KUALA LUMPUR: Axiata Group Bhd catat kerugian bersih berjumlah RM1.99 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 (TK2023) daripada keuntungan bersih sebanyak RM9.75 bilion dalam tempoh yang sama setahun sebelum ini.
Kumpulan telekomunikasi multinasional itu berkata prestasinya terjejas oleh kemerosotan aset Ncell dan Edotco Myanmar, kos kewangan bersih yang lebih tinggi dan bahagian keputusan CelcomDigi Bhd yang lebih rendah berbanding sumbangan Celcom sebagai anak syarikat pada tahun sebelumnya.
Bagaimanapun, pendapatan bagi tempoh itu meningkat kepada RM22.0 bilion daripada RM20.02 bilion, mencerminkan peningkatan 9.9 peratus selepas didorong oleh prestasi asas yang kukuh merentasi kebanyakan pasarannya di Asean dan Asia Selatan, menunjukkan tahun prestasi berdaya tahan walaupun keadaan makroekonomi global masih mencabar.
Kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata kerugian bersih bagi suku keempat 2023 (S4 TK2023) berjumlah RM695.02 juta berbanding keuntungan bersih RM9.95 bilion yang disaksikan pada suku yang sama tahun lalu, manakala hasil berkembang kepada RM5.79 bilion daripada RM5.40 bilion.
"Berbanding petunjuk prestasi utama (KPI) pada kadar yang tetap, kumpulan itu telah melepasi sasaran pendapatan pertengahan satu digit pertumbuhan ex-peranti serta pendapatan satu digit lebih tinggi sebelum pertumbuhan faedah dan cukai (Ebit), masing-masing pada 7.8 peratus serta 18.4 peratus," katanya.
Sementara itu, dalam sidang media maya mengenai taklimat keputusan TK2023, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Axiata, Vivek Sood berkata pertumbuhan hasil ini telah meletakkan kumpulan dalam kedudukan yang lebih mantap bagi mempercepatkan kemajuan dan melaksanakan keutamaan strategik.
"Agak mengalakkan untuk melihat bahawa kebanyakan syarikat telekomunikasi digital kami (syarikat telekomunikasi) mampu menyampaikan salah satu prestasi mereka yang paling menguntungkan, di samping menguasai bahagian pasaran," katanya.
Beliau menyatakan kumpulan itu baru-baru ini telah memperbaharui strategi korporatnya, yang mana, ini akan disampaikan melalui lima vektor penciptaan nilai iaitu penyampaian sinergi CelcomDigi, transformasi struktur di Indonesia, membina daya tahan perniagaan di pasaran sempadan, mencipta nilai mampan melalui infrastruktur dan menggilap nilai perniagaan digital.
Melangkah ke 2024, Vivek berkata kumpulan teruja untuk memasuki fasa seterusnya dalam perjalanan telco-tekno (syarikat teknologi) memandangkan ia sedang berkembang menjadi pemain penting dalam ekosistem digital dan teknologi di rantau ini.
Untuk KPI utama 2024, beliau berkata pertumbuhan pendapatan pertengahan satu digit dan pertumbuhan Ebit pertengahan adalah berdasarkan operasi berterusan, dengan perbelanjaan modal sebanyak RM6.1 bilion bagi 2024.
"Kami tetap yakin bahawa dengan pembaharuan strategi korporat untuk menyampaikan nilai melalui lima vektor dan lima keutamaan strategik, kami akan terus membentuk semula portfolio kami bagi membuka kunci nilai serta membina peluang baharu untuk mencipta nilai daripada perniagaan yang mampan.
"Fokus utama adalah dalam mentransformasikan perniagaan kami di Indonesia, selain melihat ke arah perniagaan yang lebih mampan melalui pelancaran Boost Bank menjelang suku kedua tahun ini," tambahnya.
Kumpulan itu mengisytiharkan dividen kedua sebanyak lima sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023, yang menjadikan jumlah dividen sesaham kumpulan untuk TK2023 kepada 10 sen.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024
Kumpulan telekomunikasi multinasional itu berkata prestasinya terjejas oleh kemerosotan aset Ncell dan Edotco Myanmar, kos kewangan bersih yang lebih tinggi dan bahagian keputusan CelcomDigi Bhd yang lebih rendah. - Gambar fail/Reuters
Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.
MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.
Hujan lebat banjiri khemah di selatan Gaza, menambah derita rakyat Palestin
Golongan yang terpaksa berpindah kini berdepan dengan keadaan yang sangat mencabar akibat kesejukan dan angin kencang.
Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan
Menurut kementerian, jumlah korban termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.
Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.
Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025
Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau.
Amarjit dipilih presiden ACC, lakar sejarah unik dalam keluarga
Amarjit menewaskan Presiden Majlis Olimpik Indonesia Raja Sapta Oktohari dengan keputusan 24-17 undian.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi menerusi kerjasama NAIO-GAIV
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata hasrat berkenaan disasarkan untuk dicapai dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras di lokasi sambutan Thaipusam
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, dari 10 hingga 12 Feb ini.
Daripada hobi ke warisan, 20 tahun reka kavadi untuk Thaipusam
Bagi Pragalathen seni menghasilkan kavadi yang rumit dan berwarna-warni itu, bukan sekadar perniagaan semata-mata tetapi lebih kepada hobi dan minat yang mendalam.