MUNGKIN jarang bagi RareTV menyusur keindahan tanah air sendiri. Namun pengembaraan kami kali ini ke Hulu Perak boleh jadi mengubah orientasi kami bagi melihat kecantikan di rumah sendiri lebih unik berbanding tanah asing. Terpengaruh dengan kempen Cuti-Cuti Malaysia, kami juga tidak mahu ketinggalan membuat eksplorasi di dalam negara sendiri.
Kami menginap di sebuah kawasan glamping di Kampung Sumpitan. Menariknya, glamping di Sumpitan ini sentiasa mempunyai aura ketenangan yang semulajadi kerana kedudukannya di pinggi Sungai Telemong. Muzik alam yang indah dengan ciapan unggas hutan dan aliran jeram yang menenangkan sekali.
Pagi yang berkabus tebal seakan berada di tanah tinggi dan suhu sekitar 20 Celsius agak dingin namun berseri sekali bila dimulakan dengan cicipan kopi di sebuah warong kecil kopi. Seperti susah mahu percaya, kawasan yang jauh dari bandar besar ada kafe hipster yang menyedia kopi panas kisaran biji kopi Arabika.
Mari kita mula ke cerita utama perjalanan ini. Sebagai rakyat Malaysia, kami hampir tidak percaya ada beberapa perkampungan yang digelar sebagai mini Amazon. Mulanya, kami sekadar tersenyum sinis sahaja kerana mungkin gelaran itu sekadar satu gimik pemasaran. Biasanya kami akan kecewa jika terlalu percaya dengan gimik pemasaran yang seringnya indah khabar dari rupa.
Selepas mencicip kopi panas Arabika, kami ke Dataran Tasik Raban. Satu nama yang tidak asing dalam destinasi pelancongan tempatan. Namun, melihat pada kaca mata seorang pengembara dengan disiplin fotografi, kami terpana melangkaui kebiasaan.
Persona Lofoten di Norway utara tiba-tiba masuk ke dalam fikiran kami. Jika kepulauan Lofoten itu di kelilingi laut dan dipagar oleh gegunungan, di Tasik Raban juga sama. Bezanya cuma tiada salju putih di puncak gunung sahaja.
Kami dapatkan khidmat bot pelancong di sini namun. Sewaan sebuah bot ialah RM200 dan biasanya belayar untuk matahari terbit dan juga menyaksikan matahari terbenam. Tasik Chenderoh terhasil dari aliran Sungai Perak yang disekat oleh projek empangan hidro yang pertama sekitar 100 tahun yang lalu.
Tambakan itu menyebabkan limpahan Sungai Perak dan membentuk puluhan pulau-pulau yang masih mengekalkan banyak kampung tradisional Melayu.
Kami menyusur Tasik Raban yang kemudian selepas melangkau daerah sahaja, tasik yang sama bertukar nama menjadi Tasik Chenderoh. Lebih menarik, pada tasik yang sama ada dua dialek berbeza menandakan sempadan kerajaan lama Perak. Mudahnya, pada satu sisi kita akan dengar mereka berbicara dalam loghat Perak seperti kome, teman dan mika dan satu lagi sudah mula loghat Kedah seperti hang, cheq, awat dan ayaq.
Pelayaran sekitar satu jam dari Tasik Raban akhirnya membawa kami ke Kampung Beng yang kini digelar sebagai mini Amazon. Benar sungguh, perasaannya sama seperti menyusur sungai Amazon. Tenang, hijau dan dipagar gunung-gunung yang berkabus.
Masih lagi wujud kampung seperti Kampung Durau yang tiada jaringan jalan raya dan penduduknya masih bergantung sepenuhnya dengan jalan air. Jika mahu merasa perasaan seperti kembali ke kampung Melayu asli 100 tahun lalu, tempat ini menyimpan aura seperti itu lagi.
Perjalanan di sudut lain pula kami melihat kampung klasik lagi di sudut lain tasik Chenderoh di bahagian Kuala Kangsar. Kami singgah di Kampung Kelantan dan Kampung Suka-Suka. Setiba kami di sini, kami berazam untuk kembali namun dengan lengkap berbusana Melayu tradisional bagi merasai persekitaran klasik di Kampung Suka-suka. Kampung ini sebuah kawasan yang memasang semula rumah-rumah kayu tradisional yang diletak sehingga ke gigi air di Tasik Chenderoh.
Jika ditambah dengan dendangan lagu Nona Asiah atau Rosiah Chik, lengkap terus seperti satu terowong masa kita kembali ke tahun 50-an dengan busana Melayu klasik di sebuah kampung tradisional Melayu klasik di pinggir Tasik Chenderoh Perak.
Jauh sudah kami merantau di seluruh benua di dunia. Namun, perjalanan kami ke Lenggong merubah persepsi kami, bahawa tempat yang indah itu ada di dalam negara kita sendiri. Tidak perlu merancang lama, hanya perlu menekan pedal minyak kereta kita dan melalui beberapa lebuh raya, kita sampai di tempat yang indah ini. Ayuh lah, kita Cuti-Cuti Malaysia!
* Artikel oleh Saiful Nang, RareTV
RareTV
Sun Sep 03 2023
Seorang nelayan mencari rezeki di Tasik Chenderoh yang tenang, indah dan dikelilingi landskap memukau. - RareTV
PKR selar kenyataan Rafidah berkaitan usaha kerajaan bantu rakyat Palestin
Amidi berkata, dalam edisi terbaharu perang Hamas-Israel, rejim Zionis serang semua kemudahan awam termasuk masjid, sekolah dan hospital.
Remaja maut kenderaan dinaiki bersama keluarga terbalik
Mohamad Syakirul Faqeh dipercayai meninggal dunia kerana lemas selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dan terbalik ke dalam parit.
Tiada mangsa dijangka selamat dalam nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Kejadian melibatkan sebuah pesawat penumpang yang berlepas dari Wichita, Kansas, dengan sebuah helikopter tentera Black Hawk.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp merekodkan jualan sebanyak 10.82 juta unit pada 2024, susut 3.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Ahli Parlimen India ditahan selepas didakwa lakukan serangan seksual
Mangsa dakwa MP itu mengeksploitasinya secara seksual selama empat tahun dengan janji untuk mengahwini serta membantu memajukan kerjayanya.
APM perkenal APM@Gig, benarkan anggota terlibat kerja sementara di luar aktiviti rasmi
APM memberi peluang kepada sukarelawan yang kompeten untuk memberikan perkhidmatan bersifat gig terutama membabitkan pengurangan risiko atau ancaman.
Sabah Electricity pantau bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir
Sabah Electricity telah mengerahkan pasukan teknikal untuk bersiap sedia 24 jam membaiki sebarang kerosakan di daerah terjejas banjir.
Mangsa banjir di Sarawak, Sabah meningkat
Di Sarawak, jumlah mangsa meningkat kepada 7,503 orang daripada 2,096 keluarga berbanding 6,718 orang daripada 1,825 keluarga petang semalam.
Reagan National Airport kekal ditutup susulan operasi mencari mangsa nahas udara
Penutupan itu hanya melibatkan Reagan National Airport, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di ibu negara Amerika Syarikat itu beroperasi seperti biasa.
Jawatankuasa Bencana Sarawak bakal bincang isu keselamatan kediaman lereng bukit - Uggah
Isu keselamatan kediaman di kawasan lereng bukit akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam masa terdekat.
AWANI-RareTV: Tasik Chenderoh seperti Amazon Melayu Klasik
"Melihat pada kaca mata seorang pengembara dengan disiplin fotografi, kami terpana melangkaui kebiasaan."