KOTA KINABALU: Penubuhan Skuad Ekstrem di bawah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) adalah antara cadangan Allahyarham Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub untuk membantu negara luar yang memerlukan terutama ketika dilanda bencana.
Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed berkata peserta misi pendakian Malaysia Everest 2023 (ME2023) yang juga Pengarah APM Kedah itu menzahirkan hasrat tersebut bagi membantu negara seperti Turkiye yang dilanda gempa bumi.
Beliau turut menyifatkan Awang Askandar, 56, sebagai individu yang aktif dan pemilihannya sebagai antara peserta misi pendakian ME2023 telah menaikkan imej APM.
"Allahyarham mempunyai semangat kuat walaupun mencecah usia 56 tahun dan komitmen beliau sangat tinggi," katanya kepada pemberita selepas jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Benoni di sini hari ini.
Awang Askandar dilaporkan terjatuh ketika melakukan pendakian ke puncak Gunung Everest pada ketinggian kira-kira 8,000 meter dari aras laut sebelum disahkan meninggal dunia ketika hendak diberikan rawatan di Kem 4.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali pula berkata semua urusan berkaitan bantuan kepada keluarga Allahyarham akan diuruskan.
Beliau berkata beberapa perkara seperti kelayakan termasuk pencen, insurans serta ganjaran lain sepanjang Allahyarham berkhidmat sebagai penjawat awam juga akan diuruskan dengan baik untuk keluarganya.
"Kita akan bantu permudahkan urusan tersebut supaya keluarga mendapat pampasan dengan senang serta bantuan lain untuk kebajikan dan waris Arwah," katanya.
Bagi Masneh Jaafar, 50, yang mengenali Allahyarham sejak di Universiti Sains Malaysia pada lewat tahun 90-an, Awang Askandar dianggap sebagai abang kepada pelajar Sabah ketika itu.
Beliau berkata walaupun ketika itu Awang Askandar adalah pelajar junior di USM, dari segi umur Allahyarham lebih berusia daripada mereka.
"Apa-apa masalah memang kami akan merujuk kepada dia," katanya sambil menahan sebak ketika menceritakan kenangan bersama Allahyarham.
Rakan seuniversiti mereka, Hamzah Madi, 50, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Awang Askandar ialah tahun lepas di Ranau sebelum Allahyarham bertolak untuk menyertai misi pendakian itu.
Setiap kali Allahyarham ke Ranau untuk mendaki Gunung Kinabalu, mereka sering bertemu dan pada kali terakhir, Awang Askandar menjemput beliau untuk melawatnya di Kedah.
"Kali terakhir kami jumpa itu, Allahyarham juga sedang dalam misi bantuan ke beberapa sekolah di Ranau," katanya sambil mengimbau kenangan menyambut hari jadi mereka di Bukit Bendera, Pulau Pinang kerana berkongsi bulan kelahiran yang sama dengan Allahyarham iaitu pada Disember.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023

Allahyarham Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub disifatkan sebagai individu yang aktif dan pemilihannya sebagai antara peserta misi pendakian ME2023 telah menaikkan imej APM.
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Awang Askandar berhasrat tubuh skuad ekstrem bantu negara dilanda bencana
Allahyarham Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub turut menzahirkan hasrat tersebut bagi membantu negara seperti Turkiye yang dilanda gempa bumi.

PM zahir rasa simpati atas pemergian wira negara Awang Askandar
Perdana Menteri berkata pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat negara selain mengundang rasa pilu rakyat Malaysia.

Jenazah Awang Askandar selamat tiba di KLIA
Jenazah akan dibawa ke Kota Kinabalu dengan penerbangan MH2646 pukul 11.35 pagi dan dijangka tiba pada 2.15 petang.

Everest: Jenazah Awang Askandar selamat tiba di T.U Teaching Hospital, Kathmandu
Ketibaan jenazah disambut Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu Mohd Fadzle Abu Hasan bagi membantu melancarkan proses pengurusan jenazah.

Everest: Jenazah Awang Askandar dijangka tiba Jumaat ini - Armizan
Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, dijangka tiba di Malaysia Jumaat ini.

Jenazah Awang Askandar selamat tiba di Everest Base Camp
Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, selamat tiba di Everest Base Camp pada jam 9.50 pagi waktu Nepal hari ini.

Magendran gembira bersulam duka
Pendaki Gunung Everest pertama Malaysia turut sama berduka dengan kejadian malang yang menimpa Awang Askandar dan Muhammad Hawari.

Allahyarham Awang Askandar mahu wujudkan pasukan penyelamat ekstrem - Abang
Lebih daripada itu, Allahyarham bercita-cita untuk mewujudkan pasukan penyelamat APM yang mampu melaksanakan tugas dalam cuaca ekstrem.

G57 harap ada majlis penghormatan khas untuk Awang Askandar
Allahyarham Awang Askandar sebagai anak jati Sabah telah membawa nama baik negeri ini bagi misi menawan Gunung Everest sehingga terkorban.

Tragedi Everest: Jenazah Awang Askandar dibawa turun ke Everest Base Camp - Armizan
Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, yang meninggal dunia pada Jumaat lalu dijangka dibawa turun dari Camp 4 ke Everest Base Camp hari ini.