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Sabah, penganjuran edisi penutup Kem Badminton Astro 2022 akan melabuhkan tirainya di Kuching pada 30 hingga 31 Julai ini.
![Siri jelajah Kem Badminton Astro di Kuala Lumpur terima sambutan luar biasa Siri jelajah Kem Badminton Astro di Kuala Lumpur terima sambutan luar biasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657972065_TBkembadminton.jpg)
Siri jelajah Kem Badminton Astro di Kuala Lumpur terima sambutan luar biasa
Siri jelajah Kem Badminton Astro di Kuala Lumpur menerima sambutan menggalakkan selepas menerima penyertaan 440 peserta.
![Semangat Lebaran Kita: Artis Astro meriahkan Ramadan bersama penduduk PPR Desa Tun Razak Semangat Lebaran Kita: Artis Astro meriahkan Ramadan bersama penduduk PPR Desa Tun Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649588140_ASTROKASIHYAYASA.jpg)
Semangat Lebaran Kita: Artis Astro meriahkan Ramadan bersama penduduk PPR Desa Tun Razak
Astro Kasih ESG telah menyediakan keperluan asas seperti beras, gula, bihun, biskut, minuman berkhasiat dan kurma untuk setiap keluarga di komuniti tersebut.
![Astro Kasih sumbang 60 troli pendidikan kepada pesakit wad pediatrik Astro Kasih sumbang 60 troli pendidikan kepada pesakit wad pediatrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41610530481_TBAstroKasih.jpg)
Astro Kasih sumbang 60 troli pendidikan kepada pesakit wad pediatrik
Astro Kasih tampil dengan menyumbangkan 60 troli pendidikan kepada wad pediatrik di seluruh negara.
![Astro Kasih sumbang keperluan asas kepada 100 keluarga kampung Malinsau, Ranau Astro Kasih sumbang keperluan asas kepada 100 keluarga kampung Malinsau, Ranau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/41586576261_AstroKasih.jpg)
Astro Kasih sumbang keperluan asas kepada 100 keluarga kampung Malinsau, Ranau
Kesukaran kira-kira 100 keluarga dan ketua isi rumah dari Sekolah Kebangsaan Malinsau, Ranau untuk mendapat keperluan asas sepanjang tempoh PKP dapat perhatian Astro Kasih.
![Alumni Astro Kem Badminton menyinar di Jerman Alumni Astro Kem Badminton menyinar di Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81583829431_Menang.jpg)
Alumni Astro Kem Badminton menyinar di Jerman
Jacky Kok Jing Hong dan gandingan Wan Arif Junaidi-Muhammad Haikal Nazri raih emas dalam kategori perseorangan lelaki dan regu lelaki di kejohanan Terbuka Junior Jerman YONEX.
![Kem Badminton Astro mampu lahirkan pemain bertaraf dunia - Chong Wei Kem Badminton Astro mampu lahirkan pemain bertaraf dunia - Chong Wei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/81479386267_DatukLeechongWei.jpg)
Kem Badminton Astro mampu lahirkan pemain bertaraf dunia - Chong Wei
Penganjuran KBA adalah untuk meningkatkan kemahiran pemain muda berumur 10 hingga 12 tahun, melalui program latihan profesional.