Ketua Jabatan perlu mengambil tindakan tegas terhadap pegawai yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa atau salah urus tadbir yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2018 Siri 3 pada Selasa lepas.
Presiden Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah Malaysia (MACFE) Datuk Seri Akhbar Satar berkata tindakan itu juga bakal menjadi satu amaran selain pengajaran buat pegawai lain supaya tidak melakukan kesalahan sama.
"Tindakan itu juga akan menjadi satu pengajaran buat pegawai-pegawai lain supaya tidak mengikuti apa-apa kesalahan terutamanya daripada segi prosedur pemberian kontrak dan sebagainya," katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara yang disiarkan Bernama TV malam tadi.
Sebanyak 12 pengauditan prestasi bernilai RM742.476 bilion dilaksanakan sempena LKAN 2018 Siri 3 melibatkan program, aktiviti dan projek di 10 kementerian dengan 63 syor dikemukakan terhadap aktiviti kementerian, jabatan dan badan berkanun Persekutuan bagi membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil.
Jabatan Audit Negara (JAN) sempena LKAN 2018 Siri 3 juga telah melakukan pengauditan prestasi terhadap 17 program, aktiviti dan projek yang melibatkan 22 jabatan dan agensi kerajaan negeri; serta 13 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan negeri yang melibatkan 12 negeri kecuali Perlis.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 17 2020

Akhbar Satar berkata tindakan itu juga bakal menjadi satu amaran selain pengajaran buat pegawai lain supaya tidak melakukan kesalahan sama. - Astro AWANI

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Ahli Parlimen sepatutnya gubal undang-undang, bukan kepalai GLC - Panelis
Penglibatan orang politik dalam pentadbiran syarikat berkaitan kerajaan (GLC) hanya cetuskan konflik kepentingan, kebanyakannya menjadi lubuk untuk memenuhkan poket sendiri.

Audit: Ketua Jabatan perlu ambil tindakan tegas terhadap pegawai lakukan kesalahan
Tindakan itu juga bakal menjadi satu amaran selain pengajaran buat pegawai lain supaya tidak melakukan kesalahan sama.

Beri masa kepada syarikat sebelum laksana Seksyen 17A - Akhbar Satar
Kerajaan digesa menangguhkan selama setahun penguatkuasaan undang-undang baharu Seksyen 17A di bawah Akta SPRM 2009.

Lantikan Idrus Harun pulihkan kemerosotan moral Pejabat Peguam Negara
Idrus ada kredibiliti dan integriti yang tinggi malah tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana parti politik mahupun kerajaan pemerintah.

Kes rasuah membabitkan ahli politik perlu diteruskan - Akhbar Satar
Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia percaya bahawa Perdana Menteri terbaharu akan meneruskan usaha membanteraskan rasuah.

'Offset' adalah rasuah, kata Akhbar Satar
Jelas Akhbar Satar, apa-apa bentuk penerimaan itu jatuh dalam kategori suapan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Pendedahan rakaman audio amaran untuk elak perbuatan jahat - Akhbar Satar
Pendedahan rakaman audio yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah amaran buat semua.