KUALA LUMPUR: Pelaksanaan perkongsian keselamatan tiga negara Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS), yang dikenali dengan singkatan AUKUS - yang diumumkan pada 2021 untuk mengatasi pengaruh China yang semakin meningkat di wilayah Indo-Pasifik, kini bermula.
Butiran terbaharu mengenai AUKUS muncul pada Isnin apabila Presiden AS Joe Biden, dan masing-masing Perdana Menteri UK dan Australia - Rishi Sunak dan Anthony Albanese - bertemu di San Diego, California.
Australia akan menjadi negara pertama untuk membeli tiga kapal selam Virginia buatan Amerika pada awal 2030-an, dengan AS dan UK menempatkan beberapa kapal selam berkuasa nuklear di pangkalan RAN di Perth, Australia Barat, mulai 2027.
Sementara itu, anggota tentera laut Australia akan ditempatkan di pangkalan kapal selam AS dan UK untuk mempelajari tentang operasi kapal selam.
Biden menegaskan bahawa kapal itu tidak dilengkapi senjata nuklear dan tidak akan menjejaskan komitmen Australia untuk kekal negara bebas nuklear.
Penolong Setiausaha Jabatan Negara AS untuk Biro Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik Daniel J. Kritenbrink berkata asas pakatan yang ditubuhkan masih kekal bebas senjata nuklear, walaupun terdapat kebimbangan yang disuarakan oleh negara-negara Asia Tenggara mengenai ancaman perlumbaan senjata pemusnah itu.
"Pengumuman hari ini (Isnin) adalah langkah pemodenan terhadap pakatan dan perkongsian sedia ada kami.
"Ia juga merupakan pemodenan keupayaan dan teknologi kapal selam Australia," kata Kritenbrink dalam sidang media atas talian yang dihadiri secara serentak oleh media antarabangsa di seluruh dunia.
Pegawai AS yang turut hadir semasa taklimat itu adalah Penasihat Kanan Jabatan Pertahanan untuk AUKUS Abraham Denmark, dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara Grant Schneider.
Mengenai penyertaan negara-negara yang "sehaluan" dengan pakatan keselamatan tiga hala AUKUS, Kritenbrink menegaskan bahawa komitmen AS terhadap AUKUS juga adalah untuk membina kapasiti kolektif sekutu dan rakan kongsi di seluruh rantau ini.
"Sama ada AUKUS mengukuhkan lagi pakatan perjanjian kami dengan lima sekutu yang berkemampuan di rantau ini, dan sama ada ia menunjukkan komitmen kami terhadap pemusatan ASEAN, serta komitmen kami terhadap forum Pulau Pasifik, atau QUAD ... kami sedang menggunakan semua mekanisme yang fleksibel ini untuk membina semula kapasiti rakan kongsi yang komited terhadap matlamat, keamanan dan kestabilan di seluruh rantau ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2023

AUKUS - yang diumumkan pada 2021 untuk mengatasi pengaruh China yang semakin meningkat di wilayah Indo-Pasifik, kini bermula. - Foto REUTERS

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengumumkan bahawa beliau menghentikan akses keselamatan bekas presiden Joe Biden serta menamatkan taklimat risikan hariannya, lapor Xinhua.

Putin dakwa konflik Ukraine tidak berlaku jika Trump terajui White House lebih awal
Moscow tidak pernah menolak peluang untuk berhubung dengan pentadbiran AS.

Trump akan batalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden
Donald Trump mengumumkan rancangan untuk membatalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden sebelum ini.

Trump temui surat yang ditinggalkan Biden untuknya di Pejabat Oval
Joe Biden tinggalkan surat buat penggantinya dalam laci di Pejabat Oval.

Trump janji batal beberapa perintah eksekutif Biden selepas angkat sumpah
Menurut laporan media AS, Trump dijangka menandatangani lebih 100 perintah eksekutif pada hari pelantikannya.

Trump, Biden minum pagi di White House sebelum majlis angkat sumpah
Majlis angkat sumpah akan dipindahkan ke dalam bangunan Capitol disebabkan cuaca sejuk.

TikTok mula ditutup di Amerika esok kecuali jika Biden campur tangan
Jaminan yang diperlukan ialah Apple, Google dan penyedia perkhidmatan lain tidak akan dikenakan tindakan kerana terus menyokong TikTok.

Pentadbiran Biden tidak akan kuatkuasakan pengharaman TikTok, kata pegawai Rumah Putih
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden tidak akan melaksanakan larangan TikTok sehari sebelum beliau meninggalkan jawatannya pada Isnin.

Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.

Biden larang kemasukan kenderaan pintar dari China, Rusia atas risiko keselamatan
Presiden Amerika Syarikat mengumumkan larangan terhadap teknologi dari China dan Rusia dalam kenderaan, berikutan kebimbangan keselamatan.