TELUK INTAN: Penyanyi legenda Datuk M Daud Kilau yang meninggal dunia di Hospital Teluk Intan (HTI) petang tadi, sepatutnya perlu menjalani pembedahan kaki akibat jangkitan kuman namun terpaksa ditangguhkan.
Anak sulungnya, Noraini Muhammad Daud, 58, berkata pembedahan itu ditangguhkan disebabkan keadaan kesihatannya yang semakin merosot akibat menghadapi pelbagai komplikasi penyakit antaranya jangkitan kuman dalam darah, sakit jantung, kencing manis dan masalah buah pinggang.
"Arwah ayah sudah tidak sedarkan diri sejak pagi semalam dan doktor memang beritahu keadaan kesihatan arwah semakin merosot.
"Arwah ayah dimasukkan ke wad Hospital Teluk Intan sejak Selasa lepas. Sepanjang berada di hospital ada hari dia sedar, ada hari dia tak sedarkan diri tetapi dalam keadaan dia sedar pun kita dah tak boleh faham apa yang dia cakap," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Perubatan Forensik HTI, di sini hari ini.
Noraini memberitahu kira-kira 4.30 petang tadi keadaan bapanya berada dalam keadaan tercungap-cungap dan ketika itu kesemua ahli keluarga berada di sisi semasa Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Allahyarham disahkan meninggal dunia jam 4.46 petang tadi ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.
Noraini berkata jenazah Allahyarham dimandi dan dikafankan di HTI sebelum dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Balai Baroh, Bagan Datuk.
Sementara itu, isteri Allahyarham, Datin Rohani Awang Ngah yang masih bersedih enggan ditemu bual media.
Pemergian M Daud Kilau, 85, disahkan oleh cucu Allahyarham, Hasnor Ikram melalui laman sosial Instagram.
"Atuk saya Mohd Daud bin Kilau telah hembuskan nafasnya yang terakhir sebentar sahaja tadi. Al-Fatihah," katanya ringkas menerusi 'Insta Story' melalui akaun peribadinya.
Penyanyi lagu malar segar "Che Mek Molek" itu sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu selepas disahkan menghidap kencing manis selain sakit pinggang dan jantung tidak stabil.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2023

Penyanyi legenda Datuk M Daud Kilau yang meninggal dunia di Hospital Teluk Intan (HTI) petang tadi, sepatutnya perlu menjalani pembedahan kaki akibat jangkitan kuman namun terpaksa ditangguhkan. - BERNAMA

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Perak sambut baik cadangan wujud galeri kenangan M. Daud Kilau di Bagan Datuk
Perak menyambut baik cadangan untuk membina galeri kenangan, khusus buat penyanyi legenda Allahyarham Datuk M. Daud Kilau di daerah Bagan Datuk.

Jenazah M. Daud Kilau selamat dikebumikan
Upacara pengebumian dihadiri hampir 200 ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan juga rakan-rakan artis.

M. Daud Kilau unik, jahit sendiri labuci baju belakang pentas - DJ Dave
Menurut DJ Dave, Allahyarham M. Daud Kilau sentiasa teliti ketika membuat persembahan terutama berkaitan bajunya.

Mengenang M. Daud Kilau: “Saya akan rindu nyanyian atuk dan panggilan Cek Mek Molek” - Cucu
Norhasliyana mengimbas kenangan setiap kali berbual di telefon, Allahyarham datuknya pasti akan menyanyikan lagu Cek Mek Molek.

Mengenang M. Daud Kilau: Suasana hiba, sayu selubungi Masjid Tuminah Hamidi
Ahli keluarga M. Daud setia mendampingi jenazah Allahyarham sambil membacakan ayat-ayat suci al-Quran.

Ayah sepatutnya jalani pembedahan kaki hari ini - Anak
Penyanyi legenda Datuk M Daud Kilau yang meninggal dunia di Hospital Teluk Intan (HTI) petang tadi, sepatutnya perlu menjalani pembedahan kaki akibat jangkitan kuman namun terpaksa ditangguhkan.

Tular M Daud Kilau meninggal dunia tidak benar - Isteri
Mesej tular dalam media sosial mengenai Datuk M Daud Kilau yang kini dirawat di hospital akibat masalah paru-paru berair dikatakan telah meninggal dunia tidak benar.

'Ayah sudah sedar, mula makan seperti biasa' - Anak M Daud Kilau
Datuk M Daud Kilau yang dilaporkan kritikal selepas mengadu sesak nafas pada Rabu, mula sedar dan mahu makan seperti biasa.

"Ayah tak pernah ada masalah paru-paru berair" - Keadaan M Daud Kilau masih kritikal
Menurut anak kepada M Daud Kilau, bapa yang alami sesak nafas sejak petang semalam disahkan mempunyai masalah paru-paru berair.

M Daud Kilau kritikal, alami sesak nafas
Penyanyi berusia 84 tahun itu dihantar ke Hospital Teluk Intan sekitar jam 12 malam untuk menerima rawatan dan kini berada dalam keadaan separuh sedar.