Sebanyak 13 pangkalan haram yang aktif di sepanjang Sungai Golok dekat sempadan Malaysia-Thailand di Pasir Mas dan Tumpat telah dipasang kawat duri bagi mengekang pencerobohan pendatang asing dan pelbagai aktiviti jenayah rentas sempadan.
Pemasangan kawat duri atau 'concertina wire' itu dilaksana hasil kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang kini dikawal oleh Batalion Ke-7 PGA Kuantan.
Panglima 8 Briged, Brig Jen Zamsari Abu Hasan berkata kawat duri yang setiap satunya 500 meter panjang kini sudah dipasang di tiga bahagian Op Benteng Covid mulai dari Pengkalan Kubor dan Kuala Jambu di Tumpat sehingga Jeram Perdah, Pasir Mas.
Beliau berkata pelaksanaan pemasangan kawat duri itu membuktikan komitmen tinggi ATM dan PGA melalui kerjasama Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) bagi memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan sepenuhnya terutama melalui kemasukan pendatang.
Pada masa yang sama, ia juga sebagai membanteras sebarang percubaan daripada pelbagai pihak untuk aktif dalam kegiatan jenayah rentas sempadan.
"Ini juga sebagai peringatan agar semua pihak mematuhi arahan ditetapkan atau mereka bakal berdepan tindakan tegas.
"Sepanjang Op Benteng yang dijalankan oleh semua agensi yang terlibat, sebanyak 158 kes direkodkan termasuk penahanan 59 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas pelbagai barangan bernilai RM4.4 juta," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pemasangan kawat duri di Pangkalan Haram Pok Nik dekat Jeram Perdah, Rantau Panjang, di sini, semalam.
Hadir sama, Pegawai Pemerintah Batalion Ke-7 (PGA7) Supt Azhari Nusi.
Sementara itu, Azhari berkata sebelum ini PGA7 sudah melakukan penugasan Op Benteng Covid dengan membuat rondaan secara ronda jalan kaki, rondaan berkereta, ronda motosikal, sekat pintas dan sekatan jalan raya.
Beliau berkata dengan pemasangan kawat duri ini kawalan di pangkalan haram yang dianggap 'hotspot' akan menjadi lebih ketat.
"Ini adalah satu tanda amaran kepada semua pihak supaya tidak melintasi sempadan sewenang-wenangnya dan tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa yang ingkar arahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 14 2020

Anggota Skuadron Ke-7 Rejimen Askar Jurutera Diraja melakukan kerja-kerja pemasangan kawat duri bagi membendung kemasukan PATI dan aktiviti penyeludupan di sempadan menerusi Op Benteng COVID-19 di Pangkalan Haram Pok Nik, Jeram Perdah. -- fotoBERNAMA

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Pesawat Jeju Air terima amaran aktiviti burung 1 minit sebelum kotak hitam berhenti
Kerajaan merancang untuk mengeluarkan laporan awal pada Isnin, yang akan dihantar kepada ICAO, Amerika Syarikat, Perancis dan Thailand.

Jabatan Perikanan Selangor keluar notis amaran pengambilan anak kerang
Jabatan Perikanan Selangor bertindak menampal notis amaran berhubung aktiviti mengambil anak kerang melibatkan 22 lokasi di daerah ini dan Kuala Selangor.

Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.

Pejabat Migrasi Jerman juga beri amaran tentang suspek Magdeburg
Amaran itu diterima melalui saluran media sosial pada penghujung musim panas 2023.

Salji luar biasa selubungi Seoul
Agensi cuaca kebangsaan mengeluarkan amaran salji tebal di ibu negara yang meliputi Wilayah Gyeonggi dan hampir semua bahagian negara.

Indonesia tingkatkan tahap amaran susulan letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Status aktiviti gunung berapi Gunung Lewotobi Laki-Laki di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur telah dinaikkan daripada tahap III ke IV.

Amaran ribut petir di negeri utara, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir bagi tiga negeri di utara Semenanjung dan beberapa kawasan di Sarawak sehingga 1 tengah hari ini.

Taufan Oscar, ribut tropika Nadine ancam Bahamas, Cuba, Mexico
Oscar dinamakan sebagai ribut tropika pada awal pagi Sabtu dan menjelang tengah hari bertukar kepada taufan.

Ahli seismologi beri amaran kemungkinan letusan gunung berapi di Filipina
Gunung Kanlaon mengeluarkan kira-kira 10,449 tan sulfur dioksida dan merekodkan 55 gempa bumi gunung berapi dalam tempoh 24 jam lalu.

LLB beri amaran jangan hampiri pantai, R&R Bagan Ajam
Gabungan air pasang besar berserta hujan lebat dan ribut menyebabkan fenomena ombak besar yang menghempas kawasan tepi laut Pulau Pinang terutama di sekitar Pantai Bersih.