Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengerahkan anggota tiga cabang perkhidmatan - udara, darat dan laut - bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa helikopter Eurocopter AS350 yang dipercayai terhempas ketika dalam perjalanan dari Betong ke Kuching, semalam.
Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata aset dikerahkan termasuk pesawat udara 'Beechcraft' bagi tujuan tinjauan, juruselam serta komando dalam operasi itu.
"Setelah mendapat berita (kehilangan helikopter) semalam, 'Beechcraft' kita terbangkan untuk tinjauan sehingga pagi tadi....dan pagi tadi sudah memulakan satu operasi tambahan.
"Kita juga telah gerakkan tiga perkhidmatan termasuk aset TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia), juruselam dan sebagainya kerana kita difahamkan ia berlaku di kawasan sungai.
"Di darat, kita kerahkan Komando 3 Briged, dan batalion dari Kem Sri Aman. Bagi pihak kami, seperti menteri (Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) nyatakan, kita telah dan akan terus memberi yang terbaik sehingga kes selesai," katanya kepada pemberita di Majlis Ramah Mesra bersama Warga Tentera di Kem Muara Tuang, di sini hari ini.
Semalam dilaporkan, helikopter jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang, dalam penerbangan ke Kuching, sebelum terputus hubungan.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Dr Sundaran Annamalai antara enam yang berada dalam helikopter itu.
Sementara itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengerahkan lima aset dengan kekuatan 60 pegawai dan anggota dalam operasi SAR di laut hari ini,
APMM dalam kenyataan di sini hari ini, berkata operasi oleh APMM itu ditumpukan di sekitar perairan muara Batang Lupar dan Batang Sadong sehingga ke jarak lebih kurang lima batu nautika ke utara Tanjung Malaban.
Berikutan keluasan kawasan pencarian lebih kurang 150 batu nautika persegi, kawasan perairan itu dipercayai paling hampir dengan laluan helikopter tersebut, kata kenyataan itu.
Bernama
Fri May 06 2016
Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang, dalam penerbangan ke Kuching, sebelum terputus hubungan. - Foto Datuk Suhaimi Khalid
Pusingan kerja kaunter mampu elak isu integriti - Saifuddin
Pelaksanaan pusingan kerja penjawat awam yang bertugas di kaunter khidmat pelanggan melebihi lima tahun mampu menangani masalah integriti.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, beliau mengalu-alukan hasrat Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang mahu memperbaiki kualiti sistem penyampaian.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, beliau mengalu-alukan hasrat Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang mahu memperbaiki kualiti sistem penyampaian.
Penjawat awam ‘kantoi’ buat tuntutan palsu saudara baharu
Seorang penjawat awam yang bertugas di sebuah agensi agama di Perlis, ditahan SPRM Perlis bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu membabitkan jumlah RM132,000.
Kementerian Komunikasi perkenal 'ChatBox' untuk semak kesahihan sebaran
Aplikasi 'ChatBox' dalam WhatsApp akan bantu pengguna menyemak kesahihan teks, video, dan muat turun dengan pantas.
Pelancaran dijangka dalam masa terdekat.
Pelancaran dijangka dalam masa terdekat.
Perkongsian perisikan untuk keamanan, keselamatan ASEAN penting - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri menekankan mengenai kepentingan perkongsian perisikan silang antara rakan serantau bagi mewujudkan zon penampan selamat di rantau ASEAN.
32 individu cedera dalam kejadian letupan kilang kimia di Klang
Individu yang tercedera berusia di antara 20 dan 40 tahun, dan berada di sekitar lokasi terbabit semasa letupan berlaku.
Dua rentung rumah terbakar
Seorang lelaki warga emas bersama anak angkatnya ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Tongkang Yard,Alor Setar.
[TERKINI] Tiada lagi tol percuma musim perayaan
Kementerian Kerja Raya memaklumkan dasar pemberian tol percuma untuk semua perayaan utama tidak akan diteruskan bermula tahun ini, termasuk Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma 100 kali ganda akibat kebakaran - Laporan
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma sehingga 100 kali ganda akibat kebakaran, manakala paras klorin meningkat sebanyak 40 kali ganda.
Trump tandatangan perintah eksekutif tangguh larangan TikTok
Trump berusaha mencari penyelesaian untuk melindungi keselamatan negara sambil memastikan kelangsungan platform yang digunakan oleh 170 juta rakyat Amerika.
Timbalan pengarah agensi kerajaan antara ditahan bantu siasatan kes rasuah RM600,000
Dua lelaki termasuk timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan direman enam hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM600,000.
Pelarasan pencen susulan SSPA: Veteran boleh hubungi JHEV jika ada persoalan
Veteran ATM yang mempunyai persoalan mengenai kiraan pencen susulan pelaksanaan SSPA boleh berhubung dengan JHEV ATM untuk penerangan.
MRO Aset, Kementerian Pertahanan kaji penggunaan pencetakan 3D
Kementerian Pertahanan sedang mengkaji penggunaan kaedah pencetakan 3D dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aset ketenteraan di seluruh negara.
JHEV lulus RM6.19 juta bina, baik pulih rumah veteran ATM setakat November
Ia termasuk 53 permohonan bina baharu dan 209 permohonan baik pulih rumah termasuk lima permohonan baharu dan lapan baik pulih di Johor.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang, pada Selasa.
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.
Trak ATM bawa kenderaan perisai terbabas akibat jalan licin, basah - Polis
Polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tiada kompromi dalam kes buli, dera pegawai kadet UPNM - PAT
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata siasatan terperinci terhadap kes berkenaan sedang dilaksanakan pihaknya.