KUCHING: "Jangan anggap atlet kebangsaan yang tidak berjaya seperti sampah sebaliknya beri sokongan moral untuk menaikkan semangat,".
Demikian tegas Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika mengulas pencapaian ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dalam temasya Sukan Komanwel 2022 di Birmingham.
Beliau turut menempelak tajuk berita sebuah akhbar nasional yang seakan menjatuhkan lagi semangat atlet negara itu selepas kegagalannya menghadiahkan sebarang pingat untuk kontinjen Malaysia.
“Saya agak kecewa dengan tajuk berita akhbar tempatan yang mengatakan Pandelela balik dengan tangan kosong. Anda sebagai wartawan, terdapat banyak cara menulis, meletakkan kapsyen terhadap prestasi atlet yang mewakili negara di kejohanan dunia yang telah berlatih siang dan malam.
“Bukan untuk mengatakan saya adalah fanatik kepada atlet Sarawak, tetapi tidak kira dia (Pandelela) atlet Sarawak atau Semenanjung Malaysia sekali pun, anda tidak boleh tendang mereka atau menghukum hero negara hanya kerana mereka tidak dapat pingat,” katanya.
Abdul Karim berkata para atlet yang pulang tanpa sebarang pingat tidak harus dilayan sedemikian sambil menyifatkan tindakan itu seolah mereka adalah tebu yang tidak manis dan dibuang seperti sampah.
Dalam pada itu, katanya prestasi Pandelela semasa temasya itu harus diteliti dalam pelbagai sudut dan aspek termasuk faktor usia.
“Saya rasa dia sudah melakukan yang terbaik, kita harus faham bahawa faktor usia juga memainkan peranan, bukan untuk menjatuhkan moral tetapi dia sudah hampir berusia 30 tahun, kemuncak prestasi adalah ketika anda masih remaja pada awal 20-an,” katanya.
Atas sebab itu juga tegasnya beliau membantah keputusan acara terjun bagi kategori wanita digugurkan dalam Sukan Malaysia (SUKMA).
Menurutnya, pertandingan di peringkat nasional penting bagi mengenal pasti dan mencungkil bakat baharu atlet yang berpotensi untuk mewakili negara khususnya sukan terjun.
“Bagaimana anda hendak membangunkan sukan terjun, sekiranya anda sendiri yang membatalkan acara yang banyak menyumbang pingat kepada negara,” tegas Abdul Karim.
Shafik Ahmad
Tue Aug 09 2022
![Atlet tak bawa pulang pingat bukan sampah, bersama beri sokongan moral - Abdul Karim Atlet tak bawa pulang pingat bukan sampah, bersama beri sokongan moral - Abdul Karim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660037975_TBKARIMPANDALELA.jpg)
Abdul Karim mahu semua pihak tidak melayan atlet yang pulang tanpa pingat di Sukan Komanwel 2022 seperti sampah sebaliknya memberi sokongan moral.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
![Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739947622_TBrihanna.jpg)
Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.
![Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739943892_TBACLE.jpg)
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
![Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739942446_TBAfdlinShauki.jpg)
Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.
![SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739946749_SaifuddinNasution.jpg)
SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews
![Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739942321_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024 Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736907180_pingatSukanOlimpi.jpg)
Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.
![Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dahului senarai penerima darjah, pingat kebesaran Perak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dahului senarai penerima darjah, pingat kebesaran Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730409526_DrMohdZahidiZainu.jpg)
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dahului senarai penerima darjah, pingat kebesaran Perak
Syed Danial, 80 tahun, dianugerahkan darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
![Suasana meriah raikan kepulangan wira wirawati Paralimpik Paris 2024 Suasana meriah raikan kepulangan wira wirawati Paralimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726006180_PemenangpingatSuka.jpg)
Suasana meriah raikan kepulangan wira wirawati Paralimpik Paris 2024
Malaysia menamatkan saingan di kedudukan ke-42 secara keseluruhan apabila meraih dua emas, dua perak dan satu gangsa.
![China catat prestasi terbaik luar negara di Olimpik Paris 2024 China catat prestasi terbaik luar negara di Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723429445_ClosingCeremony.jpg)
China catat prestasi terbaik luar negara di Olimpik Paris 2024
Delegasi China berjaya meraih 40 pingat emas, 27 perak dan 24 gangsa.
![Olimpik Paris 2024: Bawa pulang pingat atau tidak, perjuangan atlet di Paris dihargai - Ahmad Zahid Olimpik Paris 2024: Bawa pulang pingat atau tidak, perjuangan atlet di Paris dihargai - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722336405_TBZahidhamidi.jpg)
Olimpik Paris 2024: Bawa pulang pingat atau tidak, perjuangan atlet di Paris dihargai - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kejayaan para atlet bukan sahaja diukur melalui pencapaian pingat, tetapi juga melalui semangat juang dan usaha keras yang telah ditunjukkan.
![Tak mustahil kem memanah hadirkan pingat buat negara - Ariana Tak mustahil kem memanah hadirkan pingat buat negara - Ariana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721403294_TBARIANAjpg.jpg)
Tak mustahil kem memanah hadirkan pingat buat negara - Ariana
Katanya, bagi sukan memanah setiap atlet hanya akan bersaing dengan diri sendiri dalam usaha mengawal emosi dan taktik bidikan.
![Hadiah kereta menanti pemenang pingat Sukan Olimpik di Paris - Hannah Hadiah kereta menanti pemenang pingat Sukan Olimpik di Paris - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692434880_HannahYeoh.jpg)
Hadiah kereta menanti pemenang pingat Sukan Olimpik di Paris - Hannah
Jawatankuasa Road To Gold (RTG) telah menerima tawaran daripada sebuah syarikat kereta yang berminat memberi ganjaran kepada atlet negara.
![Setiap pingat Sukan Olimpik Paris mempunyai cebisan Menara Eiffel Setiap pingat Sukan Olimpik Paris mempunyai cebisan Menara Eiffel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707445116_TBSetiapPingatj.jpg)
Setiap pingat Sukan Olimpik Paris mempunyai cebisan Menara Eiffel
Keputusan meletakkan logam Menara Efifel pada pingat dibuat bagi menawarkan keunikan yang hanya boleh ditawarkan oleh Paris.
![Agong berkenan kurnia 341 individu darjah kebesaran, bintang dan pingat Agong berkenan kurnia 341 individu darjah kebesaran, bintang dan pingat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704779111_TBYDPA.jpg)
Agong berkenan kurnia 341 individu darjah kebesaran, bintang dan pingat
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan 341 individu darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan di Istana Negara hari ini.
![Sultan Nazrin berkenan kurnia darjah kebesaran, pingat kepada 213 penerima Sultan Nazrin berkenan kurnia darjah kebesaran, pingat kepada 213 penerima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700286148_SultanNazrinShah.jpg)
Sultan Nazrin berkenan kurnia darjah kebesaran, pingat kepada 213 penerima
Seramai 238 penerima dikurniakan darjah kebesaran dan pingat bersempena dengan hari keputeraan baginda yang disambut pada 3 Nov.