Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David gagal mara ke suku akhir Terbuka Amerika Syarikat 2017 setelah tewas kepada pemain Hong Kong, Annie Au dalam perlawanan pusingan kedua di ASB Glass Court, Philadelphia's Drexel University pada Isnin.
Nicol yang merupakan juara dunia lapan kali dan keenam dalam ranking dunia dikejutkan oleh Annie yang menyerlah dalam dua set pertama sebelum Nicol bangkit untuk memperbaiki kedudukan pada set ketiga dan keempat sebelum tewas pada set kelima.
Annie yang merupakan pemain nombor sembilan dunia mengambil masa 56 minit untuk menewaskan Nicol dengan keputusan 11-5, 11-5, 10-12, 8-11 dan 11-7.
Ini adalah kemenangan pertama Annie berhadapan dengan Nicol pada perlawanan ke-18 mereka dalam pertandingan Persatuan Skuasy Profesional (PSA).
"Saya berasa gembira akhirnya menang ketika menentang Nicol. Kami bertarung dalam banyak perlawanan, beliau mengalahkan saya setiap masa dalam kejohanan PSA, Sukan Asia, kejohanan peringkat Asia, " katanya dalam laman sesawang rasmi kejohanan , www.usopensquash.com.
Pemain berusia 28 tahun itu akan bertemu pemain nombor empat dunia Laura Massaro dari England dalam perlawanan suku akhir, Rabu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2017

Ini adalah kemenangan pertama Annie dalam berhadapan dengan Nicol pada perlawanan ke-18 mereka dalam pertandingan Persatuan Skuasy Profesional (PSA). - Foto fail.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Au sekat kemaraan Nicol di terbuka Amerika Syarikat
Nicol David gagal mara ke suku akhir Terbuka Amerika Syarikat 2017 setelah tewas kepada pemain nombor sembilan dunia, Annie Au.

Nicol juarai Terbuka Cleveland Classic untuk gelaran kedua tahun ini
Kemenangan ini merupakan gelaran ke-73 Nicol dalam 92 kemunculan di peringkat final dan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 35 perlawanan, selain lapan kemenangan berturut-turut.

Nicol kalah dalam aksi kedua Final Siri Dunia
Juara dunia Nicol David tersungkur apabila kalah kepada pemain England Laura Massaro dalam perlawanan kumpulan kedua Final Siri Dunia.

Nicol ke suku akhir Skuasy Wanita Dunia
icol akan bertemu Madeline Perry dari Ireland dalam perlawanan suku akhir yang akan diadakan pada 19 Dis (20 Dis waktu Malaysia)