KUALA LUMPUR: Atlet berdarah kacukan dari luar negara yang mempunyai prestasi baik, mungkin akan dipertimbangkan untuk mewakili kontinjen Malaysia memburu pingat di Sukan Olimpik Paris 2024.
Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan Program 'Gold Paris 2024' Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata ia merupakan antara perkara yang dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa berkenaan semalam.
"Jawatankuasa akan mengambil pendekatan terbuka, dalam kemungkinan mengenal pasti atlet yang berpengkalan di luar negara yang mempunyai pertalian keluarga dan asal usul dari Malaysia, yang mempunyai prestasi terkini selaku pesaing di peringkat dunia," katanya menerusi kenyataan pada malam ini.
Sebagai contoh, pemain berdarah kacukan seperti Brendan Gan, Matthew Davies, Darren Lok dan Corbin Ong, sudah lama beraksi bersama skuad Harimau Malaya, manakala pemain kelahiran Gambia Mohamadou Sumareh, Guilherme de Paula (Brazil) dan Liridon Krasniqi (Kosovo) turut menyarung jersi kebangsaan sebagai pemain naturalisasi.
Sementara itu, jawatankuasa itu juga telah membuat keputusan untuk memperketatkan kriteria pemilihan atlet ke pentas terunggul dunia itu, dengan memberi tumpuan khusus kepada jenis sukan, acara dan atlet yang berupaya menjelmakan kilauan pingat emas di Paris 2024.
"Antara kriteria pemilihan ke Program 'Gold Paris 2024' yang dibincangkan ialah mereka yang pernah memenangi pingat di Tokyo 2020 dan menduduki kelompok ranking 10 terbaik dunia. Pencapaian memenangi pingat pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia turut menjadi asas pemilihan, serta memiliki prestasi terkini yang meyakinkan," katanya.
Mohamad Norza berkata, perkhidmatan sokongan terbaik seperti kejurulatihan, program latihan dan pendedahan pertandingan peringkat antarabangsa serta bantuan dari aspek sains, teknologi dan perubatan sukan akan disediakan kepada kumpulan atlet yang terpilih ke program itu dalam mengejar impian emas pertama Olimpik.
Majlis Sukan Negara (MSN) juga telah diminta untuk melihat potensi menggunakan kepakaran teknikal yang dapat menggemblengkan program latihan dan perkhidmatan sokongan terbaik, termasuk dalam aspek 'performance lifestyle' untuk memastikan atlet dapat pamer prestasi terbaik dan semangat juang tinggi.
"Pada masa sama, jawatankuasa akan turut memberi tumpuan kepada perkembangan dan keberkesanan beberapa projek penyelidikan, khususnya yang diterajui Institut Sukan Negara (ISN), yang bermatlamat membantu mempertingkat prestasi atlet dalam Program 'Gold Paris 2024' ini," tambahnya.
Beliau berkata MSN akan menganjurkan Bengkel Perancangan Program 'Gold Paris 2024' pada 24 Okt ini bersama wakil persatuan, jurulatih dan atlet, dengan hasil dapatan bengkel bakal dibentangkan pada mesyuarat kedua Jawatankuasa Pemantau pada November depan.
Jawatankuasa itu turut dianggotai Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif ISN Ahmad Faedzal Md Ramli dan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei, manakala beberapa ahli tambahan dijangka akan dilantik nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2022

Nohd Norza berkata, MSN juga telah diminta untuk melihat potensi menggunakan kepakaran teknikal yang dapat menggemblengkan program latihan dan perkhidmatan sokongan terbaik. - Gambar fail
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.

Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.

Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.

'Semua orang kenal kami selepas Sukan Olimpik'
PEARLY Tan dan M Thinaah dalam satu temu bual baru-baru ini mengakui bahawa mereka kini lebih dikenali selepas mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat dalam Sukan Olimpik Paris lalu.

Paris 2024: Bonnie penerima terbesar SHAKAM, bawa pulang RM1.02 juta
Atlet berusia 25 tahun itu menerima ganjaran lumayan berjumlah RM1 juta beserta insentif tambahan sebanyak RM20,000.

Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.