PONTIAN: Polis mengesahkan dua pesara kerajaan yang maut selepas kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) terbabas ke dalam parit di Kampung Sri Gambut, Pekan Nanas, di sini, petang Khamis masing-masing akibat lemas dan serangan jantung.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, dalam kejadian pada jam 6.45 petang itu, mangsa Hasan Ayob, 66, yang juga pesara Polis DiRaja Malaysia (PDRM) maut disebabkan serangan jantung, manakala Abd Rashid Abd Malek, 63, pesara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula lemas.
"Abd Rashid yang memandu ATV itu dipercayai telah gagal mengawal kenderaan yang ditunggangi lalu terjatuh ke dalam parit yang berair.
“Keadaan Abd Rashid tertindih di bawah ATV manakala pembonceng, Hasan Ayob dipercayai cuba membantu namun tetapi gagal untuk mengalihkan ATV tersebut akibat berat dan paras air parit di bahagian pinggang," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Mohammad Shofee berkata, akibat kejadian tersebut Abd Rashid dipercayai mati lemas, manakala Hasan keletihan, sebelum kedua-duanya dirujuk ke Bahagian Forensik Hospital Pontian.
Ujarnya, bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa mendapati punca kematian Abd Rashid disebabkan lemas manakala Hasan pula disebabkan serangan jantung.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1 ) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ ) 1987.
Astro AWANI pada Khamis melaporkan dua lelaki warga emas maut apabila ATV yang ditunggang mereka terbabas dalam parit di Jalan Kampung Seri Gambut di sini. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 23 2022

Dua lelaki warga emas maut selepas kenderaan jenis All Terrain Vehicle (ATV) yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit pada Khamis. - Fail/JBPM
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

ATV terbabas: Dua pesara maut sebab lemas, serangan jantung
Dua pesara kerajaan yang maut selepas kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) terbabas ke dalam parit di Pontian masing-masing akibat lemas dan serangan jantung.