KUALA LUMPUR: Cadangan pelantikan atase bahasa dan budaya di pejabat Kedutaan Malaysia di seluruh dunia adalah untuk mengatur secara sistematik aktiviti bahasa dan kebudayaan Malaysia di luar negara.
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata aktiviti itu harus bersifat holistik dan menyeluruh, termasuk falsafah, pemikiran, kejayaan akademik, penyelidikan dan pelbagai elemen seni Malaysia, daripada tradisional hingga moden.
"Kami berharap akan mendapat peruntukan. Atase budaya bukan dari Wisma Putra. Perkara ini perlu dibincangkan antara kementerian berkaitan seperti Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Pendidikan," katanya.
Menteri Luar itu ditemui pada sambutan Hari Perpaduan Jerman, anjuran Kedutaan Jerman di Kuala Lumpur di sini pada malam Selasa.
Turut hadir, Duta Besar Jerman ke Malaysia, Dr Peter Biomeyer.
Mengulas lanjut, beliau berkata pelantikan atase budaya adalah amalan biasa di banyak negara.
"Kami tidak pernah mempunyai atase budaya sebelum ini. Indonesia telah bermula pada 2003, Korea Selatan telah bermula pada 1998," katanya.
Menurut laporan media, Saifuddin, yang berada di Jerman sempena Program Khas Mempromosikan Diplomasi Bahasa dan Budaya dari 27 Sept hingga 2 Okt, berkata penempatan atase pertama akan di Jerman diikuti oleh sembilan negara lain di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berbual bersama Duta Besar Jerman ke Malaysia Dr Peter Blomeyer ketika Sambutan Hari Perpaduan Jerman di Depot Keretapi Tanah Melayu (KTM). - Foto BERNAMA
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Atase kebudayaan Malaysia bantu urus aktiviti budaya dan bahasa di luar negara
Cadangan pelantikan atase bahasa dan budaya di pejabat Kedutaan Malaysia di seluruh dunia adalah untuk mengatur secara sistematik aktiviti bahasa dan kebudayaan Malaysia di luar negara.