KUALA LUMPUR: Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan ramai peminjam Majlis Amanah Rakyat (MARA) memohon kepadanya untuk menghapuskan hutang.
Tidak berupaya memenuhi permohonan-permohonan sedemikian, sebaliknya, Pengerusi MARA itu menegaskan, beliau hanya boleh membantu menstrukturkan semula hutang serta jadual pembayaran balik.
Tegas Asyraf Wajdi, bukan hak beliau untuk menghapuskan hutang peminjam kerana wang MARA merupakan wang rakyat.
"Ramai datang jumpa saya mohon hapus kira hutang MARA. Mohon Maaf ya!
"Untuk menstrukturkan hutang dan jadual pembayaran balik boleh. Selebihnya, bukan hak saya kerana duit MARA adalah duit rakyat" katanya dalam hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook peribadinya, pada Selasa.
Pada 17 Mac lalu, Asyraf Wajdi berkata, peminjam yang benar-benar berdepan kesukaran untuk melunaskan bayaran balik pinjaman MARA disarankan supaya berbincang dengan agensi berkenaan.
Katanya, ramai individu yang mengadu kepadanya setelah dihubungi MARA atau peguam agar membuat bayaran balik pinjaman.
Afiezy Azaman
Tue Sep 12 2023

Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan ramai peminjam Majlis Amanah Rakyat (MARA) memohon kepadanya untuk menghapuskan hutang.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Asyraf Wajdi dedah ramai peminjam jumpa beliau mohon hapus hutang MARA
Duit MARA adalah duit rakyat, jadi tidak boleh sewenang-wenangnya minta hapuskan hutang, tegas Asyraf Wajdi.

Bajet 2023: RM400 juta tambah baik perkhidmatan awam, MY50 diteruskan
Ia termasuk peruntukan RM180 juta yang disediakan antara lain bagi menambah baik capaian bas awam untuk penduduk di Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching.

TIdak wujud desakan pecat Ahli Parlimen Bera dari pimpinan parti - Mahdzir
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini menafikan dakwaan bahawa wujud desakan dalaman untuk memecat Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada kepimpinan parti itu.

Teliti semula elaun pelajar luar negara tajaan MARA
MARA sedang meneliti kadar elaun pelajar luar negara berdasarkan kos yuran pengajian, lokasi pengajian dan kadar pembayaran utiliti.

Isu MARA: SPRM rakam keterangan tujuh individu, beberapa lagi akan dipanggil
SPRM telah merakam percakapan tujuh individu bagi membantu siasatan dakwaan salah laku dan integriti melibatkan beberapa pegawai kanan MARA.

Isu integriti pegawai kanan: MARA akan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Datuk Seri Azizah Mohd Dun memaklumkan mereka tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah guna kuasa dan penyelewengan.

89 peratus pelajar tajaan MARA daripada golongan B40, nafi dakwaan utamakan T20
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menaja 89 peratus pelajar daripada golongan B40 tahun ini sekali gus menafikan dakwaan tajaan itu mengutamakan pelajar daripada keluarga T20.

Bayar zakat melalui Yayasan Pelajaran Mara
Keistimewaan menyumbang dengan YPM adalah individu boleh menyalurkan sumbangan secara umum ataupun spesifik kepada skim atau program yang dikendalikan oleh YPM.

MARA Corp perlu diurus golongan profesional
Masa sudah tiba untuk MARA Corp melabur dalam program perindustrian dan komersial sektor pertanian dan penternakan berasaskan makanan secara serius dan menyeluruh.

53 buah MRSM dibuka semula sejak Sabtu
Sebanyak 53 buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara telah dibuka semula untuk 8,105 pelajar Tingkatan Lima pada Sabtu dan Ahad.