Penduduk yang tinggal berhampiran bekas lombong bauksit sekitar daerah ini digesa untuk lebih berhati-hati kerana kawasan itu berisiko menjadi 'perangkap maut' pada musim tengkujuh.
Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail yang menyuarakan kebimbangan berhubung perkara itu berkata pada pandangan mata kasar, lubang bekas bauksit itu tidak berbeza dengan kawasan lain kerana digenangi air.
"Sedangkan bekas lombong itu dalam dan dikhuatiri jika ada yang terjatuh, khususnya kanak-kanak, mereka tidak dapat menyelamatkan diri kerana panik atau tidak tahu berenang," katanya kepada pemberita semasa ditemui di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Abdul Manan meminta ibu bapa untuk mengawasi dan menasihatkan anak-anak mereka untuk tidak menghampiri kawasan yang diketahui pernah menjadi lokasi lombong bauksit.
Beliau juga berharap pemilik tanah atau pengusaha bauksit untuk lebih bertanggungjawab kerana masih banyak lombong bauksit yang tidak dikambus semula walaupun banyak kematian akibat lemas berlaku.
Menurut Abdul Manan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah bertitah supaya bekas lombong bauksit dikambus semula, selepas insiden pada 4 Feb tahun lalu apabila tiga kanak-kanak lemas di lombong bauksit Taman Sungai Karang Jaya, di sini.
"Bagaimanapun, saya difahamkan masih banyak bekas lombong bauksit yang dibiarkan begitu sahaja tanpa ada pihak menggalas tanggungjawab itu, walaupun telah dititahkan berbuat begitu," katanya.
Perkara sama disuarakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah Andansura Rabu yang meminta pemilik atau pengusaha bauksit untuk mengambil tindakan meletakkan tanda amaran di kawasan bekas lombong.
"Hendak diminta kambus sekarang memang sudah terlewat dan tidak boleh dilakukan kerana air sudah bertakung. Saya harap mereka sekurang-kurangnya boleh memasang tali amaran atau letak tanda amaran sebagai peringatan," katanya.
Andansura menambah pihak berwajib dan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk mengadakan rondaan secara berkala sekitar lombong bauksit bagi memastikan tiada yang bermain di situ.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2018

Difahamkan, masih banyak bekas lombong bauksit yang dibiarkan begitu sahaja tanpa ada pihak menggalas tanggungjawab mengambusnya semula, walaupun telah dititahkan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berbuat begitu. - Gambar hiasan

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Lebih 400 pekerja USAID diberhentikan beberapa hari kebelakangan ini - Laporan
Ramai daripada mereka yang diberhentikan telah berkhidmat di USAID selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman di zon konflik bersenjata.

Estonia umum bantuan ketenteraan AS$104 juta untuk Ukraine
Kerajaan Estonia membuat keputusan untuk membeli 10,000 peluru artileri dan menghantarnya ke Ukraine secepat mungkin.
AWANI Ringkas: Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Februari 2025
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas

1MDB: RM2.1 juta dipulangkan kepada parti politik, keluarga bekas Ahli Parlimen
Parti politik itu ialah Badan Perhubungan MCA Pahang dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Tidak perlu PRK Parlimen Paya Besar - SPR
Tidak ada keperluan untuk mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Paya Besar di Pahang ekoran kematian penyandangnya Datuk Seri Abdul Manan Ismail.

Awasi bekas lombong bauksit jadi perangkap maut musim tengkujuh
Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail berkata pada pandangan mata kasar, lubang bekas bauksit itu tidak berbeza dengan kawasan lain kerana digenangi air.

MyIPO terima 42 peratus permohonan tempatan untuk harta intelek
Sebanyak 42 peratus atau 9,918 daripada keseluruhan 23,403 permohonan harta intelek diterima Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sehingga Jun lepas datangnya daripada rakyat negara ini.

Sebahagian peserta Felcra bakal terima dividen secara bulanan
Ahmad Jazlan Yaakub berkata cadangan itu masih di peringkat akhir kajian dan dijangka dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Kesabaran, kematangan Perdana Menteri senjata baik hadapi musuh politik
Kesabaran dan kematangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai 'senjata terbaik' untuk menangani tohmahan dan serangan musuh politik.