KANGAR: Persatuan Wartawan Perlis (PWP) menyarankan agar penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam penghasilan berita perlu diawasi demi meningkatkan keselamatan, kebolehpercayaan dan integriti maklumat disampaikan kepada masyarakat.
Presiden PWP. Syed Azlan Sayid Hizar berkata, inisiatif pengawasan itu penting untuk memastikan AI digunakan dalam penghasilan berita mengikut garis panduan etika kewartawanan siber yang ketat.
"Ketelusan dan akauntabiliti merupakan aspek penting dalam penggunaan teknologi AI untuk menghasilkan berita berkualiti dan memenuhi standard profesionalisme dalam industri media.
"Dalam konteks Malaysia, penerapan etika kewartawanan siber dalam kalangan pelajar adalah penting contohnya sekarang banyak aplikasi yang boleh menulis seperti ChatGPT, Smodin dan lain-lain" katanya kepada Bernama.
Cadangan PWP itu bersempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 25 hingga 27 Mei ini dengan mengangkat tema 'Etika Teras Kewartawanan Mapan'.
Syed Azlan berkata, kerajaan juga boleh bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk badan media, akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperkukuhkan pengawasan dan penerapan etika kewartawanan siber yang mapan.
"Langkah-langkah proaktif dan kerjasama kukuh diharap dapat memastikan perkembangan teknologi AI dalam penghasilan berita memberikan manfaat kepada masyarakat Malaysia serta nilai-nilai etika kewartawanan siber terpelihara dalam persekitaran media yang semakin canggih," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, PWP merancang melaksanakan program pendidikan dan latihan berkaitan etika kewartawanan untuk pelajar sekolah di Perlis sebagai usaha memupuk kesedaran dalam kalangan generasi muda mengenai etika kewartawanan siber pada era serba canggih ini.
"Pihak PWP ada perancangan untuk beri pendedahan tentang etika kewartawanan ini kepada pelajar sekolah yang melibatkan kerjasama antara institut pengajian tinggi (IPT) dan sekolah-sekolah di Perlis dan diharapkan dapat menyampaikan nilai etika kewartawanan siber secara efektif kepada pelajar," katanya.
Syed Azlan berkata, PWP berpandangan bahawa penerapan etika kewartawanan siber dalam kalangan pelajar berupaya memberikan impak positif untuk melatih penggunaan teknologi AI termasuk penghasilan berita.
Kemuncak sambutan HAWANA 2024 bakal dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Mei.
Pelbagai program dirangka bersempena dengan HAWANA 2024 antaranya Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2024 bertemakan 'Evolusi Media dalam Era Digital'.
Turut diadakan program Jelajah HAWANA 2024 Bersama Siswa merangkumi enam zon iaitu Sabah, Sarawak, Utara, Timur, Selatan serta zon Tengah dengan pelancarannya dijadualkan pada 24 Mei oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadil.
HAWANA 2024 merupakan perhimpunan terbesar wartawan Malaysia dan dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak, manakala Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) ialah agensi pelaksana acara tahunan itu.
Penganjuran tahun ini ialah edisi keempat selepas diperkenalkan di ibu negara pada 2018, dan sambutan berikutnya di Melaka (2022) dan Perak (2023).
Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939 bagi meraikan sumbangan pemain industri yang menjadi medium bagi membentuk minda masyarakat bermaklumat dalam memupuk kerjasama dan memacu perubahan positif dalam industri. - BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2024

Syed Azlan berkata inisiatif pengawasan itu penting untuk memastikan AI digunakan dalam penghasilan berita mengikut garis panduan etika kewartawanan siber yang ketat. - Gambar fail/Reuters

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.

CEO OpenAI kongsi perancangan kasar untuk GPT-5
CEO OpenAI Berkongsi Perancangan Kasar Untuk GPT-5 Dijangka Hadir Dalam Beberapa Bulan

Elon Musk tawar beli OpenAI hampir AS$100 Billion, Sam Altman kata “no thank you”
Reaksi Sam Altman kepada Musk: "Tapi kami sudi beli Twitter dengan harga AS$9.74 bilion jika anda mahu."

OpenAI ambil serius dakwaan pencerobohan data
OpenAI menyatakan pihaknya mengambil serius laporan mengenai pencerobohan data.

Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.

DeepSeek memecah ilusi di sebalik pembangunan teknologi kecerdasan buatan
DeepSeek R1 dilihat menakluki pasaran aplikasi AI di Android dan iOS, mengatasi ChatGPT sebagai aplikasi chatbot AI yang paling popular sekarang.

Lima sebab mengapa DeepSeek lebih maju berbanding ChatGPT
ChatGPT popular kerana fleksibiliti dan kemahiran komunikasi yang mantap. DeepSeek punyai ciri unik yang menjadikannya pilihan lebih baik.

Aplikasi pemula AI China DeepSeek atasi ChatGPT di stor aplikasi di beberapa negara
AI China kini merupakan aplikasi teratas di Amerika Syarikat, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu, Korea Selatan dan China.

ChatGPT o3-mini ditawar kepada semua, termasuk pengguna percuma
Ia sangat sesuai dalam memberikan penyelesaian lebih kreatif, termasuk melibatkan matematik, sains dan sebagainya.

ChatGPT perkenal ciri peringatan, penjadualan tugasan berulang
Ciri ini boleh diakses oleh pengguna berbayar ChatGPT Plus dan masih dalam versi beta.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.