Pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya menang kes tuntutan saman sebanyak RM345,305 terhadap syarikat D’Haja (M) Sdn Bhd yang menjadi pengedar kedua minyak wangi eksklusif mereka iaitu Blue dan Maroon di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini.
Menurut Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, kemenangan itu cukup bermakna buat dia dan isteri selain memberi pengajaran kepada pihak lain supaya menjalankan perniagaan secara jujur.
“Kami buat perkara ini bukan nak untung, tetapi menuntut hak yang sudah kami laburkan.
“Kami lega kerana kemenangan berpihak kepada kami dan nasib terbela. Sebelum ini saya pernah buat banyak perniagaan. Banyak kali juga ditipu apabila ada pihak ambil kesempatan.
“Jadi, pada usia sekarang saya tidak mahu lagi dipijak. Cukup semua ini dan sampai waktu saya perlu bertindak.
“Kepada pengeluar produk dan ahli perniagaan, carilah rezeki dan berniaga dengan berhemah, jujur dan jangan ambil kesempatan atas kelemahan orang lain,” ujarnya.
Dalam pada itu, Awal juga mengingatkan kepada rakan artis atau mana-mana pihak supaya memahami isi kandungan dan juga terma perjanjian sebelum menerima apa-apa tawaran.
“Apabila ada sesuatu perjanjian memang kena buat penelitian. Jangan disebabkan terlalu teruja nak buat perniagaan hingga lupa dan terlepas pandang terma penting.
“Nasihat saya kepada semua yang nak memulakan perniagaan dapatkan khidmat peguam. Pastikan baca dan faham kontrak sebelum yakin untuk meneruskan perjanjian,” katanya.
Sementara itu, Scha berkata, dia trauma dan serik bekerjasama dengan syarikat tempatan.
“Trauma dan serik memang ada, cuma saya ambil perkara ini sebagai pengalaman dan pengajaran untuk lebih berhati-hati.
“Kepada rakan artis lain, jika perkara sebegini terjadi pada diri, anda perlu ke depan. Jangan biarkan ia sentiasa menjadi nasib diri. Ini pengajaran termahal buat kami,” katanya.
Terdahulu, Scha dan Awal selaku plaintif memfailkan saman terhadap D'Haja (M) Sdn Bhd selaku defendan bagi menuntut ganti rugi lebih RM300,000 atas dakwaan melanggar kontrak perjanjian berhubung penjualan produk minyak wangi yang dikeluarkan pasangan selebriti itu pada 30 April lalu.
Sumber: Harian Metro
Gempak
Wed Mar 27 2019

Awal juga mengingatkan kepada rakan artis atau mana-mana pihak supaya memahami isi kandungan dan juga terma perjanjian sebelum menerima apa-apa tawaran. - Foto Astro Gempak
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Walaupun pedih, kritikan bantu tingkatkan karya
Mengurus kritikan dengan baik agar tidak 'cepat koyak' menjadi cabaran paling besar mereka yang terlibat dalam dunia hiburan hari ini terutama berhadapan komen negatif netizen di media sosial.

Kes pengacara Awal Ashaari rosakkan palang digugur
Mahkamah menggugurkan pertuduhan terhadap pengacara, Awal Ashaari berhubung kes lakukan khianat dengan merosakkan palang pagar pondok pengawal.

"Siapa yang tak pernah bergaduh" - Scha dan Awal dedah turut hadapi ujian perkahwinan
Pelakon Scha Al-Yahya mendedahkan dia dan Awal Ashaari juga pasangan suami isteri yang tidak terlepas dari ujian berumah tangga.

'Saya bukan Iron Man' - Awal Ashaari nafi khianat, langgar palang rumah
Awal Ashaari menafikan dirinya melakukan khianat iaitu melanggar palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara dengan sebarang kenderaan sehingga rosak.

Proses mediasi jumlah ganti rugi kes saman Awal, Scha-D'Haja pada 17 Jan 2022
Pada 8 Sept 2020, Mahkamah Tinggi mencadangkan supaya pihak yang terlibat berbincang untuk menyelesaikan jumlah ganti rugi secara baik menerusi mediasi tanpa melalui proses rayuan.

Naz Carpentry terbuka selesai saman terhadap Awal Ashaari secara mediasi
Proses rundingan secara mediasi itu dapat memberikan penyelesaian secara 'menang-menang' bagi kedua-dua pihak.

Mahkamah cadang saman Naz Empire terhadap Awal Ashaari selesai secara mediasi
Hakim mencadangkan kes saman itu dirujuk ke Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi dan sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian, kes akan diteruskan dengan perbicaraan.

Lyla Amina nama anak kedua Awal Ashaari, Scha Alyahya
Perkongsian itu dibuat Awal dan Scha sempena genap sebulan usia anak mereka yang dilahirkan pada 12 Februari lalu.

Awal Ashaari disaman lagi RM300,000 oleh Naz Carpentry
Saman sivil yang difailkan minggu lepas adalah saman kedua terhadap defendan Awal Ashaari daripada Naz Carpentry.

Naz Carpentry fail permohonan ketepikan pembelaan terhadap Awal Ashaari
Pihak plaintif bertindak sedemikian setelah Awal Ashaari menuntut ganti rugi dari syarikat tersebut kerana didakwa gagal menjalankan kerja pengubahsuaian di kediamannya.