TAWAU:Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyerahkan sepenuhnya pengoperasian Hospital Medan Tawau kepada Kementerian Kesihatan (KKM), untuk dijadikan wad merawat kes COVID-19 berisiko rendah.
Hospital berkenaan akan diuruskan oleh Hospital Tawau bermula hari ini, kata Panglima 13 Briged Infantri Brigedier Jeneral Abdul Razak Hussain.
Beliau berkata, Hospital Medan ATM itu berjaya melaksanakan objektif bagi membantu Hospital Tawau merawat kes-kes bukan COVID-19.
Katanya, sejak 20 Oktober lalu, seramai 1,366 pesakit telah menerima rawatan.
"Kewujudan Hospital Medan Tawau ini turut membolehkan atur gerak pasukan pembedahan ATM ke Hospital Kunak dan berjaya melaksanakan 36 kes bersifat kecemasan, semi-elektif dan elektif.
"Keberadaan pasukan pembedahan ATM ini, berjaya mengurangkan tempoh menunggu pesakit kes-kes kanser di Pantai Timur Sabah untuk menjalani pembedahan kuratif dan paliatif," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Hospital Medan ATM membabitkan Komander Hospital Medan Tawau Kolonel Dr Shamsul Bahary Muhamad kepada Pengarah Hospital Tawau Dr Norlimah Arsad di sini.
Sementara itu, Dr Norlimah berkata Hospital Medan Tawau yang terletak di Kompleks Sukan Tawau itu, akan diubah suai dan dijadikan sebagai wad rawatan bagi pesakit COVID-19 berisiko rendah dengan kelengkapan 96 katil.
"Keputusan ini berdasarkan trend penurunan kes COVID-19 sejak November hingga kini, dan lebih banyak kes pesakit bukan COVID-19 memerlukan rawatan intensif di Hospital Tawau termasuk intubasi.
"Setakat semalam kira-kira 70 peratus pesakit bukan COVID-19 menerima rawatan di Hospital Tawau, manakala pesakit COVID-19 tahap empat dan lima masih dirawat di Hospital Tawau, namun pesakit dirawat ketika ini kurang daripada 10," katanya.
Petrus Bernard
Wed Jan 06 2021
![ATM serah operasi Hospital Medan Tawau, kini jadi wad rawatan COVID-19 ATM serah operasi Hospital Medan Tawau, kini jadi wad rawatan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41609936581_HOSPITALMEDAN.jpg)
Hospital Medan ATM itu berjaya melaksanakan objektif bagi membantu Hospital Tawau merawat kes-kes bukan COVID-19. - Gambar fail/ Bernama
Panama nafi pengecualian bayaran transit terusan
Panama menafikan dakwaan bahawa ia bersetuju mengetepikan bayaran bagi kapal kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan Terusan Panama.
Trump larang penyertaan golongan 'trans' dalam sukan wanita
Presiden ke-47 Amerika Syarikat, Donald Trump dalam perintah eksekutif terbaharunya melarang penyertaan golongan transgender dalam sukan yang ditetapkan untuk wanita. Beliau dalam kenyataan berkata, pentadbirannya akan mempertahankan 'tradisi' penyertaan hanya jantina asli yang dibenarkan dalam bidang sukan yang dikhaskan untuk golongan wanita.
Penunjuk perasaan bakar rumah keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Ribuan penunjuk perasaan membakar rumah pemimpin pengasas Bangladesh ketika anak perempuannya yang juga bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Sheikh Hasina dijadual berucap di media sosial.
Keindahan kosmos dari balai Paranal diancam cahaya
Langit luas, indah dengan kerdipan bintang, bagaikan hamparan kosmos yang menyelimuti bumi...
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi
Lebih 450 peluang pekerjaan kejuruteraan kecerdasan buatan (AI) berkemahiran tinggi akan diwujudkan di negara ini menerusi kerjasama antara Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dan Global AI Village (GAIV).
MyCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bil - Armizan
MyCC menggerakkan strategi khusus untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap satu daripada cabang aktiviti kartel sejak sekian lama, iaitu pakatan tipuan bida.
Atasi kegagalan CEO GLC urus operasi - PM Anwar
Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan seperti kegagalan mengurus dan menyelia operasi syarikat serta kerugian yang berterusan.
Tiga lelaki didakwa terlibat rusuhan, miliki pisau
Lelaki terlibat rusuhan, mengaku bersalah, memiliki pisau dan didakwa di Mahkamah Majistret
Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup bermula 9 hingga 14 Februari
Sempena perayaan Thaipusam yang akan disambut 11 Februari ini, tujuh jalan utama sekitar Batu Caves yang berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak akan ditutup bermula 8 Februari ini hingga 14 Februari.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
![944 pesakit COVID-19 terima rawatan di Hospital Medan di HSA - Hishammuddin 944 pesakit COVID-19 terima rawatan di Hospital Medan di HSA - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631006544_Batalion.jpg)
944 pesakit COVID-19 terima rawatan di Hospital Medan di HSA - Hishammuddin
Sebanyak 944 pesakit telah menerima rawatan COVID-19 di Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru sejak mulai 21 Jun lalu.
![Satu lagi Hospital Medan ATM di HTAR, Klang tangani kes COVID-19 di Selangor - TPM Satu lagi Hospital Medan ATM di HTAR, Klang tangani kes COVID-19 di Selangor - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51622709795_HOSPITALMEDAN.jpg)
Satu lagi Hospital Medan ATM di HTAR, Klang tangani kes COVID-19 di Selangor - TPM
Sebuah lagi Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diwujudkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
![QDF sedia kerjasama dengan Malaysia bantu pelarian Rohingya QDF sedia kerjasama dengan Malaysia bantu pelarian Rohingya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61543275400_WAWI.jpg)
QDF sedia kerjasama dengan Malaysia bantu pelarian Rohingya
Beliau berkata QDF juga akan menyalurkan sumbangan AS$50 juta (RM209.62 juta) kepada Malaysia bagi membantu menguruskan pelarian Rohingya di Malaysia.
![Malaysia sedia hantar pasukan pengaman ke Palestin Malaysia sedia hantar pasukan pengaman ke Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81445678822_MohdJohariBaharum.jpg)
Malaysia sedia hantar pasukan pengaman ke Palestin
Penghantaran pasukan pengaman Malaysia ke Palestin hanya akan dilakukan jika PBB memerlukan pembabitan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam misi pengaman di negara bergolak.