Cara penyimpanan ayam mentah yang tidak sempurna dan tempoh masak yang terlalu singkat dikenal pasti sebagai punca keracunan makanan yang berlaku di Sekolah Menengah Sains Tapah minggu lalu.
Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Juwita Ghazali berkata punca tersebut dikenal pasti hasil menerusi siasatan Sistem Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal (HACCP).
"Simpanan ayam mentah itu tidak sempurna. Ia tidak mencapai suhu sejuk beku negatif enam darjah Celcius selama 32 jam iaitu dari pukul 10.30 pagi (1 April) hingga 6 petang (2 April).
"Ini menyebabkan bakteria Salmonella boleh membiak dengan cepat dan banyak seterusnya menyebabkan keracunan makanan berlaku, " katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Juwita berkata kari ayam yang dimasak sebagai hidangan makan tengah malam untuk pelajar asrama sekolah berkenaan juga dimasak terlalu singkat iaitu 30 minit untuk dua dulang.
Sabtu lalu seramai 43 pelajar dan seorang guru sekolah berkenaan mengalami keracunan makanan dipercayai selepas menikmati hidangan roti jala dan kari ayam yang dihidangkan di dewan asrama untuk makan lewat malam.
Bagaimanapun jumlah itu meningkat kepada 63 orang dengan 28 daripada mereka menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tapah.
Bernama
Wed Apr 06 2016

Sabtu lalu, seramai 43 pelajar dan seorang guru sekolah berkenaan mengalami keracunan makanan dipercayai selepas menikmati hidangan roti jala dan kari ayam yang dihidangkan di dewan asrama untuk makan lewat malam. - Gambar hiasan

774 Penolong Pegawai Perubatan bakal ditawar jawatan tetap seawal April 2025
Sebanyak 774 Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak fasa enam dan tujuh akan ditawarkan jawatan tetap seawal bulan hadapan.
ASEAN 2025 | 10 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Pegawai keselamatan rugi lebih RM300,000 ditipu phone scam
Seorang pegawai keselamatan sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian RM303,750 selepas diperdaya sindiket 'phone scam'.

Adab berbicara dalam media sosial
Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk menjadi penyebar kedamaian dan kebaikan, bukan penghasut kebencian.
Pantau Agenda Reformasi: Pelan Arab untuk bina semula Gaza, apa perlu kita tahu?
Apa cabaran di sebalik cadangan Pelan Pembangunan Semula Gaza yang dikemukakan oleh Mesir dalam Sidang kemuncak Liga Arab di Kaherah baru-baru ini?

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.
Program MBG berpotensi menyebabkan penyelewengan
Program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG) yang diperkenalkan kerajaan Indonesia awal tahun ini berpotensi menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam tadbir urusnya.
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.

MAFI jamin harga barang keperluan asas kembali pulih dalam tempoh terdekat
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi jaminan harga barangan keperluan asas akan kembali pulih dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.

Semangat Keluarga Malaysia bantu stabilkan harga ayam, telur - KPDNHEP
Dapat kerjasama daripada 'ahli keluarga' industri ayam dan telur untuk melihat semula kos serta keuntungan di setiap peringkat rantaian.

Polis tahan lelaki curi 20 ayam mentah
Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan curi membabitkan 20 ekor ayam mentah.

Ayam tidak disimpan betul punca keracunan makanan di Tapah
Cara penyimpanan ayam mentah yang tidak sempurna dan tempoh masak yang terlalu singkat dikenal pasti sebagai punca keracunan makanan yang berlaku di Sekolah Menengah Sains Tapah minggu lalu.