KITA sebenarnya bercerita tentang Bíldudalur di Westfjord, Iceland walaupun tajuk ini menyatakan 'Laut Greenland'. Sebuah kampung nelayan kecil yang mewah dengan pemandangan canyon yang menjadi pagar di antara satu fjord dengan fjord yang lain.
Untuk menyusur perjalanan merentas fjord, laluannya sama ada melayani pemanduan di tebing fjord yang tinggi ataupun melalui terowong.
Perjalanan pagi ini bermula dari pekan nelayan Isafjodur di bahagian utara Westfjord. Selepas bersarapan di bakarin (bakeri) tempatan, kami memandu santai melalui jalan-jalan merentasi jejari fjord. Pemandangan sangat menakjubkan dengan aliran anak sungai yang banyak dan ratusan juraian air terjun yang tidak bernama di kiri kanan kami.
Sempat juga bila kehausan, hanya perlu isi semula botol minuman kami dengan air dari aliran sungai di tepi jalan. Memang segar dan sejuk. Tiada keraguan langsung tentang kebersihannya.
Selepas 3 jam perjalanan santai, kami tiba di kampung nelayan klasik bernama Bíldudalur. Sasaran kami sejak pagi adalah untuk memburu kawanan paus. Bukan untuk dipancing tetapi untuk melihat dan merakam video untuk saluran RareTV kami. Alhamdulillah cuaca berubah dari ribut dan hujan di pagi hari kepada cerah selepas kami selesai makan tengah hari di pekan Bíldudalur.
Kapal tidak turun ke Laut Greenland jika angin bertiup kencang seperti pagi tadi. Kami sudah pasrah kerana kapten telah nyatakan tidak belayar pada hari itu disebabkan cuaca kurang baik. Namun apabila cuaca bertukar cerah, kami tidak membuang masa dan terus mendapatkan kapten semula untuk pujuk beliau belayar juga hari ini.
Bot kami menyusur fjord sempit di Bíldudalur menuju arah Laut Greenland yang ganas bagi mencari kelibat mamalia terbesar itu.
Belum sampai ke bahagian Laut Greenland, Syibli sudah terjerit-jerit kerana telah mengesan dua ekor paus spesies humpback sedang berenang mengiringi bot kecil kami. Saya, Abang Fared dan Abang Osman semua menjerit seperti kesampukan. Mungkin ini satu keindahan yang kami semua tidak pernah saksikan.
Kami senang memilih untuk belayar dengan bot nelayan kecil sahaja berbanding kapal besar komersial yang biasa mampu memuatkan sampai 50 orang untuk melihat paus. Untungnya ialah, kami boleh merapati paus sehingga serapat kurang dari 5 meter dari bot kami.
Selepas 20 minit dan ribuan gigabyte video telah dirakam, kami ambil keputusan untuk tidak teruskan pelayaran sehingga ke bukaan fjord yang tinggal 30 minit lagi perjalanan untuk sampai di Laut Greenland. Tidak perlu lagi kerana paus telah kami temui.
Justeru, ketika itu kami punyai lebih masa untuk mencari lubuk ikan-ikan kod Atlantik. Sewaan bot kami hanya untuk 2 jam dengan yuran perkhidmatannya sebanyak ISK15,000 (RM500) untuk seorang. Kami masih banyak lagi masa berbaki. Ini masa terbaik untuk memancing selepas suria muncul kembali.
Menakjubkan, seperti terlalu banyak ikan kod di bawah bot kami sehingga kail pancing kami yang belum sampai ke permukaan dasar laut telah disentap ikan kod. Kedalaman yang banyak ikan sekitar 25-35 meter sahaja. Ini ialah kedalaman habitat biasa ikan kod Atlantik ini.
Petang itu kami bahagia sekali. Tiga ekor ikan kami bawa pulang dengan saiz setiap satunya antara 2kg ke 7kg. Untuk kita orang Malaysia atau Singapura, pastikan bila ikan-ikan ini dinaikkan sahaja, beritahu kapten tidak perlu dipotong fillet ikan-ikan ini. Jika tidak, laju sahaja tangan kapten untuk menyiang dan tidak semena-mena anda akan lihat kapten membuang kepala dan bahagian tulang tengah dan hanya memberikan kita fillet sahaja.
Mana boleh begitu. Kita kan orang Malaysia, kita makan ikan yang masih ada kepala, ekor dan bahagian bawah perut ikan!
Apapun, itu ialah petang yang sangat bahagia pada kami berempat dalam trip Iceland Ringroad & Westfjord kami. Mana tidaknya, hari kami diakhiri dengan hidangan kari India ikan kod Atlantik. Fusion yang aneh seperti seorang Malbari berkahwin dengan gadis Amerika rasanya kari kepala ikan kod ini.
Banyak lagi cerita kami dalam perjalanan meneroka sedunia. Sampai jumpa lagi dalam cerita travel kami pada minggu hadapan. Jangan lupa juga, semua perjalanan travelog kami ini ada di Youtube saluran RareTV kami.
* Artikel oleh Saiful Nang, RareTV.
RareTV
Sat Aug 26 2023
Petang itu kami bahagia sekali. Tiga ekor ikan kami bawa pulang dengan saiz setiap satunya antara 2kg ke 7kg.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
AWANI-RareTV: Negara paling aman terletak di 'hujung' dunia
"Kamu sekarang berada di kampung Iceland, tiada jenayah di sini dan anda tidak perlukan kunci."
AWANI-RareTV: Mengembara ke perut glasier terbesar di Eropah
Suasana yang luar biasa menakjubkan! Tapi untuk masuk ke alam air batu ini, persediaan harus cukup.
AWANI-RareTV: Melawat pintu sempadan negara tertinggi di dunia
Lebih tinggi daripada puncak Kinabalu, pintu sempadan negara tertinggi di dunia terletak di Pakistan.
AWANI-RareTV: Kampung bunian di Switzerland
Penulis J.R.R Tolkien menjadikan Lauterbrunnen sebagai latar dan insipirasi kepada penghasilan kampung 'Rivendell'.
AWANI-RareTV: Amasya kota Putera Uthmaniah yang dilupakan
Dapat dilihat peninggalan dinasti empayar Uthmaniah sehinggalah binaan-binaan legasi kerajaan Pontus yang masih terpelihara.
AWANI-RareTV: Tasik Chenderoh seperti Amazon Melayu Klasik
"Melihat pada kaca mata seorang pengembara dengan disiplin fotografi, kami terpana melangkaui kebiasaan."
AWANI-RareTV: Menjejak paus, mengail kod Atlantik di Laut Greenland
Bot yang dinaiki kru RareTV menyusur 'fjord' sempit menuju arah Laut Greenland bagi mencari kelibat mamalia terbesar itu.
AWANI-RareTV: Berkuda di Lembah Kok Kiya ke tasik zamrud Kol Suu
Landskap yang memukau membawa kru RareTV ke sebuah wilayah tercantik di Lembah Kok-Kiya yang terletak di pinggir sungai glasier.
AWANI-RareTV: Keajaiban landskap biasan syurga di Tasik Song Kul
RareTV menghadapi 'masalah terbesar dalam sejarah' apabila terlalu banyak rakaman di lokasi ini sangat cantik belaka.
AWANI-RareTV: Tasik berusia 13 tahun terbentuk dari tanah runtuh
Pengunjung bukan hanya terpesona dengan keindahan tasik yang membiru, malah bakal tertarik dengan cerita sejarah pembentukannya.