KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata para atlet negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung Julai ini lebih 'lengkap' dan bersedia berbanding ketika menghadapi beberapa edisi temasya sukan terbesar dunia itu sebelum ini.
Hannah berkata ia kerana kerajaan berdiri teguh di belakang atlet negara dengan sedaya upaya berusaha menyediakan segala keperluan mereka menerusi projek Road To Gold (RTG).
"Bagi kami (kerajaan) Malaysia telah melabur banyak kepada atlet dan saya pasti mereka juga mahu melihat kejayaan, mahu pingat dan hanya berharap semuanya akan berjalan lancar sehingga ke Paris. Paling penting tiada kecederaan..jadi kami doakan mereka berjaya.
"Kerajaan berdiri rapat di belakang atlet untuk memastikan semua yang mereka perlukan telah kita sediakan di bawah projek RTG (Road To Gold)," katanya pada sidang media selepas majlis minum petang bersama tiga pelumba berbasikal trek negara ke Paris di kediaman Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam di Bukit Tunku di sini, hari ini.
Pada masa sama, Hannah memuji ekosistem sukan berbasikal trek negara yang berjaya menarik minat sektor swasta untuk melabur dan sama-sama membangunkan sukan itu.
Katanya semua sukan tidak seharusnya hanya bergantung kepada dana daripada kerajaan semata-mata.
"Sebaik-baiknya setiap sukan harus mempunyai ekosistem ini, bukan sahaja kerajaan tetapi sektor swasta juga...CIMB, YSD (Yayasan Sime Darby) selama bertahun-tahun mereka melakukan ini dan itulah sebabnya berbasikal boleh melihat keputusan seperti ini.
"Jika anda hanya bergantung kepada kerajaan sahaja, sumber kami sentiasa ada had begitu banyak sukan lain yang perlu kami jaga," tambahnya.
Terdahulu, tiga pelumba berbasikal trek negara ke Olimpik Paris diraikan dalam satu majlis minum petang bersama Tun Musa yang juga bekas Pengerusi YSD di kediamannya di sini.
Pelumba-pelumba itu adalah sandaran pingat emas negara di Paris yang juga bekas juara dunia keirin 2017 Datuk Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi YSD Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar yang juga merupakan bekas Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), ketua jurulatih skuad berbasikal trek negara John Beasley serta wakil-wakil penaja antaranya CIMB dan YSD.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 05 2024
![Atlet negara lebih lengkap, sedia untuk berjuang di Paris - Hannah Atlet negara lebih lengkap, sedia untuk berjuang di Paris - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714828912_HannahYeoh.jpg)
Hannah berkata ia kerana kerajaan berdiri teguh di belakang atlet negara dengan sedaya upaya berusaha menyediakan segala keperluan mereka menerusi projek RTG. - Gambar fail/Bernama
![Lima peratus daripada 8,529 KRT seluruh negara pasif Lima peratus daripada 8,529 KRT seluruh negara pasif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739061875_HasnolZamZambinH.jpg)
Lima peratus daripada 8,529 KRT seluruh negara pasif
JPNIN mengesan sebanyak lima peratus daripada 8,529 KRT yang berdaftar di seluruh negara didapati tidak lagi aktif.
![Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739061520_tbKaoruMitomaEngl.jpg)
Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea
Kaoru Mitoma muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan untuk membawa The Seagulls ke pusingan kelima.
![Kumpulan pendatang protes dasar imigresen Trump Kumpulan pendatang protes dasar imigresen Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739058594_tbDemonstratorspro.jpg)
Kumpulan pendatang protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
AWANI Ringkas: Polis giat kesan suspek warga tempatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#Ringkas 9 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 9 Februari 2025
1️⃣ Polis giat kesan suspek warga tempatan
2️⃣ 2,076 individu sertai program pemulihan MAIS
3️⃣ Lebih banyak bantuan dalam Belanjawan Singapura
#awaniringkas
1️⃣ Polis giat kesan suspek warga tempatan
2️⃣ 2,076 individu sertai program pemulihan MAIS
3️⃣ Lebih banyak bantuan dalam Belanjawan Singapura
#awaniringkas
![Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739059161_Bomohkantoiposmay.jpg)
Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China
Pol yang ditahan polis memberitahu dia merupakan seorang bomoh sihir dan mengaku boleh bercakap dengan roh orang mati.
![Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739055880_tbCongoconflictD.jpg)
Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo
Pemimpin beberapa negara Afrika berhimpun di Tanzania dalam usaha menamatkan pertempuran di timur Congo.
Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bertemu dengan pemimpin kanan Hamas yang sedang dalam lawatan ke Tehran, pada Sabtu dan membincangkan perkembangan terkini di Gaza dan isu berkaitan.
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181
Sumber perubatan di Semenanjung Gaza melaporkan pada Sabtu bahawa angka korban telah meningkat kepada 48,181 orang, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan serangan tentera Israel pada 7 Okt 2023.
Kekejaman Zionis: 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Sejumlah 42 tahanan Palestin yang dibebaskan tiba di Ramallah dekat Tebing Barat pada Sabtu sejurus selepas pejuang Hamas menyerahkan tiga tebusan Israel. Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga yang telah lama menanti khabar gembira itu.
![Malaysia perlu wujud sinergi antara kerajaan negeri, sektor swasta, teknologi - Liew Malaysia perlu wujud sinergi antara kerajaan negeri, sektor swasta, teknologi - Liew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693126110_TBLIEWCHINTONG.jpg)
Malaysia perlu wujud sinergi antara kerajaan negeri, sektor swasta, teknologi - Liew
Malaysia perlu mula mempertimbangkan kewujudan sinergi antara kerajaan negeri, sektor swasta dan teknologi, yang akan membolehkan lebih banyak perolehan teknologi dalam sistem kerajaan.
![Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730556920_JoachimGunsalam.jpg)
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
![Kadar gaji minimum RM1,700 terpakai untuk pekerja asing Kadar gaji minimum RM1,700 terpakai untuk pekerja asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729248482_TBANWARBAJET.jpg)
Kadar gaji minimum RM1,700 terpakai untuk pekerja asing
Dasar gaji minimum tidak mendiskriminasi pekerja berdasarkan kewarganegaraan, selaras dengan Konvensyen ILO No.100 dan undang-undang buruh Malaysia.
![Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 jadi rujukan utama - NADMA Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 jadi rujukan utama - NADMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695737719_KhairulShahrilIdru.jpg)
Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 jadi rujukan utama - NADMA
Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 bakal menjadi rujukan utama dalam menyediakan panduan pengurusan risiko bencana merentasi sektor secara menyeluruh.
![Raja Zarith Sofiah gesa sektor swasta tingkat usaha bantu golongan muda Raja Zarith Sofiah gesa sektor swasta tingkat usaha bantu golongan muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724966813_RajaZarithSofiah.jpg)
Raja Zarith Sofiah gesa sektor swasta tingkat usaha bantu golongan muda
Raja Zarith Sofiah bertitah agar syarikat korporat dan perniagaan memainkan peranan aktif dalam menyediakan generasi muda ke arah masa depan yang lebih baik.
![SEZ Thailand: Malaysia cadang penglibatan swasta, syarikat pemula - Anwar SEZ Thailand: Malaysia cadang penglibatan swasta, syarikat pemula - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723004277_TBAnwarIbrahim.jpg)
SEZ Thailand: Malaysia cadang penglibatan swasta, syarikat pemula - Anwar
Malaysia mencadangkan kepada Thailand agar melibatkan sektor swasta dan syarikat pemula dalam penubuhan Zon Ekonomi Khas (SEZ).
![[KOLUMNIS] SPRM bukukan usaha pengukuhan integriti organisasi [KOLUMNIS] SPRM bukukan usaha pengukuhan integriti organisasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719892221_LimBeeKeanPengar.jpg)
[KOLUMNIS] SPRM bukukan usaha pengukuhan integriti organisasi
Sejak penubuhan UI dan IGU di agensi awam dan SBK, pelbagai usaha, inisiatif dan program telah dilaksanakan.
![Kontraktor kecil dan sederhana pengganda ekonomi lokal - Ahmad Maslan Kontraktor kecil dan sederhana pengganda ekonomi lokal - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717768649_AhmadMaslan.jpg)
Kontraktor kecil dan sederhana pengganda ekonomi lokal - Ahmad Maslan
Industri pembinaan melalui kumpulan kontraktor kecil dan sederhana boleh menjadi 'faktor pengganda' dalam membantu mengembangkan ekonomi setempat.
![Atlet negara lebih lengkap, sedia untuk berjuang di Paris - Hannah Atlet negara lebih lengkap, sedia untuk berjuang di Paris - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714828912_HannahYeoh.jpg)
Atlet negara lebih lengkap, sedia untuk berjuang di Paris - Hannah
Hannah berkata para atlet negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 lebih 'lengkap' dan bersedia berbanding ketika menghadapi beberapa edisi temasya sukan terbesar dunia itu sebelum ini.
![Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716213137_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam, kata PM.