KUALA LUMPUR: Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan dalang terhadap rakaman audio perbualan dua individu didakwa mirip Presiden UMNO dan Presiden PKR yang tular di media sosial.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, butiran perbualan itu cukup jelas dan berkualiti tinggi, malah mendakwa ia mungkin menggunakan peralatan canggih yang tidak mampu dimiliki orang biasa.
"Apabila tular rakaman perbualan antara (Datuk Seri) Ahmad Zahid (Hamidi) dan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, itu angkara siapa? Kalau ia tulen, apakah negara selamat apabila perbualan peribadi dirakam dan ditular?
"Tulen atau tidak sudah tentu rakaman itu bermotif politik apabila ia diviralkan. Darurat sepatutnya untuk kurangkan 'politiking' tetapi rupanya semakin bermaharajalela.
"Apakah ini konspirasi 'peringkat tertinggi'? Ini bukan kerja calang-calang. Kita masih ingat apabila Latheefa Koya (Bekas Pesuruhjaya SPRM) dedah perbualan antara Najib (Bekas Perdana Menteri) dan Putera Mahkota UAE. Tidakkah kita mahu belajar dari kesilapan?" soal beliau menerusi laman Facebook miliknya.
BACA: Lembaga Disiplin UMNO kena siasat audio mirip Zahid-Anwar
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Zahid nafi rakaman audio perbualan bersama Anwar
Mohd Puad yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat turut mendakwa, sejak 2018 sehingga kini, UAE tidak lagi melabur di Malaysia tetapi melabur di Indonesia hampir RM130 bilion.
"Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tentu ada penjelasan mengapa balik tangan kosong dari lawatan ke UAE baru-baru ini.
"Sekali lagi Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terselamat kerana Parlimen tidak bersidang untuk beri peluang kepada Ahli Parlimen pembangkang bangkitkan isu ini.
"Sekurang kurangnya, Ahli Parlimen boleh desak supaya ditubuhkan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) menyiasat perkara serius ini untuk mencari kebenaran," ujarnya
Mohd Puad turut menyatakan skandal merakam perbualan peribadi terutama melibatkan lawan politik ialah “hari hitam” kepada demokrasi di Malaysia.
"Presiden Nixon letak jawatan kerana skandal Watergate 1972. Ia berlaku apabila pejabat Parti Demokrat diceroboh untuk curi maklumat dan alat perakam telefon dipasang.
"Tular kononnya rakaman perbualan Zahid-Anwar berlaku sehari selepas Najib menerima notis muflis daripada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri).
"Politiking keji tidak akan berakhir. Wujudnya kluster lompat dan merakam perbualan telefon adalah natijah kerana kerajaan hari ini tidak ada majoriti jelas," katanya.
Terdahulu, satu rakaman audio perbualan antara dua individu yang didakwa mirip suara Anwar dan Ahmad Zahid tular di media sosial.
Melalui audio berdurasi 4 minit 17 saat di akaun Facebook Insider Malaysia, turut kedengaran suara mirip Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid dalam Perhimpunan Agung UMNO menerusi panggilan telefon.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid telah menafikan rakaman audio yang tular tersebut dan telah melaporkan kepada pihak polis untuk siasatan.
Afiezy Azaman
Wed Apr 07 2021
MOHD PUAD: Tulen atau tidak, sudah tentu rakaman itu bermotif politik apabila ia diviralkan. Darurat sepatutnya untuk kurangkan 'politiking' tetapi rupanya semakin bermaharajalela. - Gambar fail
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Kerajaan Negeri Sembilan mohon pembinaan hospital baharu di Seremban
Kerajaan negeri telah memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu berikutan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban.
PM Anwar akan bertemu pengasas WEF, pimpin sesi pleno ASEAN pada akhir WEF 2025
Perdana Menteri akan menerima kunjungan hormat Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah WEF Prof Klaus Schwab di hari terakhir WEF 2025.
Penggunaan AI dalam penjagaan kesihatan tingkat kecekapan, kurangkan pembaziran - PM Anwar
Beliau berkata, sejak menerajui kerajaan, dua keutamaan beliau ialah pendidikan dan penjagaan kesihatan.
Dialog pragmatik, kolaborasi kunci utama kendali hubungan global yang kompleks - PM Anwar
Beliau berkata adalah penting bagi negara untuk melibatkan diri dengan berhati-hati dan konstruktif.
Malaysia tidak boleh masih miliki undang-undang lapuk untuk hadapi cabaran baharu - Anwar
Perkembangan itu menuntut kerajaan memupuk peluang-peluang besar dalam kerjasama antarabangsa bagi menghadapi cabaran-cabaran berkenaan.
Malaysia mahu tambah baik FTA, merangkumi pendigitalan - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menimbang pendigitalan sebagai sebahagian daripada "penambahbaikan" perjanjian perdagangan bebas.
Malaysia belum ada keperluan mendesak terima guna tenaga nuklear - PM Anwar
Beliau tidak menolak "kemungkinan" menerima guna tenaga tersebut terutamanya dengan perancangan besar dalam pembinaan pusat data di Malaysia.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura jalinan kerjasama luar biasa - PM Anwar
Terdapat elemen saling mempercayai untuk bekerjasama dalam program bersama yang akan memberi manfaat kepada antara satu sama lain.