Golongan wanita harus mengubah corak mentaliti mereka dalam usaha memajukan karier dan keluarga untuk memastikan peranan kaum Hawa terus relevan.
Setiausaha Politik Kementerian Kewangan Sabah, Jo-Anna Henley Rampas berkata ini memandangkan di dunia korporat masa kini, kerajaan baharu melalui Belanjawan 2019 menyasarkan 30 peratus pembabitan wanita dalam sektor swasta yang mampu dicapai pada tahun 2020.
Beliau berkata setakat ini, penglibatan golongan wanita di Malaysia sudah mencapai kira-kira 24 peratus di dalam 100 syarikat berdaftar terkemuka di negara ini.
"Kaum Hawa seharusnya mengubah mentaliti mereka, perjuangan berterusan di antara karier dan keluarga di mana kita haruslah berusaha untuk berkerjaya dan masih menjadi 'ibu' dalam keluarga, sumbangan adalah perlu bagi memastikan kewangan keluarga utuh.
"Di dalam dunia korporat masa kini, kerajaan baharu telah menginstitusikan sasaran 30 peratus pembabitan wanita dalam sektor swasta pada tahun 2020, yang saya percaya mampu dicapai," katanya.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), Kota Kinabalu, pada Jumaat.
Menyentuh tentang konteks penglibatan kaum Hawa di dalam dunia politik masa kini, Jo-Anna berpendapat kesedaran secara tuntas amat penting dalam menyelesaikan permasalahan kesamarataan genre di Malaysia.
Katanya, perkara itu haruslah dilaksanakan oleh penggubal undang-undang di Parlimen dengan mengambil contoh komen-komen berunsur seksis yang mencerminkan keperluan dan kesedaran tentang hak kesamarataan gender.
“Jika anda melihat kepada statistik ahli politik di Malaysia dan secara khususnya di Sabah, kita agak jauh dalam mencapai kesamarataan hak dalam genre ini.
“Jika anda melihat kepada peranan perdana menteri wanita (di negara lain), ia memberi kesan selepas kita mempunyai Timbalan Perdana Menteri wanita dan sudah tentu kita akan menerima Perdana Menteri daripada kalangan kaum Hawa.
"Bagaimanapun, saya berharap Parlimen Malaysia sedar tentang hak kesamarataan gender ini dan melaksanakannya secara progresif untuk mencerminkan Malaysia moden serta terbuka,” katanya lagi.
Jelas Jo-Anna, bersempena Hari Wanita sedunia yang disambut seluruh dunia pada hari ini, beliau berharap sikap keterbukaan mampu menjadikan negara ini lebih bersaing dalam dunia maju dan di Sabah secara amnya, bagi aspek pembangunan sosio serta ekonomi.
Ruzaini Zulkepli
Fri Mar 08 2019

Jo-Anna ketika ditemui di pejabatnya dalam temu ramah bersempena Hari Wanita Sedunia, di Kota Kinabalu. -Astro AWANI

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

#AWANITA: Pada usia 92 tahun, Ratu Elizabeth muat naik entri di Instagram buat pertama kali
Ratu Elizabeth membuktikan usia bukanlah penghalang untuk seorang wanita yang berusia 92 tahun seperti baginda mencuba perkara yang baharu terutamanya berkaitan teknologi maklumat.

#AWANITA: Inspirasi wanita dalam lagu
DALAM apa saja kejayaan yang dicapai, kita tidak boleh menafikan peranan yang dimainkan oleh seorang wanita.

#AWANITA: Barbie tampil tua demi ...
Patung popular ikonik dunia Barbie muncul dalam kehidupan sebenar demi menyampaikan kesedaran terhadap golongan hawa yang mereka mampu kekal cantik walaupun berusia.

#AWANITA: 'Wanita perlu ubah mentaliti, bijak bahagi masa' - Jo-Anna
Setakat ini, penglibatan golongan wanita di Malaysia sudah mencapai kira-kira 24 peratus di dalam 100 syarikat berdaftar terkemuka di negara ini.

#AWANITA: 5 wanita beriltizam tinggi ini lebih hebat berbanding lelaki
Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2019, kami tampilkan semula lima wanita beriltizam tinggi yang pernah kami bawakan menerusi rancangan DIAN.

#AWANITA: Selamatkan haiwan jalanan remeh? Itu persepsi awak - Pengusaha Sollu Shelter
Sollu Shelter yang diuruskannya kini menempatkan lebih 200 ekor kucing yang ditemui di jalanan, malah ada sebahagiannya yang sakit tenat.