Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berhasrat menjual 30 pesawat helikopter Nuri jenis Sikorsy buatan Amerika Syarikat, yang telah berkhidmat lebih 50 tahun dalam Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).
Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata sebaliknya lebih ekonomi dan praktikal pesawat itu dibaikpulih untuk membantu helikopter EC725 Cougar yang baru dibeli kerajaan.
Malah beliau yakin ATM masih memerlukan pesawat Nuri terutamanya dalam tugas-tugas utiliti dan misi bantuan biarpun negara akan memiliki 12 helikopter EC725 Cougar buatan Perancis awal tahun depan.
ATM menerima dua daripada 12 helikopter EC725 Cougar pada 3 Dis tahun lalu untuk menggantikan sebahagian 30 pesawat Nuri TUDM dan ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang, berperanan sebagai pesawat latihan selain mempunyai fungsi utama iaitu bagi memperkuatkan misi mencari dan menyelamat dan juga sebagai pesawat pengangkut serta utiliti lain.
"Kita akan menambah baik dan menaik taraf pesawat Nuri kerana ia masih baik dan masih boleh digunakan untuk misi-misi bantuan, kita perlu menambah baik dari segi sistem dan bahagian kokpit serta beberapa bahagian lain," katanya kepada Bernama dalam satu ditemu bual di sini.
Beliau berkata penambahbaikan yang akan dijalankan terhadap pesawat Nuri dijangka mampu memantapkan penugasan utiliti selain dapat membantu pesawat EC725 Cougar.
"Ada sebahagian daripada Nuri, kita akan tempatkan untuk kegunaan tentera darat," katanya.
Zulkifeli berkata dalam masa yang sama pemilikan pesawat EC725 Cougar yang baru dimiliki ATM baru-baru ini bertujuan meningkatkan keberkesanan tugas pemantauan ruang udara selain turut berperanan dalam misi bantuan dengan lebih cekap.
Bagi meningkatkan tahap keselamatan ruang udara negara, ATM turut meneliti bagi mendapatkan beberapa pesawat tempur pelbagai peranan (MRCA) serta pesawat Airbus 400M yang bergantung kepada kemampuan kewangan negara.
"Buat masa ini ATM sedang meneliti keupayaan empat MRCA yang berpotensi digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) antaranya ialah Gripen dari syarikat Sweden, F/A-18E Super Hornet dari syarikat Amerika Syarikat, Rafale dari Syarikat Daesu dan Eurofighter Typhoon dari Britain," katanya.
Beliau berkata buat masa ini TUDM masih dalam proses melakukan penilaian akhir ke atas empat pesawat tersebut bagi mengenal pasti pesawat yang menepati kriteria dan memenuhi keperluan TUDM.
Justeru segala penilaian dan analisis yang dibuat pada tahun ini berhubung hasrat ATM mendapatkan MRCA akan disiapkan secepat mungkin dan ia turut bergantung kepada kewangan negara.
Bernama
Sun Feb 03 2013
MASIH GUNA: ATM tidak berhasrat menjual 30 pesawat helikopter Nuri jenis Sikorsy buatan Amerika Syarikat.
Banjir terburuk landa Bintulu, kebajikan mangsa jadi keutamaan
Beberapa kawasan di bandar Bintulu yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir, turut dinaiki air termasuk beberapa kawasan perumahan.
Polis kesan tiga lagi suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama
Polis sedang mengesan tiga lagi suspek dalam kejadian langgar lari melibatkan dua kenderaan yang dipandu secara melulu di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, di sini, awal pagi semalam.
Mekanisme ASEAN terlalu elitis, tidak dirasai orang awam - Penganalisis
ASEAN ketika ini bergerak dengan mekanisme yang disifatkan terlalu elitis sehingga tidak dapat dihargai serta dirasai oleh orang awam yang mendiami negara-negara Asia Tenggara.
AWANI Tonight: Trump to send some migrants to Guantanamo Bay
U.S. President Donald Trump orders the construction of a migrant detention facility at Guantanamo Bay with a capacity of up to 30,000, targeting criminal illegal immigrants.
AWANI Tonight: Hamas, Israel carry out third exchange of hostages
Hamas and Israel conduct a third hostage exchange—Hamas releases eight captives, including three Israelis and five Thai nationals, while Israel is set to free 110 Palestinian prisoners.
AWANI Tonight: Digitalisation: Changing mindsets, narrative for SMEs
SAMENTA's Datuk William Ng shares key insights on what SMEs really need to tackle challenges in digital transformation.
AWANI Tonight 30 Jan 2025
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Floods: Over 6,700 victims in Sabah, Sarawak
2. Gaza ceasefire: Hamas, Israel carry out third exchange of hostages
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Floods: Over 6,700 victims in Sabah, Sarawak
2. Gaza ceasefire: Hamas, Israel carry out third exchange of hostages
#AWANIEnglish #AWANINews
Bantuan awal RM1,000 bagi setiap KIR berdaftar di PPS - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengumumkan bantuan awal berjumlah RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dan dipindahkan ke PPS.
Israel tangguh pembebasan 110 tebusan, Hamas desak pengantara campur tangan
Hamas mendesak pihak pengantara untuk campur tangan dalam penangguhan pembebasan tahanan Palestin oleh Israel.
AWANI Ringkas: Rasuah | Pelajar Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelarasan pencen susulan SSPA: Veteran boleh hubungi JHEV jika ada persoalan
Veteran ATM yang mempunyai persoalan mengenai kiraan pencen susulan pelaksanaan SSPA boleh berhubung dengan JHEV ATM untuk penerangan.
MRO Aset, Kementerian Pertahanan kaji penggunaan pencetakan 3D
Kementerian Pertahanan sedang mengkaji penggunaan kaedah pencetakan 3D dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aset ketenteraan di seluruh negara.
JHEV lulus RM6.19 juta bina, baik pulih rumah veteran ATM setakat November
Ia termasuk 53 permohonan bina baharu dan 209 permohonan baik pulih rumah termasuk lima permohonan baharu dan lapan baik pulih di Johor.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang, pada Selasa.
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.
Trak ATM bawa kenderaan perisai terbabas akibat jalan licin, basah - Polis
Polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tiada kompromi dalam kes buli, dera pegawai kadet UPNM - PAT
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata siasatan terperinci terhadap kes berkenaan sedang dilaksanakan pihaknya.